Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Isnin, 4 November 2013

Sudah sampai waktunya...

Mak mertua akak adalah yng terbaik buat akak.. dia tidak pernah mencampuri urusan anak2 dalam mentadbir rumahtangga sendiri.. sebagai manusia sudah tentu pelbagai perasaan timbul bila berhadapan dengan karenah anak menantu.. tetapi dia terus bersabar..

Cuma apabila kesihatannya tidak berapa stabil kebelakangan ini... perasaannya sering terganggu... sangat memerlukan kehadiran anak2nya selalu... sebagai menantu adakala kita rasa sedikit terusik namun kerana tanggungjawab dan juga amanah.. kita redha dan menerima segala ketentuan Allah SWT.. mak (panggilan untuknya) sangat beruntung kerana mempunyai anak2 yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dia..

Dan akak juga sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat bertanggung jawab ada ibunya .. dan akak sangat berharap agar anak2 akak juga mengikuti contoh baik yang ditunjukkan.  Mak juga beruntung kerana anak perempuannya yang seorang ini (Ina) telah berhempas pulas menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada ibunya yang satu satunya ini.

Sampai lah ketika dia di jemput Allah SWT pada 30 October malam.. di saat dia sedang nyenyak tidur..dalam keadaan yang sangat tenang.. Aruah mak dikebumikan pada pagi khamis pada pukul 1030 pagi.. segala urusan di permudahkankan Allah... syukur Alhamdulillah. ..

Kami kehilangan.. tempat bercerita... tempat rujukan.. tempat bergurau senda... dan paling penting sumber pahala yang sangat berlipat kali ganda... kami kehilangan itu..terutama buat suami tercinta... biarkanlah dan redhalah dengan pemergiannya... doakan agar dia sentiasa tenang di Sana... sambil menunggu kedatangan kita nanti...

"Ya Allah Ya Rahim. . Kau yang maha pengampun lagi maha mengasihani... kau ampunkan segala dosa2 kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil.. ya Allah ... Kau lapangkanlah kuburnya dan jadikanlah ia tempat yang paling tenang untuknya.. dan berikanlah ia kesudahan yang baik... Ampunkanlah kami ya Allah..."

Al Fatihah....

10 ulasan:

  1. Innalillah...Semoga pemergiannya tenang dan di tempatkan bersama insan solehah.
    Salam takziah...semoga tabah dan redha. Al-Fatihah

    BalasPadam
  2. Takziah Izan.... Beruntungnya arwah punya anak yang bertanggungjawab....masing masing tau tanggungjawabnya sebagai anak. Moga arwah damai disana

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...