Selasa, 4 Februari 2014

Setiap Kali Fajar Menyinsing...


Setiap kali Fajar menyinsing.. 
kita akan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan kita hari itu

Setiap kali Fajar menyinsing..
Kita berharap agar ia akan terus indah sehingga ke dinihari

Setiap kali Fajar menyinsing..
Pelbagai impian indah meneroka minda


Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing..
Sudah tetap takdir dan waktu dariNya

Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing...
Tidak pernah terlewat atau tercepat walau sedetik cuma

Namun sebenarnya setiap kali Fajar menyinsing..
Kita hanya mampu berdoa padaNya agar kita tidak berpaling padaNya


Setiap kali Fajar menyinsing...
Kita tinggalkan segala memori..
indah mahupun duka

Setiap kali Fajar menyinsing..
Kita mencipta sejarah baru..
Sama ada mampu dikenang atau lupa

Setiap Kali Fajar menyinsing..
Alhamdulillah.. kita masih mampu membuka mata..
Nafas terhela..
Langkah tercipta..
Hanya Kuserahkan PadaMu Segala..
Tuan Empunya Dunia...

2 ulasan:

  1. Sungguh terasa suasana indah, emosi dan perlakuan dikala saat yang seketika itu.

    BalasPadam
  2. suka baca bait2 kata dlm n3 ni..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...