Selasa, 8 November 2011

AIDIL ADHA DALAM KENANGAN...

Aidil Adha kali ini akan menjadi satu sejarah dalam hidup kami sekeluarga.. 6 November akan menjadi tarikh yang akan terus menjadi kenangan yang tak bisa dilupakan terutama buat insan tercinta..suamiku.
6 November kali ini suamiku kehilangan ayahnya yang tercinta.. ayah pergi buat selama2nya pada pukul 650pg, segalanya bagaikan mimpi... pada malam hari raya baru2 ini setelah 2 minggu akhir2 ini suami sering pulang ke kampung untuk menziarahi ayahnya yang sakit.. dan akhir2 ini sakitnya bertambah tenat..lalu suamiku mengambil keputusan untuk berulang kekampung untuk bersama2 ayahnya dan saya dirumah menguruskan anak2 yang masih bersekolah.
Tapi pada malam hari raya Aidil Adha..memandangkan memang kali ini adalah giliran bersama dengan ibuku yang kebetulan demam panas, suami mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibuku..dan saya tahu dia rasa agak serba salah..walaupun saya kata yang ibu tak kisah jika kali ini tidak ikut giliran.. namun kerana kasihan kepada ibuku dia mengajak aku menyambut Aidil Adha di rumah ibuku sendiri.


Seusai solat subuh pada pagi Aidil Adha ..dalam jam 6:15 pg, suamiku menerima panggilan dari kampung yang mengatakan ayah dalam keadaan tenat.. jadi kami pun bergegas berkemas untuk pulang ke kampung .. namun ini semua ketentuan Allah S.W.T.....  dalam perjalanan pulang ke kampung..kami menerima panggilan ke dua mengatakan ayah sudah tiada lagi...menitis airmata suamiku...sabarlah sayang..biarlah dia pergi.. kerana itu susah janjiNya..suatu hari nanti kita juga bakal menyusul.
 
Dan inilah yang katakan takdir..

Dan kebetulan pada tarikh yang sama adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-12 ..emmm... tiada apa yang perlu diraikan..selain memanjatkan doa agar kami terus bersama hingga akhir hayat.. dan doa itu seiring dengan pemergian ayah yang tercinta... tinggallah ibu sebagai amanah untuk kami semua....

AL-FATIHAH.. buat kedua ayah kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...