Ahad, 18 Mac 2012

Bercinta Selepas Kahwin atau Sebelum?

Payahkan.. nak buat keputusan... cinta dulu ker?... kahwin dulu ker?...Ada kawan akak pernah komen... dia kata better cinta dulu sebab kita perlu kenal ngn pasangan kita dulu sebelum kahwin.. barulah ada keserasian.. kalu tak der tak payahlah kahwin... emmmm betul jugak tu... tapi kadang bila kita dah bercinta sakan dengan pasangan kita.. bila berkahwin kita ingat kita dah kenal dah dengan pasangan kita.. rupa2nya lepas jer kahwin... 2...3...bulan lepas tu.. barulah kita tahu perangainya yang sebenarnya... emmm apa nak buat terima jerlah kan.. atau Redah jerlah... hihihihihi...

Sayangilah diri sendiri..supaya kita terpelihara dari dosa.. :)
Tapi ada jugak yang komen... kahwin dulu laa .. pastu baru bercinta...dah tentu tak pakai topeng punya.. sebab kita terus kenal dia seadanya... tapi risiko nie sangat tinggi.. kalau kita berkenan terus tak per.. tapi lepas kahwin baru tahu pasangan nie haprak.. lagi haru.. dah tentu sesal punya laa....

Emmm.... memang payah bila situasi berlakukan... cinta..kahwin..cinta...kahwin... sebenarnya.. dua2 pun ada risikonya... kahwin dulu ker.. cinta dulu ker.. samer jer... cuma kalau kahwin terus nie selamatlah dari perkara2 yang mendekatkan kita dengan dosa ni...  Apa2 pun sebelum membuat apa2 keputusan berdoalah banyak2.. dan jangan berhenti berdoa... sebab dengan doalah.. impian..harapan... akan datang pada kita.. istikharahlah.. sebab itu juga satu usaha agar kita mendapat pasangan yang di pilih olehNya...

Doa Istikharah
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

2 ulasan:

  1. ermm, ssh nk ckp..klu bercinta pas kawen pastu pas kwen tu nmpk segala keburukan n xserasi, blh mendtgkn penceraian.. ssh gak..

    BalasPadam
  2. MK - :)... tu lar... kena fikir2 dulu sebelum buat keputusan...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...