Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Memulakan Hari

Imej
Salam Jumaat sahabat sekalian,

Jumpa kali kedua dalam tahun 2017, walaupun dah masuk Februari.  Tak sangka saya akan buka semula blog yang dah lama nie.  Ingat nak stop jer tulis blog.  Tapi sayang pulak kan.  Sekurang-kurangnya nanti bila dah tua2, nak singkap semula kisah menarik yang telah berlaku dalam hidup saya sendiri.  Saya suka update pasal diri sendiri untuk ingatan sendiri, tetapi andai ada yang boleh dijadikah iktibar buat sahabat lain apalah salahnya berkongsi kan.

Memulakan perjalanan sebagai surirumah sepnuh masa bukan perkara mudah pada saya.  Walaupun sebelum nie tidaklah saya mengabaikan tanggungjawab nie.  Tapi nak memulakan ianya secara 24 jam itulah yang baru bagi saya.  Tidak lagi terkocoh-kocoh nak ke pejabat setiap pagi, seawal jam 615 pagi setiap hari.  Tapi sekarang bersiap awal untuk menyediakan sarapan buat anak2 ke sekolah dan buat suami.  Mungkin nampak senang bagi orang lain, tapi tidak pada saya.  Saya sangat baru dalam semua hal ini.  Sebelum ini En. …

Ajaibnya 2017

Imej
Assalammualaikum semua..
Dah lama dah blog nie bersawang.  Dah lama jugak tak jenguk blog kesayangan saya nie.  Ni pun mencari kesempatan yang ada.  Saya respect ngn kawan2 dan adik2 yang masih rajin menulis blog.  Semangat anda memang jitu.
2017 nak cerita sikit.  Saya buka lembaran baru blog nie dengan menceritakan kisah 2017 yang baru bermula lebih kurang hampir 2 bulan.  Saya dengan rasmi telah menjadi surirumah sepenuh masa sekarang bermula Januari lalu.  Emmm .. bukan mudah sebenarnya bila saya membuat kputusan besar dalam perjalanan hidup saya nie.  Setelah berkhidmat hampir 25 tahun .. akhirnya saya melepaskan apa yang saya ada ini dengan lapang dada.  Sedih?.. tak takut ker?  Tipulah kalau saya tiada perasaan seperti itu.  Memang sedih meninggalkan tempat saya menimba pengalaman dan ilmu itu.  Tempat saya mengenali mana kawan mana sahabat.   Tempat saya menengali hidup seorang manusia yang semakin dewasa.  Takut?.. sangat takut bila memikirkan masa depan.  memikirkan apa yan…