Jumaat, 16 Mei 2014

Kehilangan kata...

Salam sayyidul ayyam wahai sahabat2 bloggerku..

Di jumaat yang berkah nie akak berdoa agar kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuh segala ujian dan dugaan yamg mendatang selagi kita masih bernafas.  Hari ni nak share apa yer....

Oklah akhir2 nie kita dihujani dengan pemergian2 yang tidak akan kembali lagi.. satu janji Allah yang pasti.. cuma masa dan ketika sahaja yang kita tak ketahui.  Ada diantara kita yang hilang orang2 yang dekat di hati dan sanubari.. ada juga yang jauh perkhabaran berita... tau tau dah pun pergi meninggalkan kita.. itulah janjiNya..

Akak sendiri pun sudah merasai kehilangan orang2 yang disayangi.. mereka yang terlibat secara langsung dalam mendidik dan membesarkan diri ini.  Abah.. atuk.. kedua mertua.. pak cik.. makcik.. ramai yang dah pergi  merehatkan diri dari gelodak dunia fana ini.. oleh kerana proses membesar akak di kampumg jadi hubungan akak dengan pak cik makcik sangat rapat.. dan kehilangan mereka adalah satu kesan yang hebat buat akak.

Namun kita hanya manusia.. janji Allah itu sangat benar.. masa kita juga pasti akan tiba.. pernah en.bos usik2 kononnya dia yang akan pergi dulu dari akak.. terdetik di hati kecil ini.. andai ia berlaku terlalu cepat.. pada ketika anak2 masih kecil.. agak2nya pasti kelam kelibut juga dunia akak nie... namun bukankah urusan itu urusan Allah SWT.. semoga Allah kuatkan hati dan semangat untuk menempuhnya andai iti yang berlaku.. namun begitu masih berharap dan berdoa agar Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk masih berkongsi kasih sayang antara kami sekeluarga.. ameennn...

1 ulasan:

  1. Alahai moga kita dapat bersama sama dgn suami melihat anak anak membesar...kan Izan...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...