Selasa, 17 April 2012

Dan Yang Sebenarnya...

Salam ...

Yang sebenarnya hidup ini indah.. setiap hari jika kita lalui dengan keseronokan dan keindahan... malahan sekiranya hari itu penuh dengan dengan dugaan dan rintangan.. ia akan jadi kenangan yang indah juga.. setelah kita meninggalkan hari itu ia akan menjadi satu memori yang bakal kita kenang dengan senyuman...

Yang sebenarnya.. kita tidak perlu terlalu memikirkan sesuatu perkara atau masalah itu dengan terlalu serius.. sehinggakan kita jadi stress dan celaru.. kerana kita perlu yakin dengan apa yang di beri oleh Allah S.W.T ada sebabnya.. samada ianya adalah anugerah untuk kita atau ianya satu peringatan untuk kita... Andainya ia satu anugerah.. bersyukurlah kita... tetapi jika ianya satu peringatan.. cepat2lah kita muhasabah diri.. mencari yang salah dan cuba perbaiki.. bukankah kita ini manusia.. yang selalu lupa dan lalai...selalulah kita beristigfar...

Arah tujuan yang satu.....

Yang sebenarnya.. kita mesti menghargai apa yang ada dihadapan kita.. setiap detik dan saat itu tidak akan berulang kembali... samada kita suka atau tidak... Dan kita perlu tahu yang dihadapan kita itu hanyalah pinjaman untuk kita dan billa2 masa sahaja yang empunya boleh mengambil semula milikNya.. dan ketika itu janganlah kita terlalu meratap kerana itu semua milikNya... kita juga milikNya.. terima lah dengan hati yang ikhlas dan terbuka... dan supaya kita semakin hampir dengan Nya dan mendapat syurgaNya...

Dan yang sebenarnya.. mudah segalanya untuk diperkatakan .. tetapi untuk melakukannya bukanlah semudah yang disangka... Namun manusia itu boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik... pilihan itu berada di tangan kita.. Jadi marilah kita pilih yang mana yang lebih baik dan yang paling penting .. Misi nya adalah menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T....


2 ulasan:

  1. baru saja menerima khabar seorang sahabat kehilangan suami tercinta pagi semalam.... tinggallah dia berdua dgn anaknya yg baru bersekolah menengah.

    tak dpt bayangkan macamanalah jika akak berada ditempat dia.. memang benar org yg kita sayang itu milikNYA yg abadi.. tapi hati isteri manalah yg tak sedih bila insan kesayangan pergi buat selamanya.. tak dpt akak bygkan.. moga2 jika ianya terjadi pada kita.. kita dpt laluinya dgn tenang & redho.. DAN SEBENARNYA redho itu sentiasa ada.. cuma kerisauan tentang kemampuan nak membesarkan anak2 tanpa suami itu yg lebih utama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih mendengar berita itu... memang tak dapat kita gambarkan jika ianya terjadi pada kita.. Walau sedih..dan redha .. kita tetap terpaksa laluinya.. semoga sahabat akak kuat menghadapi dugaan yang datang.. mana kita tahu..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..
      "Innalillah.... "

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...