Khamis, 23 Oktober 2014

Jaga Kata2.. Takut Allah Murka...

Salam Yaumul Khamis Sahabat semua.. Hati2lah dengan kata2 yang keluar dari ulas bibis kita.. Baru2 ini semasa akak mendengar berita di TV semasa seorang manusia sedang membicarakan tentang kejadian puting beliung yang berlaku akhir2 ini di Malaysia.  Dia dengan yakinnya memberitahu yang takkan ada kejadian taufan besar atau puting beliung besar akan berlaku di Malaysia .. Bahasa yang digunakan kedengaran begitu takbur .. langsung tidak bersandar pada kehendak Allah Penguasa Alam ini.. 


Apalah salahnya jika disebut In Shaa Allah... seolah2 kata2nya itu menunjukkan dia mampu meletakkan jaminan yang tidak AKAN terjadi sesuatu yang sama dengan kejadian taufan seperti berlaku di luar negara dengan keadaan muka bumi kita ini.. Bukankah kita Allah itu Maha Pengatur perjalanan bumi ini.. mungkin sedikit jentikanNya akan memporak poranda Dunia.. Jagalah kata2 .. takutnya jika Allah Murka..



Begitu jua kejadian baru2 ini .. kisah anjing dan manusia.. sudah nyata Allah turunkan arahan yang kita umat Islam di larang.. di haramkan menyentuh binatang bernama anjing.. perlukan kita mempersoalkan perintah dan arahan Allah SWT.  Bukan kah sebagai hambaNya kita perlu taat dan ikut larangan dan perintahNya..  Jagalah2 dengan perbuatan.. takut2 jika Allah murka.. bukan sahaja mereka yang melakukan sahaja akan kena murka malahan kita2 semua akan terkena tempiasnya.. kadi berhati2lah kita semua...


1 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...