Jumaat, 23 Mei 2014
Adab Memberi Salam...
Sempena saiyyidul ayyam ini mari kita tebarkan salam. mari kita belajar dan tahu adab2 memberi salam.. sebab bukan boleh semborono jer memberi salam nie.. Jom belajar.. :D
Antara adab-adab dalam memberi salam adalah:
1. Mendahului dalam memberi salam
“Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang terlebih dahulu dalam memberi salam” [HR Abu Dawud]
Walaupun memberikan salam itu hukumnya sunat berbanding menjawab salam, tetapi hadis di atas menunjukkan keutamaan bagi orang yang berlumba-lumba dalam memberi salam dan bukannya bersikap menanti salam itu diberikan kepadanya. Sebagai balasan, Allah SWT meletakkan mereka sebagai manusia yang utama di sisiNya.
2. Menjawab dengan ucapan yang sama atau lebih baik
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan yang sepadan dengannya). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” [TMQ An-Nisa’ (4) : 86]
Jawablah salam dengan ucapan yang lebih baik sebagaimana ucapan salam yang telah disebutkan. Bahkan jawablah dengan kalimah yang paling sempurna sebagai sikap mencari keutamaan dan mencari kebaikan.
3. Mengikut turutan yang betul
Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah orang yang berkenderaan memberikan salam kepada orang yang yang berjalan. Yang berjalan kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai (dan hendaklah yang muda kepada yang lebih tua).” [HR Bukhari dan Muslim]
4. Pada kadar suara yang secukupnya
Al-Miqdad ra biasa menyediakan susu untuk Rasulullah. Maka Rasulullah datang pada waktu malam lalu beliau memberi salam dengan perlahan supaya tidak mengejutkan orang yang sedang tidur, dan cukup didengari oleh mereka yang terjaga. Dan beliau mengucapkan salam sebagaimana biasa beliau mengucapkan salam. [HR. Muslim]
Oleh itu adalah tidak wajar bagi kita menjerit-jerit dalam memberi salam sehingga mengganggu orang yang sedang tidur ataupun memberi salam terlalu perlahan sehingga tidak didengari langsung bagi orang yang berjaga. Lakukanlah pada kadar yang secukupnya agar didengari dan pada masa yang sama tidak menyakiti sesiapa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bila dah 40
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...
-
Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat...
-
Penyanyi asal lagu Bunga Melur nie P. Ramlee... masa mula2 dengar dulu2 zaman kecik2,, memang akak dah jatuh cinta ngn lirik dia.. sang...
-
Salam kawan2 bloggers.. Tiba2 Hari khamis nie.. akak teringat zaman2 akak naik bas mini.. Zaman bas mini 20... 15 ... 12... 16.. ingat lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D