Isnin, 17 November 2008

Pengalaman Ini...

Salam Semua...

Dah lama aku tak update blog nie... tak sempat laa

Since ade mase sikit nie, aku cuba menceritakan sikit sebanyak kehidupan yang aku lalui baru2 ini.


BEKAM - baru2 nie aku try satu alternatif baru dlm perubatan tradisional iaitu bekam. Sakit gak beb.. tapi lepas tu ade rasa kelainan jugak.. Mungkin lain orang lain rasanya.. nanti aku citer korang kata tipu lak... Tapi kesimpulannya cuba rasai pengalaman ini.


AKUPUNCTURE - pun aku baru try.. nie sakit gak.. mungkin banyak sgt penyakit dalam badan nie kot... ye lah kan dah 35 tahun aku menggunakan tubuh ni, Harap2 masih boleh bertahan lagi sehingga anak2 aku dah dewasa dan menjalani hidup dengan sempurna... Insya Allah.


MENGISA - Ini juga pengalaman baru bagi aku, baru2 ini di support group under unit aku mengadakan latihan di Banting, Selangor. dan salah satu aktiviti yang dijalankan ialah mengisa. Mungkin ade di antara korang dah tahu apa itu mengisa.. tapi pada aku itulah pertama kali aku merasai pengalaman seorang nelayan yang mencari hasil di laut dgn kepanasan terik matahari, mereka mampu bertahan. tapi kami cuma berada di tengah panas itu hanya dalam 3 jam.. tapi dah rasa serik. Masing2 mengadu haus. mengisa nie adalah menjala.. tapi jalanya panjang... jadi dengan kudrat yang ada jalan itu akan di bawa ketengah sehinggalah paras bahu dan kemudian ditarik semula ke persisiran pantai... jadi ikan2, ketam, siput... dan daun2 kering akan tersangkut di jala. Tapi fasilitator kami tak lah bawa kami ketengah sangat.. dapat lah ikan kecil2 yang akhirnya dilepaskan semula ke laut.


PAHANG DAN TRENGGANU - Akhir bulan Oktober, baru2 ini jabatan kami telah mengadakan program di Pantai Cherating di salah sebuah resort di situ. Dan salah satu aktiviti yang diadakan ialah program lawatan. Di situ kami sempat mengunjungi Pusat Tamadun Islam Trengganu dan Pasar Payang. Oklah tapi cuma masa kami banyak terhabis di dalam bas kerana perjalanan dari Kuantan ke destinasi kami itu makan masa lebih krg 2 jam lebih.. Jadi hanya 2 tempat jer lah sempat kami kujungi. Sedangkan pada asalnyer kami juga akan ke Losong.. tp oleh krana kesuntukan masa.. ia di batalkan. Walau macam manapun kami bersyukur tiada masalah dalam perjalanan pergi dan balik.


Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...