Rabu, 29 Februari 2012

Kemaafan Dendam yang Terindah



"Aku minta maaf.."

Wahhh.. indahkan bila kita dengar orang yang melakukan kesalahan itu mengaku kesilapannya dan meminta kemaafan dari kita... Dan betapa besar hatinya kerana mempunyai keberanian untuk meminta maaf...Bukan mudah untuk melafazkan maaf... dan bukan mudah memberi kemaafan apabila hati sudah terguris dan sakit..

Namun kita adalah manusia biasa.. yang sudah tentu melakukan kesilapan..demi kesilapan...tapi bukan mudah manusia itu mengaku dan meminta maaf... kita sering terfikir.."kalau aku meminta maaf.. adakah aku akan dimaafkan"... 

Kesilapan yang dilakukan kepada ibu ..selalunya seorang ibu akan memaafkan..kerana hatinya mudah untuk memaafkan anaknya.. walaupun anaknya melakukan kesilapan yang acapkali...namun kita susah untuk melafazkan maaf padanya...emmmm

Kesalahan yang dilakukan kepada ayah... masih juga dapat dimaafkan.. walaupun suaranya keras.. walaupun tiada kemaafan dibibirnya..namun dihatinya..tulus memaafkan...namun kita takut untuk meminta darinya...

Kekhilafan yang dilakukan kepada manusia lain...kadang2 terus didendami.. jarang di maafkan .. namun begitu mudah untuk meminta maaf kepada mereka2 ini... kadang2 mulutnya memaafkan tetapi dihatinya penuh dengan dendam membara... namun tidak salah untuk meminta kemaafan..

Sebenarnya.. memaafkan juga adalah satu perkara yang sangat sukar... bila hati sudah dilukai dan disakiti....  Namun sangat indah jika kita mudah untuk memaafkan kesilapan orang lain kepada kita.. kerana kita juga melakukan kesilapan pada orang lain.. 

kerana Kemaafan adalah Dendam yang Terindah... kerana apabila kita memaafkan.. kita juga memaafkan diri kita daripada terus melakukan kesilapan... kesilapan untuk tidak memaafkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...