Isnin, 7 Disember 2015

Al Fatihah untuk mereka..

2016 sudah semakin hampir..
Perlahan-lahan 2015 melabuhkan tirai..
semakin ramai mereka yang ku kenal..
semakin ramai yang ku tahu..
semakin ramai yang singgah dalam hidupku
semakin banyak yang dipinjam olehNya pada ku..

Perlahan-lahan...
Allah ambil satu persatu..
dari yang jauh tak pernah bertemu ...
atau yang dekat di hati bertamu..
Yang pasti mereka bukan milikku..

Perlahan-lahan..
Allah tarik satu persatu..
supaya hati diberi amaran selalu
sentiasa ingat si Pemilik Nyawa yang Satu..

Setiap detik jantung berdegup..
Setiap kali itu hati berdebar..
menunggu hari giliran aku..
entah kan kini ... entahkan nanti..
Namun ia sangat pasti..

1 ulasan:

  1. Salam... ALlah has perfect timing never early n never late. Cuma kita kena topup kan diri dgn amal

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...