Emmm... 4 orang jer... alamak sedisnya... orang sebuk kot.. dan memang tak popular.. sedar2 jelah... hihihihi.. lagipun tujuan buat blog nie... untuk meluahkan perasaan.. berkongsi perasaan... bercerita pasal anak2... melegakan tension... dan menambah kenalan...
Sambil2 tu jalan2 kat blog kawan2 dan fahami orang lain.. yang manusia nie tak serupa.. kadang2 nama sama tapi pendapat berbeza... kadang2 perkara yang sama tapi pendapat pulak tak sama... masing2 ada idea sendiri.. ada jalan hidup sendiri....ada pendapat sendiri.. ada kesah dan cerita sendiri... dengan blog kita boleh mengenali manusia...
Ada orang yang tidak mampu mengeluarkan kata2 tapi sangat berani menulis.. sangat berani berkongsi perasaan yang luar biasa.. sehingga ada yang kita sendiri rasa kagum... emmm..
Tak kisahlah kalau orang tak nak baca blog kita.. sudah pasti ada juga seorang dua yang akan singgah sekadar menjamu mata.. terima kasih lah diucapkan (bukan raih simpati tau.. tapi benar2 ikhlas... )...
:)... oklah.. kali nie sekadar berkongsi perasaan dan cerita sendiri....
"bila beduk di ketuk... maka berbunyilah ia..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D