Assalamualaikum sahabat sekalian.. lama sungguh akak tak kemaskini blog akak nie.. bukan apa.. sebuk pun yer jugak.. masa sangat mencemburui akak .. (yer la tu)..... ☺
Banyak sangat aktiviti yang berlangsung di pejabat awal2 tahun nie.. persediaan kena dibuat untuk mengelakkan masalah nanti. Ini pun lega sikit .. tu yang amik sedikit masa untuk update blog.
Dalam meniti hari2 mendatang.. sudah tentu kita banyak berkata2 .. betul tak.. bila suka.. kita puji2 melangit.. bila tak suka.. kita kutuk2 pula.. bila sama fikiran ... kita seronok..sebab tiada yang perlu membantah-bantah.. bila lain pula pemikiran.. kita berdebat atau pendam jer dalam hati sambil kita umpat2 di belakang.. na'uzubillah.. itulah manusia.. sehebat mana pun dia.. perkara2 di atas pasti ada yang buat.. cuma ada yang sedar dan beristiqfar.. atau buat tak tahu dan tambah2 lagi saham akhirat..
Lidah tidak bertulang.. macam2 boleh di sebut.. buruk hati seseorang tu.. buruklah ayat2 yang keluar dari lidahnya.. pernah jer orang kata. . Hati aku nie baik.. walaupun di mulutnya asyik ngumpat, caci, tidak puas hati selalu, ada sahaja yang tidak kena.. kadang2 sampai keluar carutan2 dari mulutnya. Minta jauhlah kita dengan perbuatan2 seperti itu.. andainya pernah berlaku . . Cepat2lah kita sedar dan perbaiki diri .. walaupun kita tidak baik.. adalah lebih baik kita cuba untuk memperbaiki dari kita terus-terusan melakukan perkara yang tidak baik..
Bersihkan hati dengan zikrullah, baca Al-Quran.. ingat mati.. buat apa perintah Allah..
Harap janganlah nak kata .. kak izan nie pandailah sangat.. huhuhuhu.. tidak pun berniat begitu.. tapi sekadar memperingatkan kita semua.. terutama diri sendiri yang banyak buat kesilapan. Moga Allah ampunkan Dosa kita semua . . Ameen
Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. betul sgt tu !
BalasPadam