Selasa, 20 Mei 2014

Perlu Sangat ker Berpantang?..

Aduhai .. semalam dapat call dari seorang sahabat... dia masih dalam pantang.. dan bila dia call dia ada kat shopping complex sedang membeli belah.. akak terkesima.. biar betul minah nie.. emmm yerlah kan ibu moden kan.. bila akak tanya katanya... "aku dah kuat dah"..
Kalau akak dulu.. bukan jer tak leh keluar.. jejak kaki kat tanah pun kena bebel ngn mak.. berkuat sikit dodoi anak pun kena marah... makan sikit.. minum pun sikit.. tapi buah oren memang tak tinggal untuk melawaskan... kipas.. kat butang satu jerlaa.. biarlah berpeluh2 macam pergi menebas kat kebun takper... itu lagi sihat katanya.. kita nie ikut jerlaa.. tapi Alhamdulillah.. tak pernah demam ker.. pening ker masa dalam pantang..
Penting ker tak berpantang nie.. kalau pada akak memang penting.. sebab untuk kesihatan kita juga.. kalau sakit yang menanggungnya kita juga.. orang lain boleh letak simpati jer... pastu diorng gelak ketawa balik.. kitalah yang derita menanggung sakit.. itulah yang mak akak dok bising selalu kalau orang tak jaga pantang ni..
Tapi ada gak orang bercakap yang.. berpantang ker atau tidak... kalau nak sakit tu sakit jugak. . Emmm itu isu lain kan... berpantang nie lebih kepada penjagaan  organ wanita yang amat berharga pada wanita ... sebab bukankah tugas kita berkhidmat pada suami tercinta.. jadi perlulah penjagaan yamg rapi.. janganlah nanti terkeluar komen2 yang tak sedap di dengar di telinga. . Kita nie pun kan sensitifkan... oklah akak taknak cerita lebih2.. cari2lah ilmu berpantang nie.. untuk kebaikan diri sendiri jugak.. ;)

3 ulasan:

  1. pantang ni untuk memastikan kita pulih seperti biasa specially tang urat2 tu hehehe. kalau tidak nanti umur muda tapi sakit situ sana dah !

    BalasPadam
  2. Nampaknya spider tu pun tak lama lagi kena jalani proses berpantang...dah kembung perutnya tu hehe..
    Betul tu Izan ......rasanya dlm pantang okje masih tak sihat lagi...kena belahkan..
    Mmg lambat nak baik

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...