Isnin, 17 April 2017
Shhh...
Assalamualaikum semua...
Anak-anak semakin dewasa.. macamana bila anak dah mula soal kita dengan soalan 18sx.. Apa jawapan yang bakal kalian sediakan?.. Payahkan.. tapi itulah hakikatnya.
Saya ada 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan. Bukan mudah nak memikirkan dalam masa yang pantas bila di tanya. Soalan pertama diajukan pada saya masa anak pertama umur 6 tahun masih di sekolah tadika lagi. Mereka ada mata.. ada rasa dan mereka normal. Malah dalam al Quran sendiri ada membicarakan soal seks ni dengan ayat yang sangat terbuka.. tanpa selindung, supaya yang membaca akan faham dan bila faham mereka akan belajar berfikir.
Saya mula bercerita pada anak bila anak dah mula ada rasa malu .. dah mula rasa suka dengan kaum berlawanan dengan mereka, Kena bercerita mana2 yang perlu.. contohnya kawasan2 larangan ditubuh badan mereka. Memang kena .. malah wajib.. sebab sekarang nie,, ramai jer manusia yang bertopeng baik.. tetapi sebenarnya seorang yang berhati jahat.. walaupun pada kanak2. Perkara nie sangat serius. Kalau anak lelaki, saya akan ceritakan apa yang berlaku jika mereka disentuh ditempat2 yang tak sepatutnya disentuh apatah lagi anak perempuan. Malah untuk anak lelaki saya akan terangkan apa yang berlaku jika mereka yang menyentuh Terangkanlah dengan ayat2 yang mereka mudah faham. Ayat anak2 mudah mengerti. Dan percayalah mereka akan faham dengan cepat sebab mereka anak2 zaman yang terdedah dengan perkara2 seperti ini. Bukan naif seperti kita dulu. Malah saya sendiri memahami perkara2 seperti ini rasanya masa umur saya 12 tahun rasanya..sangat lambat.
Dan bila mereka menginjak remaja pula saya sudah mula bercerita kepada mereka bagaimana seriusnya perhubungan antara lelaki dan perempuan. Apa yang boleh dan tidak boleh. Kali ini dengan lebih terbuka sebab saya tak mahu anak2 mendapat maklumat yang salah dari punca yang salah dan boleh menjerumuskan mereka ke jalan yang tidak sepatutnya. Beritahu pada mereka agama ini adalah penyelamat mereka daripada perkara2 yang tidak baik.
Fuhh.. sungguhpun begitu, Doa yang banyak kepada Maha Pelindung adalah sewajarnya. Mohon mereka sentiasa dilindungi.. Mohon agar mereka sentiasa sedar dengan perbuatan mereka. Semoga Allah bantu kita semua. Ameen.
Jumaat, 10 Mac 2017
Ikan Keli 2017
Rabu, 11 November 2015
Kakak dan Amir.. dan bajet tahun depan
Khamis, 8 Januari 2015
Amin.. 2015
Ahad, 21 Disember 2014
Cuti memang seronok..
Salam Ahad kawan sekalian.. lama sungguh akak sepi dengan berita. Bukan takder cerita.. tapi kepenatan dan kelelahan mengejar urusan sehari sehinggakan kesempatan untuk diri sendiri pun kekadang tertunggak. Ok.. hari ini akak nak buat laporan sikit..
Pada mereka2 yang bekerja.. bila bercuti ni rasa macam sangat seronok (pada akaklaa).. taklah terkejar2 kesana ke mari menguruskan apa2 yang patut. Hidup rasa lebih teratur ... baju bersidai..berlipat.. makan minum teratur..beristrirehat dengan mereka yang hampir dengan kita. Seronok kan? Dan yang paling penting rasa sangat tenang.. dapat melarikan diri dari hiruk pikuk kehidupan yang tegang.. sangat terkesan..
Kalau tanya kat akak.. nak kerja tak esok?.... akak akan tanya balik.. ada pilihan tak?.. kalau ada .. sudah pasti jawapan akak TIDAK SAMA SEKALI ... akak memang suka habiskan masa kat umah.. melakukan perkara yang kita suka.. sangat menyeronokkan . . Mungkin berbeza dengan pendapat orang lain.. tapi inilah jiwa akak..
Tapi ada pro dan kontranya kan.. semua perkara begitu.. apa2 pun hodup mesti diteruskan.. suka atau tidak.. Allah lebih tahu mana yang lebih baik buat kita waktu ini.
Ahad, 30 November 2014
Terkenang Semasa Cuti Sekolah...
Cuti sekolah... saat yang ditunggu2 oleh anak2 kita kan.. saat tak perlu bangun subuh hari.. nak ke sekolah.. xyah biat kerja sekolah.. tapi yang paling penting dapat jelajah taman dengan kawan2.. atau balik kampung ... pergi bercuti...tapi itu sekarang... anak2 sekarang...
Waktu zaman akak dulu.. setiap kali cuti sekolah.. akak akan ke KL.. balik rumah mak abah.. sebab sekolah kat kampung.. terbaliklah jadinya.. bila kat KL.. tinggal lah akak dan adik di rumah berdua . . Sebab mak dan abah gi kerja.. kami memang tak berani keluar rumah selagi mak atau abah tak balik dari kerja.. mak dah siap2 masak.. sekali sekala bila abah cuti dapatlah kami jalan2... muzium, zoo negara, taman tasik perdana, taman tasik titiwangsa... adalah tempat2 yang selalu mak dan abah bawak.. saat2 bahagia waktu itu.. jika boleh diulang semula.. emmm
Isnin, 22 September 2014
UPSR Bocor ...... Lagi?
Rabu, 17 September 2014
UPSR2014 ... AMIN... BOCOR PULA
Selasa, 24 Jun 2014
Jangan pada mereka..
Ya Allah... Maha Penyayang.. Penguasa seluruh Alam....
Mohon padaMu wahai Maha Pengampun Dosa...
Mohon kasihMu Wahai Maha Pengasih...
Mohon rahmatMu Wahai Pemberi Rahmat...
Wahai Maha Besar... Maha Hebat.. Maha Lembut..
Janganlah Kau balas dosa2 ku ke atas anak2 ku ya Allah... hanya kepadaMu aku bermohon... Ampunkanlah dosa2ku...
Isnin, 23 Jun 2014
Hari Sukan Sekolah...
Aiman.. Amin.. dan Aini.. sejak hari jumaat hingga ahad... berturut2 hari sukan.. dan diraikan bersama2 walaupun sekolah dan sessi berbeza.. tahniah anak2ku... Aiman mendapat anugerah Olahragawan Harapan 2014.. itu yg dikejar.. itu yang dapat.. Amin dan Aini dapat hadiah atas permainan yang disertai... tahniah sekali lagi sayang2 sumer... Amir kongsi kejayaan abang2 dan kakak... yeay...
Isnin, 16 Jun 2014
Akhiri Cuti Sekolah..
Alhamdulillah. . Dapat juga menghabiskan masa bersama anak2 pada akhir2 cuti sekolah.. tak pergi jauh pun.. kami ker shah alam.. tujuan utama I-city Shah Alam, sempena hari keluarga kilang tempat En. Bos bekerja. Tapi sehari sebelum itu kami bermalam di Shah Alam.. dan hotel yang kami pilih adalah Hotel Tree Boutique. Oklah untuk sekadar bermalam..
Sampai di Shah Alam.. kami berjalan di Tasek Shah Alam.. sehingga hampir maghrib. . Berbaloi meluangkan masa bersama2 anak2... Alhamdulillah
Isnin, 19 Mei 2014
Ingat2 Orang Belakang...
Pernah tak korang dengar ungkapan "ingat2 orang belakang..." .. akak dibesarkan di kampung bersama onyang dan atuk saudara... mak dan abah bekerja mencari rezeki di kota Kuala Lumpur.. walaupun akak dan adik sahaja yang tinggal di kampung namun kami tidaklah terlalu mewah... namun tidak juga terlalu susah.. akhir2 ini ungkapan di atas sering akak gunakan di rumah.. oleh kerana pada waktu malam kami jarang makan bersama.. biasanya aiman akan balik selepas isya' di surau.. dia adalah orang yang akan makan sebelum ayahnya pulang dari kerja...
Akak selalu berpesan kepada dia .. ingat2 orang belakang...padanya.. bukan apa kekadang bila lauk kena dengan tekaknya.. takut lah pulak dia terlupa kan.. nanti kalau dah abis.. apa pulak lah ayahnya nak menjamu nanti.. bukan berkira makan dengan anak tetapi sekadar mengingatkan..
Masa akak di kampung dulu.. lauk yang dimasak oleh atuk tak lah banyak.. biasanya cukup2 untuk kami berlima.. (atuk, onyang, umang, adik dan akak).. bab makan memang atuk tak berkira tapi atuk selalu ingatkan supaya jangan ambil makanan berlebih2.. supaya tidak membazir.. masa tu memang lah rasa tak puas hati.. lebih2 lagi bila ada tetamu datang ke rumah.. lauk kami pula diambilnya... akhirnya kami cuma makan nasi dengan kicap sahaja... tapi sekarang barulah akak memahami mengapa itu terjadi... betapa kita di tuntut untuk melayani tetamu dengan kondisi yang terbaik sekali..
Segala pengajaran yang akak terima dengan cara atuk mendidik akak dalam bersederhana dengan apa yang kita ada.. akak cuba bawa dalam mendidik anak2 sekarang.. walaupun sukar.. yerlah.. kalau dulu atuk buat apa pun.. kami tak berani bersuara atau bertanya... tapi anak2 sekarang.. bertanya itulah perkara yang wajib buat mereka.. emm dan sebagai ibu dan ayah.. kita kenalah menyiapkan minda untuk menjawab soalan cepumas dari mereka. . Mendidik pun perlu ILMU kan.. ;)
Sabtu, 17 Mei 2014
Kelahiran Penyambung Khalifah...
Setiap kelahiran itu pasti ada rezekinya sendiri.. kelahiran anak saudara baru sebelah suami daripada satu2nya adik perempuan en.Bos..dan buat masa ini anak ini lahir tanpa atuk dan wan lagi... atuk dan wan sudah pergi meninggalkan kita semua.. semoga kita semua tidak lupa bercerita dan mengenalkan dia pada atuk dan wan.. kerana kalau bukan kita. . Saper lagi kan?.. biar kenangan indah terus menjadi cerita dan kita lupa kan kenangan yang pahit .. cukup sebagai paparan yang lepas untuk dijadikan sempadan..
Kepada Muhammad Ammar Jawaher (kalau salah ejaan sorri ekk ...).. semoga menjadi anak yang soleh dan memberi manafaat kepada ummat dunia.. ameenn
Rabu, 30 April 2014
Kakak mengantuk laaa...
Isnin, 13 Januari 2014
Surat Dari Sekolah..
Khamis, 2 Januari 2014
Cium Selagi Boleh.. ;)
Selasa, 31 Disember 2013
Selamat Hari Lahir..Amir..
Isnin, 30 Disember 2013
Jom Kutip Cendawan...
Selasa, 4 Jun 2013
Sudah Mahu Pulang...
Hari ini sudah mahu pulang... Semoga kami selamat sampai hendaknya...In Shaa Allah akak akan bercerita panjang sikit lepas nie... internet kat sini slow skit...bye .. jumpa lagi....
Ahad, 2 Jun 2013
Sedang Mencutikan Diri...
Akak sedang mencutikan diri sekarang... nak jenguk kawan2 nantilah yer... In Shaa Allah...
Nak melayan anak2 sekarang nie,, sebab masa anak2 bercutinilah ibu n ayah boleh cuti sama.. bawak jenjalan cuci mata,,, :D jumpa lagiiii....
Bila dah 40
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...
-
Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat...
-
Penyanyi asal lagu Bunga Melur nie P. Ramlee... masa mula2 dengar dulu2 zaman kecik2,, memang akak dah jatuh cinta ngn lirik dia.. sang...
-
Salam kawan2 bloggers.. Tiba2 Hari khamis nie.. akak teringat zaman2 akak naik bas mini.. Zaman bas mini 20... 15 ... 12... 16.. ingat lagi...