Salam Selasa sahabat blogger sekalian..
Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh abad menerima kedatangan Ramadhan.. Hampir 30 tahun menerimanya dengan sedar.. tapi saya tidak pasti adakah Ramadhan yang telah saya lalui dulu diterima amalannya dari Allah SWT. Sebab kesalahan masih berlaku.. kesilapan masih lagi berulang. Setiap kali silap rasa sesal dan memohon keampunan.. Andai kepada manusia kita melakukan kesilapan berulang kali.. pasti manusia itu sudah muak menerima janji untuk tidak melakukan lagi,, Tapi itulah kebesaran sifat Pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun... Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita sehinggalah nafas kita yang terakhir.
Kepada semua sahabat blogger saya ingin memohon maaf seandainya selama saya bersiaran selama ini .. ada post yang merapu dan mengecilkan hati kalian. Semoga kita semua mendapat Rahmat dan Pengampunan dari Allah dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Semoga kita direzekikan menerima kunjungan Ramadhan kali ini. Ameen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bila dah 40
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...

-
Penyanyi asal lagu Bunga Melur nie P. Ramlee... masa mula2 dengar dulu2 zaman kecik2,, memang akak dah jatuh cinta ngn lirik dia.. sang...
-
Salam kawan2 bloggers.. Tiba2 Hari khamis nie.. akak teringat zaman2 akak naik bas mini.. Zaman bas mini 20... 15 ... 12... 16.. ingat lagi...
-
Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D