Rabu, 10 September 2008

Puasa..anak2ku

Salam semua...
Bila ingat semula zaman dolu2... waktu zaman kanak2ku.. bulan2 pose nie kadang tu kelakarlah juga... apatah lagi dengan kerenah anak2ku menjalani ibadah mulia nie... Cumer istimewanya kenangan aku, segalanya berlaku di kampung halamanku. Sehari berpuasa rasa terlalu lama, sampai lembik2lah badan.. lepas jer zuhur.. memang atuk suruh aku tidur.. sebab taknak dengar aku merengek mintak buka posa.
Nampak gayanya, anak2 aku lebih kuat berpuasa berbanding aku waktu dulu. Diorang hingga petang masih bertenaga.. cuma bila lagi 10 atau 15 minit nak berbuka, masing2 dah tak mampu nak senyum dah.. Si Amin dah mula merayu untuk berbuka. Nasib baiklah dia makan pujuk juga.. kalau tidak habis.. hehehe...
Aiman lak, masih maintain lagi.. harap2 dapatlah dia kekalkan carta posa penuh cam tahun lepas.. Amin buat masa nie belum tinggallah lagi.. cuma hari pertama posa dia give up lepas zuhur, itu pun bukan apa tak tahan dugaan sepupu yang kecil makan ais krim depan dia... takperlah nak , kamu baru nak mencuba.. tapi setakat 9 hari kemudiannya.. aku tengok dia semakin bersemangat.. alhamdulillah.. aku tak ade masalah besar mendidik mereka untuk menjalani rukun islam yang ke tiga nie...Waktu sahur pun tak ade masalah mengejut kan mereka.
Itulah kekuatan mereka.. Betapa hebatnya anak2 ini... Harap2 kehebatan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat..Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...