Jumaat, 11 November 2011

SEGALANYA SELESAI....




Salam kawan2...
Alhamdulillah segalanya dah selesai... kenduri kendara...tahlil dan sebagainya... Balik jer dari kampung setibanya di rumah, sahabat Encik Bos britahu yang orang2 dari kelab taman nak datang kerumah untuk mengadakan tahlil.. tanpa persediaan salah seorang sahabat suami mengoffer diri untuk menolong menyediakan juadah buat tetamu nanti... Alhamdulillah...
Dalam pada itu, saya teruskan cuti untuk bersama2 suami sepanjang tempoh dia bercuti kerana permergian ayahnya itu, sebab rasanya tidak patut saya bekerja sementara suami masih dalam tempuh bersedih lagi...
Dan pada hari ke empat Encik Bos demam.. mungkin emosi sedikit terganggu walaupun dia nampak kuat di luar..emmmm
Anak2 masih tidak cukup mengerti, kecuali hanya faham yang Atuk dah tiada lagi... biasalah saya telah pun mengalami peristiwa ini hampir 10 tahun yang lepas.. dalam tempuh terdekat ini tidak mungkin kita dapat menghadapi kenyataan dengan cepat, namun sampai suatu ketika nanti ianya akan beransur2 pergi yang tinggal cuma kenangan dan keRINDUan yant tidak terbatas....
 Cuma di hati ini tahu yang suatu hari nanti kita juga akan kesana.....satu tujuan yang tiada siapa yang bisa mengelaknya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...