Khamis, 24 Mac 2016

Bila Hati Berkata..



Sudah hampir di penghujung perjalanan hidup ini...
Bukan mudah membuat pilihan..
Ada masa langit cerah hingga sakit mata melihat...
Ada masa mendung lebih menenangkan jiwa dan hati..
Sukar untuk menyukat baik buruknya orang lain..
Kerana timbangan diri masih berat menanggung dosa sendiri..
Nasib diri masih sedar dan tahu..
Kita hamba Pencipta Alam ini..
Ikut Dialah kemana tujunya kita..

Hati masih berkata-kata..
Takur timbangan hati tersalah kira..
Yang benar di rasakan salah sentiasa..
Yang salah pula, nampak seperti benar di mata..
Lemah sungguh timbang tara sendiri..

Masing-masing cuba menjulurkan pucuk sendiri..
supaya dapat di mandi cahaya matahari..
Walaupun terpaksa menghalang cahaya kepada makhluk lain..
Kita rasa kita yang lebih perlu
Kita tidak hirau keliling kita..
Janji udara dapat di hirup dan di nikmati..

Aku akur kelemahan sendiri...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...