Jumaat, 17 Oktober 2014

Melapangkan Hati.. Menenangkan Jiwa

Salam Saiyyidul Ayyam Sahabat...


 Bukan setiap hari kita di uji Allah SWT.  Ada hari2nya kita rasa sangat tenang.. ada hari2nya kita rasa cemas dan mendebarkan.. Kita berusaha untuk mencari waktu dan ketika untuk mendapatkan ketenangan.. berdoa banyak2.. merendahkan diri serendah2nya di hadapan Maha al Khalik.. Kerana siapa kita.. hanya Dia yang mampu memberi kekuatan dan ketabahan pada diri kita.. Selagi kita ini namanya manusia.. selagi itu Dia punyai hak untuk melakukan apa sahaja atas kehendakNya...


Marilah kita cari ilmu sebanyak2nya di dalam Universiti Kehidupan ini.. setiap ujian itu adalah pengajaran buat kita.. ada teguran buat kita.. ada kekuatan untuk kita.. itulah hidup... Jika semuanya mudah.. kita tidak akan jadi kuat.. kita tidak akan menjadi tabah... kita tidak akan menjadi berani...



Mari kita pandang jauh di kaki langit.. pasti ada sesuatu yang menunggu.. sesuatu yang indah bakal menanti.. jika bukan di sini.. pasti di akhirat kelak.. semoga kita semua mendapat kesudahan yang baik.. Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...