Khamis, 11 Januari 2018

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka.

Bila umur dah 40.. Bukankah masanya kita perlu melangkah baru dari terus kekal di tempat yang sama dan tindak meninggalkan apa2  untuk masa hadapan kita.

Bila umur dah 40.. rasanya kita perlu memperlahankan nafas.. lebih banyak bertenang.. dan tinggalkan segala hiruk pikuk kehidupan..

Bila umur dah 40.. Kita kena fikirkan dunia abadi dari alam fana yang penuh dosa dan noda ini..

Bila umur 40.. Hidup memang masih diteruskan.. tetapi perlu tahu batas diri.. supaya terlajaknya mampu berundur semua.. terlepasnya mampu ditarik semula.. tersilapnya mampu diperbetulkan semula.. yang penting pintu taubat masih terbuka lagi..

Bila umur 40... Rumah sudah mula mengizinkan kita pergi.. Kubur sudah mengajak kita kembali..

Bila umur 40.. Selalu lah tundukkan diri.. jangan terlalu di tatang ego sendiri..

Bila umur 40.. Bersedialah dengan apa sahaja yang bakal terjadi..

Mungkin ia terakhir sekali..

tempat persinggahan sebelum ke dunia abadi


Rabu, 10 Januari 2018

Hello 2018

Akhirnya tahun 2018 menjelma.  Kalau sebelum ni kita digembar gemburkan dengan fiksyen tahun 2020. Agak2nya sama tak dengan imaginasi kita setakat nie.. Heehehehe.. mesti lain kan.  Tapi itulah hakikat kehidupan.  Itu impian dan ini realiti.

Kelihatannya 2020 itu sangat indah dan hebat.. Tapi ianya hanya tinggal 2 tahun jer lagi.  mampukah kita melihat ianya seperti yang digambarkan,.. ✌

Kita pun tak tahu sampai ker tidak umur ke tahun 2020 tu.  Panjangkah lagi umur sampai ke tahun itu.  Mudah-mudahan sampai..Amiin

Inilah yang digambarkan 2020 nanti

hakikatnya masih lagi di sini.. :)

Selasa, 23 Mei 2017

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian..

Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh abad menerima kedatangan Ramadhan.. Hampir 30 tahun menerimanya dengan sedar.. tapi saya tidak pasti adakah Ramadhan yang telah saya lalui dulu diterima amalannya dari Allah SWT.  Sebab kesalahan masih berlaku.. kesilapan masih lagi berulang.  Setiap kali silap rasa sesal dan memohon keampunan.. Andai kepada manusia kita melakukan kesilapan berulang kali.. pasti manusia itu sudah muak menerima janji untuk tidak melakukan lagi,, Tapi itulah kebesaran sifat Pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun... Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita sehinggalah nafas kita yang terakhir.




Kepada semua sahabat blogger saya ingin memohon maaf seandainya selama saya bersiaran selama ini .. ada post yang merapu dan mengecilkan hati kalian.  Semoga kita semua mendapat Rahmat dan Pengampunan dari Allah dengan kedatangan Ramadhan kali ini.  Semoga kita direzekikan menerima kunjungan Ramadhan kali ini.  Ameen.

Khamis, 27 April 2017

Surirumah vs Bisnes Online..

Jauh lagi Perjalanan.. Sampai atau tidak..kurang pasti


Assalamualaikum sahabat blogger sekalian.

Saya sekarang nie tengah berjinak2 dengan bisness online, tak kisah lah terlambat ker tidak.  Tahulah umur dah dekat separuh abad baru nak berjinak2 dgn bisnes online.  Saya dari dulu memang suka berniaga.  Tapi suka2 jer tak pernah serius pun.  Tapi akhir2 nie bila tengok best jer feedback yang saya terima.. Alhamdulillah.. walau tidak lah hebat mana tapi ada pulangan yang menyeronokkan bagi saya yang dah tidak bekerja ini.  Buat beli jajan..

Apa lagi bila dapat sokongan dari En. Somi.. lagi lah menjadi2 kan.  Seronok dapat berinteraksi dengan orang ni.  Pastu orang yang kita tak pernah kenal dan tahu.  Takder lah senyap sunyi jer kat umah tanpa aktiviti selain dari aktiviti rumahtangga.

Ada ker masa? Ada jer kalau pandai cari.. buat kerja secepat yang boleh.. awal2 pagi settle masak.. selesaikan apa2 yang patut.. pastu ngadap lah komputer.. sambil2 tu boleh jer kopek2 ikan bilis.. lipat2 baju.. gosok2 baju,, mana2 yang patutlah..

Serius ker nie nak wat bisness online ni?... Eh.. tak rugi pun mencuba kan.. mulakan kan jer perlahan2 ambil pengalaman orang lain.. atau kita sendiri rasa .. pastu boleh timbang2kan seronok ker tidak.. rugi ker tidak.. yang pasti dah memulakan langkah.. itu penting .. daripada angan2 tanpa tindakan.. Macam saya kata tadi.. buat tambah2 duit nanti bila nak bercuti kan.. tapi kalau lebih rezeki Allah bagi boleh lah settlekan hutang2 yang masih ada yang perlu di bayar cam.. kereta.. motor.. Semoga Allah bantu kita untuk memudahkan urusan.. itu yang selalu kita kena doa.

Jom surirumah.. kita mulakan langkah.. walaupun setapak.. ianya satu permulaan.  ☺☺☺

Isnin, 17 April 2017

Shhh...




Assalamualaikum semua...

Anak-anak semakin dewasa.. macamana bila anak dah mula soal kita dengan soalan 18sx.. Apa jawapan yang bakal kalian sediakan?.. Payahkan.. tapi itulah hakikatnya.

Saya ada 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan.  Bukan mudah nak memikirkan dalam masa yang pantas bila di tanya.  Soalan pertama diajukan pada saya masa anak pertama umur 6 tahun masih di sekolah tadika lagi.  Mereka ada mata.. ada rasa dan mereka normal.  Malah dalam al Quran sendiri ada membicarakan soal seks ni dengan ayat yang sangat terbuka.. tanpa selindung, supaya yang membaca akan faham dan bila faham mereka akan belajar berfikir.

Saya mula bercerita pada anak bila anak dah mula ada rasa malu .. dah mula rasa suka dengan kaum berlawanan dengan mereka,  Kena bercerita mana2 yang perlu.. contohnya kawasan2 larangan ditubuh badan mereka.  Memang kena .. malah wajib.. sebab sekarang nie,, ramai jer manusia yang bertopeng baik.. tetapi sebenarnya seorang yang berhati jahat.. walaupun pada kanak2.  Perkara nie sangat serius.  Kalau anak lelaki, saya akan ceritakan apa yang berlaku jika mereka disentuh ditempat2 yang tak sepatutnya disentuh apatah lagi anak perempuan.  Malah untuk anak lelaki saya akan terangkan apa yang berlaku jika mereka yang menyentuh   Terangkanlah dengan ayat2 yang mereka mudah faham.  Ayat anak2 mudah mengerti.  Dan percayalah mereka akan faham dengan cepat sebab mereka anak2 zaman yang terdedah dengan perkara2 seperti ini.  Bukan naif seperti kita dulu.  Malah saya sendiri memahami perkara2 seperti ini rasanya masa umur saya 12 tahun rasanya..sangat lambat.

Dan bila mereka menginjak remaja pula saya sudah mula bercerita kepada mereka bagaimana seriusnya perhubungan antara lelaki dan perempuan.  Apa yang boleh dan tidak boleh.  Kali ini dengan lebih terbuka sebab saya tak mahu anak2 mendapat maklumat yang salah dari punca yang salah dan boleh menjerumuskan mereka ke jalan yang tidak sepatutnya.  Beritahu pada mereka agama ini adalah penyelamat mereka daripada perkara2 yang tidak baik.

Fuhh.. sungguhpun begitu,  Doa yang banyak kepada Maha Pelindung adalah sewajarnya.  Mohon mereka sentiasa dilindungi.. Mohon agar mereka sentiasa sedar dengan perbuatan mereka.  Semoga Allah bantu kita semua. Ameen.


Selasa, 28 Mac 2017

Nanas ker Nenas...


Salam Blogger semua.. jumpa lagi kita.. In Sha Allah saya sedaya upaya akan update blog.. tak nak lah biarkan terkuburkan.. sekurang2nya bila saya dah tak der lagi.. ada jugalah buat kenang-kenangan untuk anak2 dan suami.. itu pun kalau mereka bacalah.

Nak cerita pasal nenas.. en. Suami memang suka makan nenas.  Mak pun sama.. Dulu mak ada sakit Thyroid.. kalau kena.. habis satu badan bengkak.. nampak cam kembung.. pastu mak dapat petua untuk makan nenas setiap hari.. Alhamdulillah.. memang banyak perubahan.. dan mak dah tak jadi pengidap thyroid dah.  Cuma still kena control makan dan mak masih amal makan nenas sampai sekarang.

En. Suami pun sama juga.. bila dapat whatsapp dari group dia pasal nenas .. dia kongsi ngn saya.  Dan wahhh.. banyak rupanya khasiat nenas nie.. Jadi saya cadang nak kongsikan kat sahabat maya nie.. supaya kita semua mendapat faedahnya.  Apasalah kalau menda baik kan.. 

Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Meh baca bawah nie..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nenas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nenas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!



1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nenas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nenas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nenas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nenas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nenas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nenas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nenas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nenas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nenas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nenas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nenas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nenas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda dapat artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang Kawasan Kampong Gajah, Perak

Isnin, 27 Mac 2017

Belajar Dari Kalah..


Belajar dari kekalahan.. Memang benar tu.. Ada masa kita kecewa dengan kekalahan yang kita terima.  Bila kita kalah.. kita rasa hidup kita musnah.. kita rasa inilah pengakhiran hidup kita.  Kita selalu lupa episod yang akan berlaku selepas kekalahan itu.  Kita lupa kerana kekalahan itulah kita semakin kuat dan tabah.  Kerana kekalahan itu lah kita jadi orang yang berjuang.  Sebenarnya itulah pengajaran yang kita dapat dari kekalahan.  Kekalahan itu bukan perkara sebenar .. tetapi selepas kekalahan itulah realiti yang sepatutnya kita ingat dan usahakan.

Okeh kerana itu jangan lah kita kecewa kerana kekalahan.  Ia satu cabaran untuk kita terus ke depan dan cuba belajar untuk tidak kalah lagi.

Dulu saya selalu fikir, saya akan kalah dengan pengunduran saya.. tetapi rupa-rupanya ia beri saya satu semangat untuk saya kenali diri saya sediri.. kenali orang-orang yang sayang kan kita.. dan sangat berbaloi kita kalah kerana mereka.. kerana saya itu kekalahan itu sebenarnya tangga untuk kita tuju kemenangan.  Mari kita berdoa ke arah itu.  Ameen

Selamat Menuju Kemenangan.. Hai Ya A'lal Falah.. 😊😊😊

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...