Khamis, 12 Mei 2011

Kasih Anakmu.......

Tadi sewaktu berbual-bual di pejabat, saya dan kawan2 bercerita tentang tanggungjawab masing2 kepada keluarga mertua masing2... emmm... macam-macam kerenah dan cerita di dengarkan.. ada yang membuat kita tertawa, tersenyum dan ada juga yang sinis... Terpulanglah bagaimana kita menerima cerita tersbut.  Bila tiba giliran saya, tak tahu pula mana nak cerita, almaklumlah.. banyak cerita.. hihihihi

Alhamdulillah, saya ada keluarga mertua yang baik, mertua saya juga baik pada saya, tp biasalah perangai orang2 tua ni, permintaannya tinggi pada anak2nya.. jadi kita sebagai menantu nie ikutkan sahaja.  Rasa saya itu yang lebih baik daripada kita timbulkan isu yang tak sepatutnya.  Kenapa pula perlu berebut kasih sayang nya daripada anak mereka..  Sebab pada saya, saya juga ada anak .. saya selalu berdoa agar anak-anak saya boleh melakukan sepertimana ayahnya berbakti kepada kedua orang tuanya.  Kerana pada saya kebanyakkan anak2 akan cuba untuk mengelak daripada memikul tanggungjawab besar itu.

Dalam menunaikan tanggungjawab ini, banyak pihak yang terlibat selain daripada anak2nya.  kita sebagai menantu juga banyak berkorban untuk melepaskan suami kita untuk menunaikan tanggungjawabnya itu.  Saya juga ada seorang adik ipar yang sangat baik kerana dia mengambil tanggungjawab yang berat menjaga kedua mertua saya yang sakit.  Ayah yang lumpuh separuh badan dan tak mampu berdiri dengan sendiri, malahan sudah tidak boleh bercakap.  Manakala Mak pula penghidap kencing manis yang tinggi.  Menjaga makan minum mereka juga memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.   Bukan semua cadangan dan teguran kita dapat diterima mereka.

Saya yang hanya pulang ke kampung disetiap hujung minggu pun kadang-kadang pelik melihat karenah mereka inikan pula adik ipar saya yang 24jam bersama ibu dan ayahnya sendiri.  Walapun kadang-kadang ada juga terlepas laku atau kata namun pengabdian dia kepada ibu dan ayahnya amatlah tinggi.  Ya Allah syurga lah  tempatnya.

Salah seorang kawan saya pernah bertanya, "Akak tak penat ker balik kampung setiap minggu?"  Jawapan itu memang sukar untuk djawab, Siapa kata tak penat, namun saya tidak mampu untuk menidakkan tanggungjawap suami saya kepada kedua orang tuanya yang amat uzur itu.  Saya masih ingat suami saya berkata "Dah lah abang tak dapat membantu ina (adiknya) setiap hari, takkanlah setakat 2 hari ini pun abang nk mengelak."

Dalam mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini sebenarnya ada pelbagai cara.  Mungkin inilah salah satu cara yang diberi Allah kepada kami sekeluarga.  Namun, dalam masa yang sama ada hati yang terluka dan terasa.  Perkara yang terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.

Pada waktu ini, saya amat merindui Abah.. kerana dialah yang lebih memahami tanggungjawab anaknya terhadap suami.  Kerana jika Abah masih ada, abah tentu faham mengapa semua ini terjadi. 

-Aisyah R.A. berkata "Aku bertanya kepada Rasullullah S.A.W. siapakah yang lebih besar haknya kepada seorang wanita, jawab Rasullullah, suaminya...Siapa pula berhak terhadap lelaki..Jawab Rasullullah ..Ibunya -

Oleh itu sama-samalah kita berfikir...ish ish ish...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...