Jumaat, 24 Februari 2017

Memulakan Hari


Salam Jumaat sahabat sekalian,

Jumpa kali kedua dalam tahun 2017, walaupun dah masuk Februari.  Tak sangka saya akan buka semula blog yang dah lama nie.  Ingat nak stop jer tulis blog.  Tapi sayang pulak kan.  Sekurang-kurangnya nanti bila dah tua2, nak singkap semula kisah menarik yang telah berlaku dalam hidup saya sendiri.  Saya suka update pasal diri sendiri untuk ingatan sendiri, tetapi andai ada yang boleh dijadikah iktibar buat sahabat lain apalah salahnya berkongsi kan.

Memulakan perjalanan sebagai surirumah sepnuh masa bukan perkara mudah pada saya.  Walaupun sebelum nie tidaklah saya mengabaikan tanggungjawab nie.  Tapi nak memulakan ianya secara 24 jam itulah yang baru bagi saya.  Tidak lagi terkocoh-kocoh nak ke pejabat setiap pagi, seawal jam 615 pagi setiap hari.  Tapi sekarang bersiap awal untuk menyediakan sarapan buat anak2 ke sekolah dan buat suami.  Mungkin nampak senang bagi orang lain, tapi tidak pada saya.  Saya sangat baru dalam semua hal ini.  Sebelum ini En. Suami yang sediakan semua sebab tempat kerjanya lebih dekat dengan rumah.  Jadi selepas kepergian saya ke pejabat, dialah yang menguruskan anak  ke sekolah.  Tapi sekarang dengan tempoh baki hidup yang ada pada saya biarlah saya pula mengambil alih tugas itu.

Dan sekarang, kadang-kadang buntu juga nak sedia kan sarapan kan.  Sahabat2 lain ada tak petua atau resepi2 hebat yang boleh saya rujuk.  Kalau ada share2 lah lat saya nie.  Orang Lama tapi Baru Belajar.  hehehe.. tak malukan.  Tak per kan.. lebih baik tanya dari bodoh sombong.. ye tak.

Mandi kolah bukan perigi
Jangan lama ramai menanti
In Sha Allah Esok Jumpa Lagi
Di Blog yang dah lama tak dikemaskini


2 ulasan:

  1. Dah berhenti ye Izan.... Mmg kelam kabut jugaklah kalau nak menyediakan sarapan pagi pagi tu kan. Kalau tanya saya mmg saya sediakan roti je tiap tiap hari untuk suami haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tak sempat .. itulah kaedah nya hainom :)

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...