Orang tua2 kata.. mati itu jodoh kita.. pasti datang bila2 masa sahaja. Akhir2 ini kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kehilangan atau lebih tepat lagi kematian. Bukan mudah menerima keadaan tersebut walaupun kita kata kita sudah bersedia. Jangan takut pada kematian.. ia pasti akan datang. Tapi hakikatnya memang kita takut .. tapi bukan pada kematian.. tetapi apa yang bakal terjadi selepas kita mati. Cukupkah bekalan yang kita bawa. Sungguhkah ia satu kerehatan untuk kita atau ianya satu permulaan hari untuk lebih terseksa lagi.
Takut.. memang takut. Tapi adakalanya kita manusia akan terlupa.. akan terleka.. seolah2 hidup itu masih panjang.. Haih manusia.. itu lah kita...
Ingat tak mati?.. ingat.. tapi kekadang keadaan sekeliling mempengaruhi kita untuk lupa seketika mati itu.. Walaupun begitu.. Allah masih menyayangi kita.. Dia turunkan peringatan sedikit demi sedikit pada kita.. cuma kita sahaja sedar atau tidak dengan teguran dan peringatan yang diberi.. iulah kita manusa...
Ketahuilah.. hari ini kita bernafas sebenarnya... kita semakin dekat dengan kematian.. semakin dekat dengan harinya... semakin hampir dengan pengakhiran.. ianya pasti.. siapapun kita.. hatta orang yang terhebat di muka bumi Allah ini.. Dia pasti ambil kita semula..
Kita selalu tertanya.. bagaimanakah caranya kita mati?.. secara tiba2kah?... sakitkah?... terlantar bertahun2kah?... keadaan yang ngerikah?.. keadaan yang baikkah?.. semua itu berlegar2 dikotak fikiran.. Aduhai.. Astagfirullah hal 'Azim.... semoga kita sentiasa diampunkanNya. hanya itu yang kita mampu minta.. semoga Allah tutup aib kita ketika itu.. semoga Allah pelihara maruah kita ketika itu.. semoga baik keadaan kita ketika itu... Semoga Pengakhiran kita dengan iman pada Mu Ya Allah.. Semoga Pengakhiran kita Baik segala-galanya..
Jadi kalau begitu kehendak kita... janganlah kita gembar-gemburkan buruknya orang lain... hebah2kan aib orang lain.. carik2 kesalahan orang lain.. Muhasabah diri sendiri.. sebenarnya kita selamat dari malu kerana Allah yang menutup segala aib kita.. orang lain tak tahu aib kita.. tapi Allah.. Maha Tahu.. jadi bersyukurlah dengan ehsan Allah itu.. kerana dia Maha Mengasihani...
Tak mampu nak lihat...pejamkan
Tak mampu nak dengar...pekakkan
Tak mampu nak luahkan.. diamkan
Tak mampu nak simpan... tunjukkan
Tak mampu nak rasa.. jauhkan
Kalahkah aku?
Tewaskah aku?
Jika berserah....pasrah
Jika redha..doa..tawakkal
info menarik, ingatan utk diri sendiri ni !
BalasPadamsalam singgah ptg membaca bila ada masa free2 ckit..
BalasPadam