Rabu, 4 Januari 2012

Cabaran Baru...

Salam kengkawan.. .. dah bermula dah sessi persekolahn anak2 kita..  kadang tu rasa cam masa berlalu begitu pantas.. tetiba jer dah sebulan lebih bebudak nie bercuti.. sedang berseronok melayan kerenah dan keletah anak2 akhirnya mereka dha meningkat lagi ke alam yang lebih mencabar..
Untuk saya yang anak2 masih disekolah rendah masih ok lagi kot..  tapi bila dah sekolah menengah mesti cabaran yang ditempuh berlainan pula kan...

Dan aper lagi tahap kesabaran pun perlu bertambah.. semakin perlu dan rajin memanjatkan doa ke hadratNya agar anak2 kita tak terjebak ke gejala2 sosial yang bertambah hebat sekrang nie.  Zaman2 persekolah saya dahulu paling hebat pun merokok.. ponteng sekolah .. punk.. dan nak hebat lagi dadah..ganja .. dsbnya..  Tapi sekrang apabila zaman cyber semakin canggih.. semakin canggih jugalah cabaran yang datang.

Bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi membuka mata kepada saya... kadang tu IQ yang tinggi tidak menjamin akhlak juga hebat.. Di sini saya dapat lihat keperbagaian lumrah remaja.. ada yang sangat manis dipandang mata tetapi sakit di hati.. ada yang biasa2 sahaja tapi sangat bagus budi pekerti.  Itulah anak2  yang mungkin satu hari nanti anak2 kita juga begitu.  Keperluan mereka ini kadang2 tidak terfikir di fikiran kita sendiri.. cabaran yang datang pada mereka juga tidak terfikir di fikiran kita kan..

Jadi sebagai ibu bapa kita semua perlu mencari ilmu sebanyak yang mungkin agar kita tidak ketinggalan untuk bersama2 dengan anak2 kita menempuh cabaran mereka.. supaya mereka tahu yang kita sentiasa ada bila mereka memerlukan kita..

SELAMAT MENJADI IBU BAPA YANG HEBAT!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...