Khamis, 8 Mac 2012

Pilihan Sendiri atau Mak Ayah....?

Eemmmm satu persoalan kan... pilihan sendiri atau mak ayah... perkahwinan yang mana kita nak pilih... dulu .. soalan ini pernah menjadi isu dalam hidup akak sendiri.. Tapi akhirnya akak memilih untuk menerima pilihan mak ayah dan akhirnya alhamdulillah... kami bahagia....


Sebenarnya .. tidak kira yang mana satu pilihan kita.. tapi yang paling penting adalah restu daripada mak ayah dari ke dua2 belah pihak.. restu merekalah yang akan menentukan kebahagiaan kita.  Mungkin.. tidak semua yang bernasib baik.. ada juga mendapat restu tetapi hancur... pada akak itu adalah dugaan untuk mereka.. untuk meningkatkan kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T.

Apa sahaja pilihan kita, kita juga harus memainkan peranan untuk mencari kebahagiaan... jauhilah perkara2 yang mengundang kepada kegagalan rumah tangga kita... kerana kehancuran rumah tangga itu berpunca dari pasangan ataupun kita sendiri.  Jadi sama-samalah berusaha untuk mencari bahagia.

Dan lagi satu... bagaimana tinggi pun cinta kepada pasangan kita .. letaklah Allah S.W.T di tempat pertama cinta kita,  sebab dengan itu kita akan menjaga cinta yang dikurniakan olehNya daripada perkara2 dosa...begitu juga dengan bagaimana hubungan itu dimulakan... jauhilah perkara2 yang di larang oleh agama kita.. berdua2an tanpa muhrim bersama... perkara2 yang boleh mendekatkan kita dengan maksiat...  hubungan yang terlalu intim sehinggakan kurang batas2 yang sepatutnya..contoh bersentuhaan... emmm fikir fikirkanlah...

Akhir sekali terimalah pasangan seadanya.. sebab sudah tentu pasangan kita akan berubah selepas perkahwinan ... kerana perangai yang sebenar hanya akan terserlah selepas ikatan perkahwinan yang sah..  Jangan samakan dia semasa, sebelum dan selepas perkahwinan....

"Cinta itu amat indah... sekiranya dimulakan dengan keindahan akhlak.."

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 ulasan:

  1. sy pilihan hati sendiri! alhamdulillah bahagia :)

    BalasPadam
  2. Bonda : yang penting..dapat restuNya.. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...