Selasa, 15 April 2014

Sarawak dalam kenangan. ..

Kami ke Sarawak adalah kerana tugas.. walaupun begitu kesempatan yang ada kami selitkan juga aktiviti sendiri.. almaklumlah bukan selalu dan senang hendak ke sana..

Hari pertama dan kedua banyak di habiskan dengan menyelesaikan misi kami di sana.. menyertai pertadinngan KIK yang ke 10 di UNIMAS.. pada mulanya kami menginap di hostel di UNIMAS tetapi atas masalah2 yang datang kami telah dipindahkan ke hotel yang lebih selesa.. bukan setakat selesa tetapi sangat selesa.. Alhamdulillah.. syukur

Dan yang pasti kumpulan kami adalah kumpulan yang paling tak stress.. kami benar2 seronok dan enjoy berada di sana..stress ada tapi tak lah sampai tak lalu makan...
Kumpulan kami terdiri daripada 9 orang dan 2 orang pemerhati..

Hari ke tiga kami masih lagi berada di UNIMAS memberi sokongan pula kepada kumpulan lain yang masih belum habis.  Dan pada malam ketiga itulah ada upacara penyampaian hadiah.  Walaupun kumpulan kami tidak mendapat sebarang kemenangan namun kami bersyukur kerana penyertaan sulung ini kami masih memberi yang terbaik dan pengalaman yang sangat berharga untuk kami.


Okaylah.. hari ke empat ialah hari terakhir kami di sini.  Oleh kerana flight kami pada pukul 445 petang jadi kesempatan itulah pada pagi nya pergi ketempat2 yang telah di rancang untuk kami.  

Tempat pertama.. Pasar Satok.. memang best sebab kat sinilah dapat dilihat makanan2 sarawak dan juga Terubuk Masin trademark Sarawak.  Akak belilah jugak buat ole2 keluarga kat umah

Pastu kami ke Water Front Sarawak.. tempat nak belik Kek Lapis.. Ramai kawan2 yang tak lepas peluang membeli kek lapis sarawak di sini.. pelbagai rasa sampai rambang mata melihatnya.. memang syok..

tempat terakhir kami ke tempat membeli souviner macam tembikar, t shirt, kain dan sebagainya (tempat tu akak tak ingat nama,, sowi ekkk).. kat sini pun tembikar memang murah .. pada akak laa.. cantik2 pulak tu.. boleh tengok juga cara pembuatan tembikar2 tersebut.


Akhirnya kami ke Lapangann Terbang Kuching.. makan tengahari dan balik.. pergi dan balik kami mengambil service MALINDO .. alhamdulillah selamat pergi dan balik walapun cuaca tidak berapa baik..

Kami syukuri nikmat yang Allah SWT beri pada kami.. walaupun hanya sebentar diberi peluang mengenali dan melihat tempat yang asing, wajah2 baru dan suasana yang sedikit berbeza pada sesetengah dari kami.  Alhamdulillah.. syukur pada MU

Di atas sana akak terfikir perasaan anak2 kapal dan penumpang MH370.. pasti mereka sentiasa berdebar2 menanti saat mendarat.. namun andai itu sudah takdirnya.. Siapa kita menidaknya..

2 ulasan:

  1. Alhamdullah selamat pergi n kembali. Even Team UIA x menang pun at least de experience for future competion kan. Moga2 next year UIA menang....Well masa gi jln2 tu ingt tak i pye magnet peti sejuk,,,: 0- ). Tuntut nie..

    BalasPadam
  2. Pengalaman berharga yang tidak boleh dinilai dgn wang ringgit...itu lah yg penting. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...