KUALA LUMPUR - Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.
“Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.
Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor.
Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. - Bernama
Aduhai.. Rasa akak kali ni memang melampau... anak2 dah lega dah dengan hanya perlu mengulang dua matapelajaran sains dan bahasa Inggers... tiba2 hari nie dikejutkan dengan satu lagi berita yang sedih dan memeranjatkan. Pada akak baik lah ditetapkan terus tarikh baru untuk kesemua mata pelajaran tu secepat mungkin,, supaya tak tertekan.. mungkin ada orangkata.. alaaa UPSR jer.. tapi anak2 yang serius menduduki peperiksaan tu pasti sedih dan tertekan..
Mak ayah pun sama gak.. cuti dah diambil untuk UPSR lepas.. dan kali nie.. Aduhai,,,
Untuk anak2 yang menduduki PSRA bermula hari ini... lupakan UPSR buat seketika.. itu semua dunia sahaja.. PSRA adalah amalan sehari kita jika mengikut Islam.. yang ini lebih penting dari UPSR sebenarnya.. serahkan pada Allah yang punya Kuasa.. pasti ada hikmah besar menunggu kalian.. Ameenn
Sabar ajer la...walaupun tertekan, huhu
BalasPadam