Jumaat, 28 Februari 2014

Dalam perjalanan ini...

Dalam kita berjalan meniti kehidupan, kita di temu kan dengan pelbagai santapan kehidupan.. ada yang indah.. kalau boleh berkali2 nak dialami... ada yang pahit.. kalau boleh cukuplah sekali.  Namun itulah pengajaran kehidupan.. tanpa pengalaman2 seperti itu... kita mungkin akan lemah... dan kita tidak nampak kekuatan yang ada di dalam diri kita..

Ada masa bila hidup kita terlalu biasa.. kita akan leka dan terlupa.. jadi Yang Empunya diri ini akan menegur kita sedikit agar kita tidak terus alpa.. adakalanya bukan sahaja ditegur malahan terus diberi amaran.. agar kita masih berpijak di bumi yang nyata.. agar kita tidak lupa bahawa kita ini hanya hambaNya. . Ada Yang Maha Berhak untuk melakukan apa sahaja..

Adakalanya kita lupa yang hidup kita bukan bergantung kepada manusia yang lain..tetapi bergantunglah hanya pada Dia.. kadang bila kita terleka dibuai perasaan.. bimbang jalan yang lurus kita ambil ..akan terpesong sedikit akibat dari bisikan2 yang kita sendiri tidak sedar..

Kita juga perlu sedar yang kita manusia tidak mampu mengubah sikap atau hidup manusia lain.. walaupun suami atau isteri kita... malah anak kita sendiri.. nasib dan qadar hidup mereka terletak sepenuhnya pada Yang Maha Tinggi.. tapi kita berupaya untuk membentuk diri kita sendiri dengan mengambil segala teguran dan amaranNya itu dengan serius... berubah ke arah kebaikan..dengan iringan doa padaNya.. mohon agar kita tidak terlupa padaNya... selangkah kita menuju kepadaNya...srribu langkah Dia akan mendekati kita... itu janjiNya... janji yang tidak akan dimungkiriNya...

Jadi yang penting sekali kita perlu menjaga hubungan kita dengan Nya yang Maha Penyembuh dan Maha Lembut.. agar kita sentiasa dipelihara olehNya.. kerana tanpa Dia yang Maha Pengasih lagi Penyayang.... kita akan sesat dan hilang.. dan menjadi penghuni jahannam.. Na'uzubilah hi min zalik....

Ampun kan dosa kami wahai Maha Kuasa, Maha Pengampun.. Kaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. ameenn

1 ulasan:

  1. Hanya Allah SWT yg satu...DariNya kita datang, hidup dan mati keranaNya dan akhirnya kembali kepadaNya.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...