Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Al Fatihah untuk mereka..

2016 sudah semakin hampir.. Perlahan-lahan 2015 melabuhkan tirai.. semakin ramai mereka yang ku kenal.. semakin ramai yang ku tahu.. semakin ramai yang singgah dalam hidupku semakin banyak yang dipinjam olehNya pada ku..
Perlahan-lahan... Allah ambil satu persatu.. dari yang jauh tak pernah bertemu ... atau yang dekat di hati bertamu.. Yang pasti mereka bukan milikku..
Perlahan-lahan.. Allah tarik satu persatu.. supaya hati diberi amaran selalu sentiasa ingat si Pemilik Nyawa yang Satu..
Setiap detik jantung berdegup.. Setiap kali itu hati berdebar.. menunggu hari giliran aku.. entah kan kini ... entahkan nanti.. Namun ia sangat pasti..