Salam Ramadhan sahabat blogger semua.. semoga kita semua Allah permudahkan urusan berkat bulan Ramadhan al Mubarak nie.
Cerita bermula pada tahun 2014.. kami di opis ada masuk pertandingan ICC (innovative circle competition).. atau lebih dikenali sebagai KIK (kumpulan innovatif kreatif).. rasanya ramai yang tahu pasal pertandingan tu kan.. itulah pertama kali kami join kumpulan tu. Tapi ditakdirkan kami menang . . Tempat pertama pulak tu..
Jadi pihak human resource telah memberi peluang untuk kami membuat proposal ke luar negara sebagai pilihan. Kami boleh memilih mana2 negara melainkan Mekah sebab Mekah sudah pasti kami akan menyimpan untuk pergi bersama2 keluarga tercinta. Bincang punya bincang kami sepakat untuk ke UK. Proposal naik turun dari pihak atasan dan pihak kami.. banyak kali. Sampaikan akak sudah tidak meletakkan harapan walaupun pada mulanya kami sangat bersemangat.
Akhirnya berkat usaha ramai pihak dan terutama ketentuanNya. Proposal telah lulus tapi dengan syarat kami terpaksa berpisah kumpulan. Dari 1 kumpulan 10 orang .. kami terpaksa pecah kepada 3 kumpulan . . I kumpulan 1 destinasi. Keputusan dibuat 1 kumpulan ke Melbourne, Australia . . 1 kumpulan ke North UK dan 1 lagi ke Central UK. Walaupun ada rasa tidak seronok di kalangan kami.. namun peluang ini tidak akan di tolak.
Bermulalah perancangan.. team Melbourne dilepaskan pada akhir 2014 kerana penggunaan bajet yg agak kurang. Namun team UK kena bersabar dahulu.. sebab akhir 2014 adalah musim sejuk dan agak merugikan kami jika kami ke sana waktu musim sejuk. Dan juga penggunaan bajet yg agak tinggi.
Oklah setakat ini dulu yer sahabat.. Tanggungjawab Ramadhan menunggu nie.. nanti akak sambung lagi yer..
Selalu lah bersangka baik.. dan senyum sokmo..
wahh..tahniah utk team kak izan
BalasPadam