Isnin, 9 Mei 2011

PERGI....

PERGI....
berbagai-bagai tafsiran boleh kita buat dengan perkataan ini.  Terpulang kepada kita yang mana maksud yang benar2 kena dengan diri kita sendiri.  Pada saya sendiri perkataan PERGI itu boleh di tafsirkan dengan pemergian orang-orang yang kita sayangi disekeliling kita.  Tidak semua mereka yang kita sayangi akan terus kekal bersama kita.  Memang payah rasanya kita untuk menerima hakikat tersebut.

Ada yang pergi dan tak dapat kita temui lagi dan juga... ada yang pergi sementara.. Namun semua itu adalah hakikat yang  kita terpaksa berpisah.. Siapa tahu samada kita akan berjumpa semula atau tidak...Siapa pula kita untuk mempertikaikan keputusan yang telah Allah S.W.T buat.

Pergi...
Pemergian selalunya ditangisi..namun ada juga diraikan sebagai satu ucapan terima kasih kerana kehadirannya selama ini.  Kadang-kadang kita menjangkakan orang2 itu akan bersama kita dalam masa yang lama.. atau tak mungkin dapat dipisahkan... namun bila sampai waktu dan ketikanya.dia pasti akan pergi.

Pergi...
Sebenarnya, kita sendiri pun akan terpaksa melangkah pergi.. mungkin kerana terpaksa atau sudah sampai masanya....  Sudah tentu kita tidak mahu perpisahan terjadi..namun hakikat sebuah pertemuan itu ..pastinya akan berpisah juga akhirnya.  Walaupun pada awalnya pelbagai rancangan telah dibuat namun perancangan Allah S.W.T itu maha hebat... kita hambanya .. perlu redha dan bersyukur..kerana siapa tahu keputusan yang pedih untuk PERGI adalah satu kputusan yang sebenarnya terbaik dalam hidup kita.  Walaupun proses untuk menerima PEMERGIAN itu bukan satu perkara yang mudah.  

PERGI...
Pergilah dengan tenang.. Aturlah langkah satu persatu agar tiada kesilapan berlaku.. Dan tetapkanlah IMANMU kerana itulah Qadak dan Qadar Allah.. Hanya Dia Yang Tahu mengapa PERGI itu terjadi...

Ish..Ish... Ish... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...