Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Sahur..

Imej
1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda, فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim) Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW, مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)
2. Pada sahur itu ada keberkatan

Sabda Nabi SAW, تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim) Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban, السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ ت…

Salam Ramadhan Wahai Sahabat. .

Imej
Semoga ibadat kita diterima Rabbul Jalil.. dan diberi keampunan... Ameenn

Pagi2 dah Ngantuk....

Imej
Bila Ngantuk nak kongsi waktu apa yang Rasulullah SAW larang kita tidur.. supaya tak memudaratkan badan sendiri...zzzzz

Jangan pada mereka..

Imej
Ya Allah... Maha Penyayang.. Penguasa seluruh Alam....
Mohon padaMu wahai Maha Pengampun Dosa...
Mohon kasihMu Wahai Maha Pengasih...
Mohon rahmatMu Wahai Pemberi Rahmat...
Wahai Maha Besar... Maha Hebat.. Maha Lembut..Janganlah Kau balas dosa2 ku ke atas anak2 ku ya Allah...  hanya kepadaMu aku bermohon... Ampunkanlah dosa2ku...

Hari Sukan Sekolah...

Imej
Aiman.. Amin.. dan Aini..  sejak hari jumaat hingga ahad... berturut2 hari sukan.. dan diraikan bersama2 walaupun sekolah dan sessi berbeza.. tahniah anak2ku... Aiman mendapat anugerah Olahragawan Harapan 2014.. itu yg dikejar.. itu yang dapat.. Amin dan Aini dapat hadiah atas permainan yang disertai... tahniah sekali lagi sayang2 sumer... Amir kongsi kejayaan abang2 dan kakak... yeay...

Berkuasakah kita?

Imej
Yang berkuasa hanya Dia...
Tanda apa lagi yang engkau minta...

Shah Alam 2

Imej
Melayan Snow Walk dan Red Carpet..  memang best...

Akhiri Cuti Sekolah..

Imej
Alhamdulillah. . Dapat juga menghabiskan masa bersama anak2 pada akhir2 cuti sekolah.. tak pergi jauh pun.. kami ker shah alam.. tujuan utama I-city Shah Alam,  sempena hari keluarga kilang tempat En. Bos bekerja.  Tapi sehari sebelum itu kami bermalam di Shah Alam.. dan hotel yang kami pilih adalah Hotel Tree Boutique.  Oklah untuk sekadar bermalam..Sampai di Shah Alam.. kami berjalan di Tasek Shah Alam.. sehingga hampir maghrib. . Berbaloi meluangkan masa bersama2 anak2... Alhamdulillah

Manusia Berubah...

Imej
Manusia berubah...
Dari baik menjadi jahat..
Dari jahat menjadi baik..
Dari jauh menjadi semakin dekat..
Dari dekat menjadi semakin jauh..
Dari kasih menjadi benci..
Dari benci menjadi kasih..
Manusia memang akan berubah..
Jika ikut hati tanpa akal..
Jika ikut akal tanpa hati..
Bukankah fitrahnya selari..
Supaya berubah itu satu mujahadah..
Yang akan mengubahkan arah tuju ..
Dari penghuni neraka jahannam... ke Syurga al firdausi...
Ameenn




Rentetan daripada perbualan dengan seorang sahabat baru2 ini... dia mengisahkan kehidupannya.. berkongsikan kisah suka duka hidupnya akhir2 ini.. Kehidupan berumahtangga yang masih muda.. yang masih dalam proses semarak.. masih ada yang kecil hati sini sana.. yang terasa sini sana.. hakikat hidup.. yang tak dapat tidak kita wajib tempuhi..

Kita sebagai manusia kadang2 perlu juga berlakun..hipokritkah itu?.. pada akak..  kita berlakun bukan untuk memudaratkan sesiapa.. apa salahnya.. cuba bayangkan.. dengan berterus terang itu menyebab satu keadaan yang akan lebih te…

Nisfu Syaaban

Imej
Apa yang kita tahu tentang Nisfu Syaaban?.. Jom kita baca dan fahami.. semoga kita semua mendapat.. keberkatannya.. Ameen
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demi…

Strok Haba : Mengapa?.. dan Nak Buat Apa?

Imej
Cuaca sekarang sangat panas kan?.. semalam akak dengar di Buletin Utama ,, suhu kepanasan di Mekah mencecah hampir 50 darjah selsius.. aduhai.. dan di sini pun dah rasa panas.. kalau suhu camtu.. mahu kita nak duduk dalam peti ais jer.. dan ini baru kepanasan dunia.. kalau di Neraka Jahannam,, aduhai.. semoga kita dijauhkan dan tidak tergolong dalam golongan itu.. Na'uzubillah hi Min Zalik..
Jom kita baca info ini.. oleh kerana cuaca yang panas yang agak tinggi ini.. maka ia mengundang satu lagi keadaan yang sebenarnya sangat bahaya untuk kita yang dewasa, orang tua dan bayi...



Gigitan Cinta Sang Lebah..

Imej
Kali pertama akak digigit lebah adalah pada umur akak sekitar  7 - 9 tahun kot.  Masa tu akak nak pakai baju dan lebah itu melekat kat baju .. jadi bila pakai.. emm apa lagi dia bagilah sedas.. sakit?.. memang sakit.. tapi nak ingat rasa sakit tu .. rasa nya dah lupa dah...dah hilang ingatan tentang sakitnya tu..

Nak dijadikan cerita.. pada malan isnin lepas.. akak dikembalikan merasai rasa sakit gigitan sang lebah.. huish sakit sangat beb.. sakit yang sampai ke otak..  memang sakit.. kali ni sengatannya di tapak kaki.. bengkak kaki tak hengat.. gi klnik dapat suntikan kancing gigi.. dulu masa kena tak pulak kena suntik.. atuk amik tanah liat.. dia sapu2 kat tempat kena tu.. tak pulak demam ker apa ker..seingat akak laa.. tapi kali nie siap rasa nak demam dan pening2 lalat pulak.. tu apa makna?.. tanda2 dah semakin tua.. heheheh.. Rezeki kan.. terima jer laa.. :D

Ketika Hujan Semalam...

Imej
Kejadian hujan yang sangat lebat semalam mengundang banjir kilat di uia.. air sungai gombak meningkat dengan cepat.. keadaan yang tenang pada paginya bertukar wajah apabila hujan mulai turun pada pukul 2 petang semalam.. asrama juga turut terlibat.. air naik ...Dan pagi ini hujan mencurah lagi.. semoga kita mendapat rahmat dan limpah kasihan dari Allah SWT... "Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik2 Pelindung"

Ketika Hujan...

Imej
Doa mustajab ketika:-


1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)

3.Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi) 4. Doa di dalam sujud “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim ) 5. Sesaat pada hari Jumaat “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon…

Bermimpi Biar Sampai Ke Bintang...

Imej
Boleh tak kita bermimpi.. mimpi yang kita rasa cam tak boleh nak capai... kita  anggap cukuplah bermimpi kerana hanya otu yang aku layak... cukuplah dengan bermimpi sahaja aku dapat mengecapi sesuatu yang sukar... mimpi sahaja yang mampu...Tapi sebenarnya mimpi itu perlu.. tanpa mimpi kita tiada impian... seolah sekadar anganan... Mari kita bermimpi sampai ke bintang.. mana tahu jika mimpi kita dikabulkan olehNya... 😁😁😁

Tak Kisah Salah @ Betul...

Imej
Ini kerja akak bila bosan... bila betul suka.. bila salah buat lain.. apa kira salah betul.. ini kan permainan.. bila salah buat jer lain.. tak payah nak fikir kenapa salah... betul tak.. ini akak laa.. fikir camtu... Tapi dalam hidup tak boleh camtu ... bila salah kita kena fikir kenapa salah.. apa yang sebab kan salah.. salah buat keputusan ker?.. terlepas pandang sesuatu ker? Tersilap percaturan ker?.. supaya kita tidak tersilap untuk masa depan.. supaya ia jadi pengajaran.. itulah hidup. . Bukan macam main 'game' yer.. takder butang 'reset' atau butang 'again'.Tapi kita manusia selalu lupa nak ambil iktibar.. kesalahan yang sama boleh berlaku berulang kali.  Tapi andai sudah dikemaskini percaturan.. ditimbang tara keputusan.. segala kemungkinan telah di fikirkan... jika berlaku lagi kesilapan.. itu maknanya Allah belum lagi memberi kepada kita.. kerana masanya belum sesuai.. kerana Dialah seHebat2 Perancang... serahkan segala Pada Dia...