Manusia berubah...
Dari baik menjadi jahat..
Dari jahat menjadi baik..
Dari jauh menjadi semakin dekat..
Dari dekat menjadi semakin jauh..
Dari kasih menjadi benci..
Dari benci menjadi kasih..
Manusia memang akan berubah..
Jika ikut hati tanpa akal..
Jika ikut akal tanpa hati..
Bukankah fitrahnya selari..
Supaya berubah itu satu mujahadah..
Yang akan mengubahkan arah tuju ..
Dari penghuni neraka jahannam... ke Syurga al firdausi...
Ameenn
Rentetan daripada perbualan dengan seorang sahabat baru2 ini... dia mengisahkan kehidupannya.. berkongsikan kisah suka duka hidupnya akhir2 ini.. Kehidupan berumahtangga yang masih muda.. yang masih dalam proses semarak.. masih ada yang kecil hati sini sana.. yang terasa sini sana.. hakikat hidup.. yang tak dapat tidak kita wajib tempuhi..
Kita sebagai manusia kadang2 perlu juga berlakun..hipokritkah itu?.. pada akak.. kita berlakun bukan untuk memudaratkan sesiapa.. apa salahnya.. cuba bayangkan.. dengan berterus terang itu menyebab satu keadaan yang akan lebih teruk dan parah.. adalah lebih baik sekiranya kita berlakun seolah2 kita boleh menerima sesuatu keadaan itu dengan tenang.. walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu.. walaupun begitu.. semua itu terpulang pada kita.. pandai2lah menyesuaikan keadaan.. jangan terlebih dan terkurang.. sederhana itu bukankah lebih baik..
pada akak.. manusia boleh berubah.. berubah ke pelbagai dimensi mengikut keadaan masing2, bakkata pepatah dulu2.."masuk kadang kambing..mengembek, masuk kandang lebuh.. menguak".. ada betulnya kata2 orang lama nie.. kita perlu menyesuaikan diri kita dengan keadaan semasa.. bergaul dengan orang yang lebih berpengalaman.. kita jangan lah tunjuk pandai.. sifat merendah diri tu perlu.. mungkin dengan merendah diri itu kita dapat menimba pengalaman dari mereka ini.. bergaul dengan orang2 muda pun kena sesuai juga.. bawa diri supaya disenangii tapi bukan ditakuti atau dibenci.. supaya dengan cara itu.. mereka tidak jauh dari kita.. agar mereka mampu bercerita dan meminta nasihat dari kita.. bukankah kita dulu juga seperti mereka..
begitu juga suami dan isteri.. cubalah memenuhi semampu kita.. sebagai suami.. hormatilah pandangan isteri.. sebagai isteri.. berpada2lah membuat pertikaian.. jangan terlalu mempersoalkan sesuatu.. mendengar itu satu tuntutan.. dengan mendengar.. kita akan faham.. mulut kita jangan terlalu ringan.. seolah2 kita lebih tahu dari suami (walaupun sebenarnya begitu).. dengar dahulu.. fikir ikut rasional.. kemudian kalau perlu bersuaralah.. Dan yang paling penting.. wahai para isteri.. jangan pertikaikan ketaatan suami kepada ibu dan ayahnya.. kerana tanpa ibu dan ayahnya .. siapalah suami kita.. berlapang dadalah dengan pemberian Allah SWT .. bukankah suami dan isteri itu pemberian dari Allah SWT..
Sebab hidup ini adalah mujahadah... mujahada menuju ke jalan yang benar itu memang perlukan pengorbanan.. pelbagai pengorbanan.. terutama diri sendiri.. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. Akak sangat yakin segala perbalahan, pertikaian dan perselisihan itu ada jalan keluarnya.. andai diberiNya jalan keluar yang kita suka.. bersyukurlah.. seandainya jalan keluar itu kita tidak suka.. bersyukurlah juga.. kerana yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Serahkanah pada Dia,, Bi iznillah.. segalanya dengan izinNya sahaja..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bila dah 40
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...
-
Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat...
-
Penyanyi asal lagu Bunga Melur nie P. Ramlee... masa mula2 dengar dulu2 zaman kecik2,, memang akak dah jatuh cinta ngn lirik dia.. sang...
-
Salam kawan2 bloggers.. Tiba2 Hari khamis nie.. akak teringat zaman2 akak naik bas mini.. Zaman bas mini 20... 15 ... 12... 16.. ingat lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D