Selasa, 19 Januari 2016

2016 Dah pun Bermula..

Perlahan-lahan 2016 bermula..
Ada yang sedar..
Ada yang tidak..
Ada yang menyambut dengan penuh pengharapan..
Ada yang membiarkan berlalu perlahan .. kosong

Suka atau tidak
hidup perlu diteruskan..
Yang dirancang.. tak semestinya menjadi
Yang diredah .. tak semestinya tiada hasil..

Semua urusan Dia yang Maha Segala..
Kita teruskan hidup seperti biasa..
Mahu laju atau sederhana..
ikut rentak diri sendiri..
takut bila dipaksa .. kita terseksa..
takur bila bersahaja... kita terleka..

Yang pasti 2016 juga pasti berakhir..
cuma perginya bagaimana di acarakan..
atau kita dulu yang menyambut panggilan..


Semoga jalan kita masih boleh dilalu dan diredah .. walaupun peluh darah mengalir .. menitik.. undur diri tidak mungkin terjadi.. kerana walau jauh kita undur .. kita tetap ke hadapan .. cuma kita yang tidak perasan..

Salam 2016 semua.. harap belum terlambat..

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...