Khamis, 3 Disember 2009

BISIKAN HATI

Minggu ini sudah cukup kandungan saya berusia 33 minggu. Tinggal lagi 3 hingga 6 minggu lagi lahirlah seorang manusia di muka bumi Allah ini. Dapat saya rasakan keadaan kesihatan saya akhir-akhir ini agak merosot. Pada usia yang baru menjangkau 36 tahun sepatutnya masih lagi kuat. Tetapi juga dapat saya rasakan ada kelainan di setiap kali saya mengandungkan anak saya. Dari anak yang pertama hingga lah ke empat ini.

Saya ada seorang ibu saudara yang telah melahirkan 13 orang anak seawal usianya 16 tahun. Anaknya yang sulung kini saya agak sudah berumur 30an. Namun sekiranya saya berjumpa dengan dia, dia akan berkata yang dia rindu untuk mengandung lagi. Terkesima saya dengan kenyataannya itu. Pernah saya tanyakan pada dia, tak sakitkah dia semasa melahirkan, namun dia cuma tersenyum sambil katanya.."Ish.. kalaulah kita nampak anugerah yang Allah S.W.T berikan setiap kali kita mengandung, dah tentu kita tidak akan mengeluh untuk melahirkan zuriat kurniaan Allah...Mana ada ibu yang tak sakit ketika melahirkan anak..."

Pengorbanan seorang ibu ketika mengandung dan melahirkan adalah satu keajaiban yang sukar untuk dijawab. Dan tidak ada ibu yang serik untuk mengandung lagi. Ianya satu hutang untuk kita lunaskan apabila kita dewasa. Cara untuk melunaskan hutang itu sebenarnya mudah saja... Hanya dengan mendengar ketika dia hendak berkata2 dan hadirkan diri ketika dia memerlukan kita. Tetapi selalunya perkara yang mudah itulah yang terlalu sukar untuk lakukan. Sebagai seorang isteri, suami lah di dahulukan. Dan sebagai seorang suami.. sudah tentu si ibu wajib di dahulukan. Namun ia memerlukan satu persefahaman antara suami dan isteri. Adakalanya, si suami terlupa yang dia mempunyai isteri waktu dia bersama ibunya. Dan adakalanya dia juga terlupa yang dia masih mempunyai ibu waktu dia bersama isterinya. Dari itu sebenarnya sebagai seorang isteri, kita perlu melepaskan suami apabila dia cuba untuk membalas segala jasa ibunya selama ini.

Tapi sudah tentu ada ketikanya, terdetik dihati jahat kita.."kita pun ada ibu kita sendiri...tapi kita tak mampu untuk memberikan masa kita untuknya kerana kita perlu memberi masa kita untuk suami kita bersama ibunya.." Tapi selalunya kita cuba membuat kesimpulan sendiri... semoga satu hari nanti anak-anak kita akan mencontohi ayahnya. Dan itulah yang selalu saya harapkan.

Saya pernah terbaca dalam satu artikel. begini bunyinya

"Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibubapanya apabila dia sendiri menpunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibubapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita pula"..

Kata-kata itu sangat terkesan dihati saya. Saya berdoa agar saya dapat membalas jasa kedua orang tua saya semampu saya. Mak, maaf seandainya banyak kesalahan yang dilakukan, Abah.. walaupun sudah tiada , kasih sayang mu akan terus bersemadi di dalam hati ini.

Sekadar petikan dari seorang penulis:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibubapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka buka "liabiliti" tetapi sebenarnya aset untuk kita. Rugi betul siapa yang mempunyai ibubapa yang telah tua tapi mengabaikannya"

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka sangat mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan. benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibubapa"

Dari itu marilah kita tanamkan sifat kasih sayang kepada mereka... Semoga Allah mengampuni kita semua... Aminnn..

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...