Ahad, 8 Januari 2012

Sampainya hati ...

Assalamualaikum kengkawan...

Aduhai.. mana nak sangka kan..kita sebagai manusia nie selalu jer berhadapan dengan perkara2 yang tidak di sangka2..Kalau kita nak marah pun tak guna sebab kalau di fikir2kan memang lah kita tak dapat nak cari jawapannya.  Tapi kita kena terima laa...

Semalam.. saya tengok cerita hindustan yang Shahrukh Khan, Preity Zhinta, Abishek dan Rani Mukhirjee berlakon tapi tajuknya panjang sangat beb... ia mengisahkan cinta sejati kononnya yang wujud setelah ada perkahwinan...kononnya kesimpulan cerita nya "kenapa cinta sejati itu muncul dengan melukakan hati pihak lain?"... Aduhai itu semua memang berlaku...

Kalau boleh kita tak mahukan perkara tu berlaku dalam hidup kita kan.. samaada lelaki ataupun perempuan.. tapi apa pula kita nak buat kalau ianya terjadi pada kita?.. mampukah kita menghadapinya?.. mampukah kita memaafkannya?..semua itu bergantung pada kekuatan hati dan keimanan kitakan..Sampainyer hati melukakan hati insan2 yang menyayangi mereka..

jujurkah ini?
Tetiba jer saya teringat pada kenalan yang pernah saya dengar kisahnya.. bagaimana dia begitu setia dan sayang pada suaminya.. tiba2 berhadapan dengan situasi ini.. suaminya telah curang padanya.  Sangkanya selama ini suaminya begitu sebuk bekerja rupa2nya sedang melakukan aktiviti lain di belakangnya.. sedihkan,, mengapa begitukan?.. setelah tembelang pecah suaminya memberi alasan yang kenalan saya itu begitu sebuk menguruskan anak2 sehingga terlupa untuk melayan suami.. KONONNYA suami itu terasa di pinggirkan...aduhai.. mendengar cerita kenalan saya itu menyebabkan saya terfikir begitu senang untuk mencari alasan setelah melakukan kesalahan kan..

Kalau benar hati telah beralih arah.. lebih baik berterus terang .. kerana diTIPU itu lebih sakit dari berterus terang.. walaupun ianya pahit untuk ditelan...

Aduhai hati...
Tabahlah kau menghadapi...
Walau sakit meratapi...
Namun hidup terus menari-nari..
Di hadapan mata ini...
Dengan rentak terkini dan pasti....

Aduhai hati...
Semoga kau semakin kuat dan cekal..
Walaupun susah untuk memaafi...
Dan sukar untuk dilupai..
Setelah hancur dilukai..
Namun.. semoga hati ini tahu,,,
Yang Allah S.W.T sentiasa di sisi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...