mari kita baca sama2...
Bismillahirrahmanirrahim…
Buat para isteri PLHIV yang dikasihi,
Pada
pandangan saya, peranan sebagai seorang isteri kepada PLHIV adalah
sangat besar. Ramai wanita yang berharap dapat bergantung kepada
suaminya dan mengharapkan life yang perfect. Seolah-olah, apabila bakal suaminya PLHIV, hancurlah seluruh impiannya sebagai seorang isteri.
Sedangkan
banyak lagi faktor yang menggugat keharmonian rumahtangga. Saya juga
beberapa kali disoal oleh bakal² isteri yang senasib dengan saya, "Macam
mana saya hendak bergantung pada dia sedangkan dia sendiri tidak kuat
dan masih berfikiran negatif?"
Jawapan
saya pada mereka ini satu, kekuatan itu datangnya daripada Allah,
bukannya daripada sesiapa. Sebaliknya, seorang isteri yang sihat dan
bebas PLHIV itu harus mendapatkan kekuatan daripada Allah untuk membantu
suami / bakal suami PLHIV dengan memberikan semangat dan motivasi
kepada suaminya untuk meneruskan kehidupan seharian.
Kekuatan
Allah itu kekal, manakala kita ini hanyalah hambaNya yang tidak
berdaya. Maka bergantunglah sepenuhnya kepada Allah SWT dan bukan pada
seseorang.
Saya
pernah terbaca artikel saudara (AHP) betapa pentingnya seorang PLHIV
untuk berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian. Saya sangat
setuju dengan pernyataan saudara. Tetapi bagaimana seorang suami boleh
berubah menjadi positif jika pemikiran si isteri penuh dengan tanggapan
negatif pada si suami?
Saya selalu mengingatkan diri saya, "Never claim what other people can do to you, but think what you can contribute to others."
Apa
ganjarannya? Pahala! Pada pandangan saya, kebanyakan wanita (termasuk
bukan kes PLHIV) selalu inginkan balasan / penghargaan daripada suami
dengan apa yang telah mereka lakukan. Tetapi saya menyarankan para
isteri, terutamanya pada diri saya sendiri untuk menanamkan niat IKHLAS
dalam diri.
Bila kita buat kerana IKHLAS, ganjarannya kita dapat di dunia dan di akhirat:
Di
dunia - hati kita tenang, tidak mengharapkan penghargaan tinggi
melangit dan yang bukan² dan Insya-Allah, rumahtangga akan aman damai.
Manakala setiap perbuatan yang ikhlas, Insya-Allah ganjaran pahala menanti di akhirat nanti.
Buat
para isteri, usahlah mengharapkan pembalasan daripada pengorbanan anda
berkahwin dengan suami PLHIV. Berkorban bukan sahaja membawa erti
tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta, tenaga, atau
apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang
lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk
berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan.
Tidak
akan ada pengorbanan tanpa kesusahan. Maka, betulkan niat untuk
melakukan setiap ibadah kerana Allah. Buatlah sesuatu perkara yang baik
itu dengan penuh rasa ikhlas dan penuh penghayatan. Selebihnya, anda
akan rasai ketenangan hati dan kebahagiaan di dunia, dan Insya-Allah di
akhirat juga.
Di dunia yang sementara ini, seorang isteri juga seorang 'doktor', 'pharmacist', 'counsellor',
'guru', dan sebagainya buat suami. Isteri ialah orang yang paling
hampir dengan suami yang dapat membantu suami bila sakit, susah, jatuh,
lemah, buntu, dan sebagainya.
Lemparkan
jauh-jauh perasaan inginkan kesempurnaan dan penghargaan daripada
suami. Selami hati sendiri, apa yang sebenarnya kita mahukan dalam
kehidupan ini? Saya pasti jawapan setiap hamba Allah ialah untuk
mendapat keredhaan Ilahi di mana ia jauh lebih besar daripada pemberian
sesiapa pun.
Bantulah
suami anda untuk berubah dan meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Salinglah ingat-mengingati sesama suami isteri akan tujuan kita
dihidupkan oleh Allah SWT.
Sebagai tambahan, berikan masa buat suami anda untuk berubah. Berikan mereka ruang untuk adjust dan
berhijrah ke arah kebaikan. Usaha anda tidak mungkin berhasil dalam
sehari. Ia perlu konsisten dan sentiasa dilakukan. Selalulah doakan
suami anda. Walaupun memakan masa, jika diizinkan Allah, tidak mustahil
anda akan melihat hasilnya.
Buat para isteri yang dikasihi,
Kuatkanlah semangat
anda. Kita tidak berseorangan di dunia ini. Jika maut memisahkan kita
dengan suami kita, kita sentiasa ada Allah yang sangat dekat dengan
kita. Malah, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri.
Carilah
kekuatan dengan mendekatkan diri denganNya. Doakanlah yang terbaik
buat diri kita dan suami agar memperoleh kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. INSYA-ALLAH!
Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang baik buat anda semua. Amin.
Akhir
kata, saya memohon seribu kemaafan seandainya saya ada tersalah kata /
bahasa. Pesanan di atas ditujukan buat para isteri, terutamanya sebagai
peringatan untuk diri saya sendiri. Yang baik itu datangnya daripada
Allah SWT dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri saya
sendiri.
Wallahualam.
Wassalam.
-ZS-
Jadi ingat2lah kita dan bersyukur selalu... kalu nak baca dengan lebih lanjut boleh lah surf blog ini, bacalah untuk ilmu ...
"Tanpa Dugaan di Dunia ini.. kita akan kosong.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D