Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja ..kepada kaum Wanita terutamanya.. :)

Salam Sejahtera kengkawan semua...

Selamat Hari Pekerja kepada semua.. terutama sekali kepada kaum wanita semua... khas juga kepada kaum wanita yang sudah selama ini memberi pengorbanan terhadap kaum lelaki dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada mereka... kenapa yer akak utama kan wanita... emm... yerlaa akak kan wanita jugak hihihihi... nak hargai diri sendiri...nak ucapkan tahniah kat diri sendiri.. supaya terus bersemangat dan terus memberi selagi mampu... hihihih...waahhh... cam nak bagi ucapan lak...

Bukan apa .. selama berkerja selama hampir 20 tahun nie.. rasanya dah penuh dengan pengalaman indah dan sebaliknya... ada masa kita mampu menghadapinya .. ada masa kita mengaku kalah jer.. mungkin kerana dah tak larat atau malas nak melayan masalah lagi... ada banyak perbezaannya pada wanita bila dia bujang dan sudah berkahwin...

Bila kita berkerja semasa kita masih single... kita boleh memberi komitmen yang tinggi pada kerja kita... kerja bukan dengan office hour.. kalau waktu office sampai kul 4:15 ptg (dulu aarr.. tahun 90an).. kita masih lagi boleh tunggu sampai kerja selesai... kalau sampai malam pun masih bertahan lagi... kalau ada kerja yang memerlukan kita bekerja waktu public atau off day pun... kita sanggup... tanpa ada rungutan sebab kita mampu lakukannya...

Tapi keadaan berbeza bila kita sudah bersuami...segala apa yang kita nak buat mesti dengan izin suami.. nak overtime pun kalau suami tak izinkan.. kita tak boleh teruskan (haram tau...)... nak kerja sabtu ahad atau public pun kena izin suami juga...kalau suami ok.. takper laa... tapi ada juga suami yang nak dibelai selalu.. hihihihi..


Apatah lagi bila dah ada anak2... balik jer kerja.. masih ada lagi kerja yang menunggu... balik office dah tentu tepat 5ptg.. sebab nak amik anak2 kat nursery... kalau lambat nanti kena charge overtime lak.. pastu kalau anak dah sekolah.. ada yang pi amik anak pulak kat sekolah.. sampai umah dah sebuk nak sediakan makan minum utk dinner.. dan ader tu siap sediakan untuk esok pagi sekali.. sebab nanti esok anak2 yang dah bersekolah akan balik umah tengahari.. dah tentulah nak kena sediakan makanan untuk diorang pulak... kain baju kena cuci..sidai..lipat...ada tu bila anak2 n hubby dah tidur... di ibu sebuk kemaskan rumah sebab tak sempat nak tunggu esok... (sebab tak ade maid laa ... ada suami yang tak mahu ada maid,.. kenapa ekkk ... hihihihihi).........Jadi kesimpulan nya dia tak dapat nak beri komitment kat tempat kerja selepas pukul 5ptg kerana dia ada tugas yang lebih besar menunggunya di rumah...kerana itu berkhidmat untuk keluarga adalah salah satu Jihad ... kerana si ibu kena berperang dengan karenah anak2.. dan juga suami hihihih..

Ini hakikat kan... akak rasa ramai ibu2 kat ruangan siber nie bersetuju dengan paparan akak kali ini...sebab itulah akak rasa Wanita sebagai Pekerja yang amat kuat dan berdedikasi.. kalu tak dia tak dapat lakukan banyak kerja dalam satu masa...sebagai Pekerja di Pejabat, sebagai ibu,bapa,kaunselor,guru,akauntan, penghibur, chef, waiter, designer.. dan sebagainya...

oleh itu Selamat Hari Pekerja kepada Wanita Seluruh Dunia....




2 ulasan:

  1. selamat hari pekerja..

    penat sungguh wanita yg bekerja dan dalam masa yg sama menguruskan keluarga...

    wlpun saya belum kawin.. tapi menguruskan adik2.. yg tinggal bersama saya duduk menyewa.. terasa tgjawab yg hampir sama seperti emak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Moon..emm... maka buatlah pilihan.. nak jadi isteri sepenuh masa atau sahut cabaran menjadi kami yang bekerja nie... tapi dah ada pengalaman.. oklah tu.. :)

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...