Jumaat, 28 Februari 2014

Dalam perjalanan ini...

Dalam kita berjalan meniti kehidupan, kita di temu kan dengan pelbagai santapan kehidupan.. ada yang indah.. kalau boleh berkali2 nak dialami... ada yang pahit.. kalau boleh cukuplah sekali.  Namun itulah pengajaran kehidupan.. tanpa pengalaman2 seperti itu... kita mungkin akan lemah... dan kita tidak nampak kekuatan yang ada di dalam diri kita..

Ada masa bila hidup kita terlalu biasa.. kita akan leka dan terlupa.. jadi Yang Empunya diri ini akan menegur kita sedikit agar kita tidak terus alpa.. adakalanya bukan sahaja ditegur malahan terus diberi amaran.. agar kita masih berpijak di bumi yang nyata.. agar kita tidak lupa bahawa kita ini hanya hambaNya. . Ada Yang Maha Berhak untuk melakukan apa sahaja..

Adakalanya kita lupa yang hidup kita bukan bergantung kepada manusia yang lain..tetapi bergantunglah hanya pada Dia.. kadang bila kita terleka dibuai perasaan.. bimbang jalan yang lurus kita ambil ..akan terpesong sedikit akibat dari bisikan2 yang kita sendiri tidak sedar..

Kita juga perlu sedar yang kita manusia tidak mampu mengubah sikap atau hidup manusia lain.. walaupun suami atau isteri kita... malah anak kita sendiri.. nasib dan qadar hidup mereka terletak sepenuhnya pada Yang Maha Tinggi.. tapi kita berupaya untuk membentuk diri kita sendiri dengan mengambil segala teguran dan amaranNya itu dengan serius... berubah ke arah kebaikan..dengan iringan doa padaNya.. mohon agar kita tidak terlupa padaNya... selangkah kita menuju kepadaNya...srribu langkah Dia akan mendekati kita... itu janjiNya... janji yang tidak akan dimungkiriNya...

Jadi yang penting sekali kita perlu menjaga hubungan kita dengan Nya yang Maha Penyembuh dan Maha Lembut.. agar kita sentiasa dipelihara olehNya.. kerana tanpa Dia yang Maha Pengasih lagi Penyayang.... kita akan sesat dan hilang.. dan menjadi penghuni jahannam.. Na'uzubilah hi min zalik....

Ampun kan dosa kami wahai Maha Kuasa, Maha Pengampun.. Kaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. ameenn

Sabtu, 22 Februari 2014

Tragedi 20 Februari...

Kebetulan hari tu.. badan tak sedap .. sakit2 badan.. pening.. selsema.. batuk.. jadi mintak kebenaran kat opiser nak balik kul 11 n gi klinik utk dpt mc... tapi sebab x larat sangat akak terus balik umah.. sampai umah rehat.. amin balik umah.. mintak ibu suapkan makan tengahari. . Walaupun badan x kuat ..layan jugaklah permintaan anak boleng sorang nie. Pastu dia gi sekolah agama..

Petang tu somi balik awal skit n bawak akak gi klinik.. doktor pun bagi mc.. on d way balik umah.. dapat call dari phone somi.. uncle din...  kawan somi... inform yang dia nak bawak anak akak amin gi klinik.. sebab dia jatuh basikal... n luka.. dalam fikiran akak... kaki luka ker.. masuk rim basikal ker.. kena batu ker.. apa2 yang logik di akal... somi kata kami tunggu kat klnik jer cam tu..

Tapi bila apa yang kami tengok bukanlah seperti yg di sangka.. kecederaan pada mata akak.. sangat parah..  darah membasahi baju dan amin memang terbaring mengerang.. Allah hu akbar anakku.. dlm klinik dia beritahu yang perutnya tertusuk handle basikal yang dia bawa, dan dia jatuh sebab nak mengelakkan motor...doktor di klinik terus menelefon ambulan.. katanya nie parah dan perlukan rawatan pakar di hospital. .

Amin dikejarkan ke hospital selayang.. smpai selayang.. doktor beritahu kami yang lukanya sangat dalam.. takut terkena organ2 dalam badan.. emergency surgery sangat diperlukan sekarang...

Akak..... redha.. tenang.. doa n tawakal... dgn harapan tiada kecederaan serius.. kami suami isteri menerima semua dengan tenang.. sebab Kun fa ya kun.. walaupun.. terkesima dgn ujian tiba2 ini..

Malam itu pukul 12tghmlm amin di bedah.. kami menunggu dan menerima apa sahaja keputusan bakal kami terima.. selesai segala pada pukul 3pagi.. dan Syukur kami ke hadrat Allah SWT..doktor kata "Amin sangat bernasib baik luka memang dalam... memang sangat hampir dgn pembuluh darah utama ke kaki.. dan andai itu terjadi akan ada pendarahan yg teruk n berkemungkinan akan effect kakinya.. dan iannya tidak terjadi begitu"

Berita itu sudah cukup untuk kami bersyukur.. mungkin ini ujian hebat buat kami.. walaupun sebenarnya.. ada lagi manusia yang lebih hebat ujiannya dibanding kami..

Dan sekarang akak masih lagi di Hospital Selayang bersama amin.. bergilir dgn En. Somi... amin masih di pantau..

Ianya satu tragedi buat kami sekeluarga dan juga teguran agar kami sentiasa bersedia dgn apa sahaja kemungkinan.  Kerana memang benar... KUN FA YA KUN...

Khamis, 20 Februari 2014

Apa Yang Kita Lihat..

Apa yang kita lihat.. tak sama dengan apa yang orang lihat.. fungsi mata yang sama .. tapi pandangan yang berbeza.


Apa yang korang nampak dalam gambar dibawah?



Mesti ramai yang terteleng2 nak meneka gambar apakah yang sebenarnya kelihatan.. Pasti ramai yang nampak bentuk seekor katak... dan juga kepala seekor kuda .. betul tak..

Tak kiralah apa yang kita nampak dan percaya.. yang penting kita kena hormati pandangan orang lain.. mungkin tak sama dengan kita.. tapi itu adalah dari sisi pandangan nya.. atau pun kita yang tidak membuka mata seluas2nya untuk melihat sudut dan sisi lain dalam kehidupan.

Semua orang ada hak dalam menilai apa yang dilihat.. cuba belajar untuk menerima pandangan orang lain agar kita lebih terbuka untuk mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan kita.. seandainya itu lebih baik.. :D

Semoga kita semua di bawah lindunganNya sentiasa.. Ameenn

Selasa, 18 Februari 2014

Langit Cerah tidak selalu...




Pernah tak kita lihat ke langit.. awan memutih... langit membiru.. matahari memancarkan cahaya yang cantik.. 
dan tiba-tiba langit yang cantik itu berubah hitam.. berarak awan mendung..  begitulah kehidupan .. janganlah kita sangka hidup kita yang tenang... senang... akan terus begitu.. akan datang satu waktu.. kita akan terumbang ambing.. kelab kelibut.. meencari solusi untuk mengembalikan ketenangan seperti sebelumnya.. jadi berSEDIA laaah..

Rabu, 12 Februari 2014

Jangan Keluar Rumah?

Haaa... alert....alert...

Tak jauh dah tu... jerebu balik laa Malaysia... kali ni bukan sebab asap pembakaran .. tapi sebab debu dari gunung yang meletus tu.. jaga2 yer...

Bos2 kena alert untuk kesihatan staff2 nye.. hehehehe.... kalau bagi balik kan bagus... :)

P/s : Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa... mari kita fikir2kan kuasanya... masihkah lagi kita menidakkan?... Allah hu Akbar... Dialah pencipta langit dan bumi.. betapa kecilnya kita...

Dalam Hidup...



Dalam hidup..
Tak selalu jumpa yang putih bersih..
Tak selalu temu yang sentiasa kasih..
Bukan semua hitam tersisih. .
Bukan semua terjatuh kasih...

Dalam hidup..
Pasti ada tertusuk duri...
Pasti ada cederakan diri...
Tak selalu terlepas pergi...
Tak selalu terjerat lagi..

Dalam hidup..
Teruskan berharap selagi daya..
Walaupun tak kaya kaya
Kerana kita tahu kita ada DIA..
Memohon berharap agar ampun sentiasa...
Agar akhirnya nanti ke syurga...

Dalam hidup yang sentiasa menanti akhir...



Isnin, 10 Februari 2014

Ujian dari Allah SWT...

Salam sahabat sekalian,  ujian Allah SWT adalah untuk mematang dan menguatkan lagi iman kita padaNya.. Tanpa ujian kita akan kosong dan sepi.. seolah2 x diperlukan... jadi dgn adanya ujianlah ..kita tahu kita wujud...

Tak kiralah ujian apa pun.. Ujian Allah SWT itu luas... ujian sakit, ujian mati, ujian redha, ujian sabar.. semua ujian... malah dalam nak membuat keputusan pun ujian ...

Dan Sabar adalah jalan yang terbaik.. Redha membuat kita kuat... tawakal membuat kita semakin percaya pada rukun Iman..

Bersyukurlaah.. di saat kita dilanda ujian.. kerana dengan ujianlah kita tahu Allah SWT masih menyayangi kita sumer.. ;)

Ahad, 9 Februari 2014

2 2 Demam

Aduhai.. dua2 dah demam... nakal tak abis abis... ngusik pun tak abis abis.. gi klinik... punyalah ramai yang senasib ngn amir n aini.. kata puan doktor... sekarang demam memang tengah menular... sebab cuaca... panas dah sampai 38°c... doktor nasihat.. banyak minum air... jangan berjemur kat tengah panas... rajin2 mandi... ibu pun dah ada rasa tak sedap badan nie... kena kuat untuk anak2.. dan somi tercinta.. :)

Rabu, 5 Februari 2014

Menjaga Hati...



Menjaga hati..
aduh payahnya.. 
supaya tiada yang terasa
Sebab kekadang hati sendiri tak terjaga..
ada sahaja yang terkena..
aduh payahnya
apatah lagi hati orang lain hendak dijaga..

Maafkanlah andai terasa..
kekhilafan diri kekadang bukanlah niat makna..
Cuma lidah bukan mudah untuk di ajar bicara..
lancar sahaja mengeluarkan kata..'

Menjaga hati payah sungguh rasa..
kerana memasing ada fikiran dan jiwa..
ada sahaja tidak berkenan di telinga..
ada sahaja tidak berkenan di mata..

Menjaga hati...
marilah sama-sama kita perhati..
jom kita muhasabah diri peribadi..
adakah kita sudah cukup sempurna pekerti..
adakah kita perlu berhati-hati
mengeluarkan kata yang datang dari hati..
atau sebenarnya..
kita jaga hati sendiri
agar tidak mudah dicarik dikeji..
agar kuat walaupun di caci atau pun puji
dan tidak lupa diri..

Ya Allah sesungguhnya hanya padaMu..
Tunduk menyerahkan hatiku...

Selasa, 4 Februari 2014

Setiap Kali Fajar Menyinsing...


Setiap kali Fajar menyinsing.. 
kita akan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan kita hari itu

Setiap kali Fajar menyinsing..
Kita berharap agar ia akan terus indah sehingga ke dinihari

Setiap kali Fajar menyinsing..
Pelbagai impian indah meneroka minda


Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing..
Sudah tetap takdir dan waktu dariNya

Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing...
Tidak pernah terlewat atau tercepat walau sedetik cuma

Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing..
Kita hanya mampu berdoa padaNya agar kita tidak berpaling padaNya


Setiap kali Fajar menyinsing...
Kita tinggalkan segala memori..
indah mahupun duka

Setiap kali Fajar menyinsing..
Kita mencipta sejarah baru..
Sama ada mampu dikenang atau lupa

Setiap Kali Fajar menyinsing..
Alhamdulillah.. kita masih mampu membuka mata..
Nafas terhela..
Langkah tercipta..
Hanya Kuserahkan PadaMu Segala..
Tuan Empunya Dunia...

Isnin, 3 Februari 2014

2014.. Permulaan Cerita Baru...

Alhamdulillah..   Bertemu juga di hari Jumaat.. penghulu segala hari.. Baru2 .ni..akak ke Kuantan melawat suami kepada sahabat merangkap kawan satu opis.. suaminya di diagnos leukimia ak.t.. leukimia yang datang secara tiba2 tanpa simptom yang lama.. akak nak terangkan  pun tak berapa arif.. korang surf laa untuk tahu lebih lanjut.
Sahabat akak tu baru ada seorang anak dan sedang mengandung anak ke 2.. dia dikejutkan dengan berita yang sudah tentu memeranjatkan seluruh insan yang mengenalinya.. Namun akak tahu.. dia seorang wanita yang tabah dan kuat.. In Shaa Allah.. kerana kita sumer tahukan Allah SWT memberi ujian hanya kepada mereka yang mampu menghadapinya..
Kawan2 opis yang lain pulak diuji dengan penyakit.. bos sendiri pun tak sihat.. trigeminal neuralgia..nama sakitnya..  yang lelain.. ada yang anak tak sihat.. warded berhari2.. jadi kami terpaksa bekerja dengan kurang tenaga pekerja.. 
Mungkinkah .. tahun 2014 ini adalah tahun cabaran buat kami?.. kalau benar.. Semoga Allah SWT memberi kemudahan dalam menghadapinya. . Memberi juga keampunan buat kami.. amennn Ya Rabbal Àlamin...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...