Jumaat, 24 Februari 2017

Memulakan Hari


Salam Jumaat sahabat sekalian,

Jumpa kali kedua dalam tahun 2017, walaupun dah masuk Februari.  Tak sangka saya akan buka semula blog yang dah lama nie.  Ingat nak stop jer tulis blog.  Tapi sayang pulak kan.  Sekurang-kurangnya nanti bila dah tua2, nak singkap semula kisah menarik yang telah berlaku dalam hidup saya sendiri.  Saya suka update pasal diri sendiri untuk ingatan sendiri, tetapi andai ada yang boleh dijadikah iktibar buat sahabat lain apalah salahnya berkongsi kan.

Memulakan perjalanan sebagai surirumah sepnuh masa bukan perkara mudah pada saya.  Walaupun sebelum nie tidaklah saya mengabaikan tanggungjawab nie.  Tapi nak memulakan ianya secara 24 jam itulah yang baru bagi saya.  Tidak lagi terkocoh-kocoh nak ke pejabat setiap pagi, seawal jam 615 pagi setiap hari.  Tapi sekarang bersiap awal untuk menyediakan sarapan buat anak2 ke sekolah dan buat suami.  Mungkin nampak senang bagi orang lain, tapi tidak pada saya.  Saya sangat baru dalam semua hal ini.  Sebelum ini En. Suami yang sediakan semua sebab tempat kerjanya lebih dekat dengan rumah.  Jadi selepas kepergian saya ke pejabat, dialah yang menguruskan anak  ke sekolah.  Tapi sekarang dengan tempoh baki hidup yang ada pada saya biarlah saya pula mengambil alih tugas itu.

Dan sekarang, kadang-kadang buntu juga nak sedia kan sarapan kan.  Sahabat2 lain ada tak petua atau resepi2 hebat yang boleh saya rujuk.  Kalau ada share2 lah lat saya nie.  Orang Lama tapi Baru Belajar.  hehehe.. tak malukan.  Tak per kan.. lebih baik tanya dari bodoh sombong.. ye tak.

Mandi kolah bukan perigi
Jangan lama ramai menanti
In Sha Allah Esok Jumpa Lagi
Di Blog yang dah lama tak dikemaskini


Khamis, 23 Februari 2017

Ajaibnya 2017



Assalammualaikum semua..

Dah lama dah blog nie bersawang.  Dah lama jugak tak jenguk blog kesayangan saya nie.  Ni pun mencari kesempatan yang ada.  Saya respect ngn kawan2 dan adik2 yang masih rajin menulis blog.  Semangat anda memang jitu.

2017 nak cerita sikit.  Saya buka lembaran baru blog nie dengan menceritakan kisah 2017 yang baru bermula lebih kurang hampir 2 bulan.  Saya dengan rasmi telah menjadi surirumah sepenuh masa sekarang bermula Januari lalu.  Emmm .. bukan mudah sebenarnya bila saya membuat kputusan besar dalam perjalanan hidup saya nie.  Setelah berkhidmat hampir 25 tahun .. akhirnya saya melepaskan apa yang saya ada ini dengan lapang dada.  Sedih?.. tak takut ker?  Tipulah kalau saya tiada perasaan seperti itu.  Memang sedih meninggalkan tempat saya menimba pengalaman dan ilmu itu.  Tempat saya mengenali mana kawan mana sahabat.   Tempat saya menengali hidup seorang manusia yang semakin dewasa.  Takut?.. sangat takut bila memikirkan masa depan.  memikirkan apa yang bakal terjadi.  Semua itu sentiasa bermain dalam fikiran saya,  Namun keputusan ini baru di buat tanpa paksaan dari sesiapa pun.  Keputusan yang besar dalam hidup saya.  Saya perlu berhenti kerja demi sebuah kehidupan yang saya doakan lebih baik dan sejahtera.

Ada orang respon pada saya bila saya beritahu mereka saya sudah berhenti kerja, antaranya 

  1. Biar betul long?
  2. Tak takut ker?
  3. Dah fikir masak2 ker?
  4. fikir pasal masa depan..
Kalau tak tanya pun.. mereka akan bagi kenyataan camni..

"yerlaa.. dah kaya.. suami dah mampu kannn" dengan senyuman sinis di bibir mereka..

Dan cukuplah membuat kesimpulan sendiri.  Terimalah keputusan yang saya buat ini.  Sebab ia tak melibatkan orang lain pun.. kalau susah pun tak ambil masa yang lama pun.. pengganti mungkin akan ada yang lebih baik malah lebih hebat.

Suami adalah penyokong saya yang kuat dalam keputusan ini.  Anak2 pula memberi kerjasama yang baik sepanjang era baru dalam hidup saya.  Menyesal?.. tidak sama sekali.  Malah saya rasa sangat puas dan berbesar hati dengan kerjaya saya sekarang.  Kerana menjadi surirumah juga mempunyai cabaran dan ujian yang besar dalam hidup baru saya ini.

Dan yang lebih baik lagi.  Saya lebih kenal mana satu manusia yang benar2 jujur.. ikhlas.. sayang kan saya.  Yang tidak lembut gigi dari lidah.  Saya amat bersyukur.  Saya amat berterima kasih.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada majikan saya sebelum ini yang memberi saya peluang menimba ilmu dan pengalaman yang amat banyak dalam hidup saya.  Saya berpeluang berjumpa dengan insan2 hebat.. insan2 berhati emas.  Akan saya gunakan bekalan yang saya dapat itu untuk menghadapi apa saja cabaran bakal mendatang.  Terima Kasih sekali lagi.

Bermula era baru dalam hidup.  Semoga saya kuat.  Pada mereka yang senasib dengan saya, diucapkan semoga berjaya dengan apa sahaja keputusan dan hidup anda.  Allah kan ada.. :)☺☺☺☺

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...