Isnin, 2 Januari 2012

Macam2 pasal Molot...

Emmm.... orang tua2 kata "kerana mulut badan binasa.. memang tepat sekali peribahasa yang diberi orang2 lama ni.. pandai diorang kan mengolahkan bahasa supaya sesuai dengan keadaan molot sesorang ...


Shhhh.... kalau mulut takleh nak control nie.. amatlah bahaya.. ya lakan.. segala rahsia dan bukan rahsia lagi.. sumer dicerita kat orang.. kononnya nak berterus terang tapi sebenarnya membuka pekong orang lain... macamlah diri tu bagus sangat.. tapi tu ok lagilaa.. citer hal orang lain.. tapi ader gak yang buka pekong dada sendiri.. segala luar dalam famili cerita kat orang luar.... elok2 orang respect akhirnya orang nyampah kan..orang kata mulut camni MULUT TEMPAYAN laaa...Semoga kita sumer tahu batas2 nak control mulut kita supaya tak jadi camnie...
Tapi sekrang nie.. kalu nak top atau popular.. citer hal orang lain kot.. supaya orang kenal kita saper... (hagak2 laaa)
Mulut manis... adoyai... tanam tebu ditepi bibir.... mak aiii.. yang nie pun bahaya gak.. kalu manis banyak sangat boleh kena kencing manis orang yang berbicara tu kan... lelaki jer kot yang bermulut manis nie.. yer ker.. tapi memanglah lelaki brmulut manis sebab nak pikat pompuan, nak dapat bisness.. nak bukak cawangan.. opssss... tapi pompuan pun samer jer.. ade jer yang bermulut manis nak dapat kan sesuatu kan... tapi berhati2lah dengan mereka yang sebegini.. bukan aper takut nanti tak pasal2 frust nonggeng jer.. sebab kena tipu...

Macam peribahasa pasal mulut nie... contoh2nya...
  • Mulut Becok
  • Mulut berbisa- Kata-kata yang menyakitkan hati
  • Mulut berus- Tidak pandai menyimpan rahsia
  • Mulut besar- Sombong
  • Mulut bisa- Kata-kata yang menyakitkan hati
  • Mulut bocor- Tidak pandai menyimpan rahsia
  • Mulut busuk- Nafas berbau
  • Mulut gatal- Tidak berhati-hati bercakap.
  • Mulut hodoh- Mencarut
  • Mulut kotor- Kata-kata keji dan lucah
  • Mulut murai- Becok
  • Mulut rambang - Becok
  • Mulut rampus- Memaki-maki
  • Mulut satu, lidah bertopang- Lain yang diucapkan, lain dihati
  • Mulut terlanjur, emas padahnya- kata-kata yang diucapkan mesti ditepati.
  • Mulut terdorong,emas padahnya- Padah kalau mungkir janji
  • Mulut tajam- Kata-kata yang menyakitkan hati.
Tapi ada satu yang orang sekaran selalu sebut... MULUT LONGKANG...(maknanya.. pandai2lah carik) ...Tu la kan... macam2 hal pasal mulut nie... sebab tu Rasullullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud "Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam sahaja"..

Jadi marilah kita muhasabah diri kita .. kategori yang manakah kita...  emmm... ish ish ish.. :) 

senyumlah selalu...kegunaan yang paling baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...