Selasa, 23 Mei 2017

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian..

Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh abad menerima kedatangan Ramadhan.. Hampir 30 tahun menerimanya dengan sedar.. tapi saya tidak pasti adakah Ramadhan yang telah saya lalui dulu diterima amalannya dari Allah SWT.  Sebab kesalahan masih berlaku.. kesilapan masih lagi berulang.  Setiap kali silap rasa sesal dan memohon keampunan.. Andai kepada manusia kita melakukan kesilapan berulang kali.. pasti manusia itu sudah muak menerima janji untuk tidak melakukan lagi,, Tapi itulah kebesaran sifat Pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun... Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita sehinggalah nafas kita yang terakhir.




Kepada semua sahabat blogger saya ingin memohon maaf seandainya selama saya bersiaran selama ini .. ada post yang merapu dan mengecilkan hati kalian.  Semoga kita semua mendapat Rahmat dan Pengampunan dari Allah dengan kedatangan Ramadhan kali ini.  Semoga kita direzekikan menerima kunjungan Ramadhan kali ini.  Ameen.

Khamis, 27 April 2017

Surirumah vs Bisnes Online..

Jauh lagi Perjalanan.. Sampai atau tidak..kurang pasti


Assalamualaikum sahabat blogger sekalian.

Saya sekarang nie tengah berjinak2 dengan bisness online, tak kisah lah terlambat ker tidak.  Tahulah umur dah dekat separuh abad baru nak berjinak2 dgn bisnes online.  Saya dari dulu memang suka berniaga.  Tapi suka2 jer tak pernah serius pun.  Tapi akhir2 nie bila tengok best jer feedback yang saya terima.. Alhamdulillah.. walau tidak lah hebat mana tapi ada pulangan yang menyeronokkan bagi saya yang dah tidak bekerja ini.  Buat beli jajan..

Apa lagi bila dapat sokongan dari En. Somi.. lagi lah menjadi2 kan.  Seronok dapat berinteraksi dengan orang ni.  Pastu orang yang kita tak pernah kenal dan tahu.  Takder lah senyap sunyi jer kat umah tanpa aktiviti selain dari aktiviti rumahtangga.

Ada ker masa? Ada jer kalau pandai cari.. buat kerja secepat yang boleh.. awal2 pagi settle masak.. selesaikan apa2 yang patut.. pastu ngadap lah komputer.. sambil2 tu boleh jer kopek2 ikan bilis.. lipat2 baju.. gosok2 baju,, mana2 yang patutlah..

Serius ker nie nak wat bisness online ni?... Eh.. tak rugi pun mencuba kan.. mulakan kan jer perlahan2 ambil pengalaman orang lain.. atau kita sendiri rasa .. pastu boleh timbang2kan seronok ker tidak.. rugi ker tidak.. yang pasti dah memulakan langkah.. itu penting .. daripada angan2 tanpa tindakan.. Macam saya kata tadi.. buat tambah2 duit nanti bila nak bercuti kan.. tapi kalau lebih rezeki Allah bagi boleh lah settlekan hutang2 yang masih ada yang perlu di bayar cam.. kereta.. motor.. Semoga Allah bantu kita untuk memudahkan urusan.. itu yang selalu kita kena doa.

Jom surirumah.. kita mulakan langkah.. walaupun setapak.. ianya satu permulaan.  ☺☺☺

Isnin, 17 April 2017

Shhh...




Assalamualaikum semua...

Anak-anak semakin dewasa.. macamana bila anak dah mula soal kita dengan soalan 18sx.. Apa jawapan yang bakal kalian sediakan?.. Payahkan.. tapi itulah hakikatnya.

Saya ada 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan.  Bukan mudah nak memikirkan dalam masa yang pantas bila di tanya.  Soalan pertama diajukan pada saya masa anak pertama umur 6 tahun masih di sekolah tadika lagi.  Mereka ada mata.. ada rasa dan mereka normal.  Malah dalam al Quran sendiri ada membicarakan soal seks ni dengan ayat yang sangat terbuka.. tanpa selindung, supaya yang membaca akan faham dan bila faham mereka akan belajar berfikir.

Saya mula bercerita pada anak bila anak dah mula ada rasa malu .. dah mula rasa suka dengan kaum berlawanan dengan mereka,  Kena bercerita mana2 yang perlu.. contohnya kawasan2 larangan ditubuh badan mereka.  Memang kena .. malah wajib.. sebab sekarang nie,, ramai jer manusia yang bertopeng baik.. tetapi sebenarnya seorang yang berhati jahat.. walaupun pada kanak2.  Perkara nie sangat serius.  Kalau anak lelaki, saya akan ceritakan apa yang berlaku jika mereka disentuh ditempat2 yang tak sepatutnya disentuh apatah lagi anak perempuan.  Malah untuk anak lelaki saya akan terangkan apa yang berlaku jika mereka yang menyentuh   Terangkanlah dengan ayat2 yang mereka mudah faham.  Ayat anak2 mudah mengerti.  Dan percayalah mereka akan faham dengan cepat sebab mereka anak2 zaman yang terdedah dengan perkara2 seperti ini.  Bukan naif seperti kita dulu.  Malah saya sendiri memahami perkara2 seperti ini rasanya masa umur saya 12 tahun rasanya..sangat lambat.

Dan bila mereka menginjak remaja pula saya sudah mula bercerita kepada mereka bagaimana seriusnya perhubungan antara lelaki dan perempuan.  Apa yang boleh dan tidak boleh.  Kali ini dengan lebih terbuka sebab saya tak mahu anak2 mendapat maklumat yang salah dari punca yang salah dan boleh menjerumuskan mereka ke jalan yang tidak sepatutnya.  Beritahu pada mereka agama ini adalah penyelamat mereka daripada perkara2 yang tidak baik.

Fuhh.. sungguhpun begitu,  Doa yang banyak kepada Maha Pelindung adalah sewajarnya.  Mohon mereka sentiasa dilindungi.. Mohon agar mereka sentiasa sedar dengan perbuatan mereka.  Semoga Allah bantu kita semua. Ameen.


Selasa, 28 Mac 2017

Nanas ker Nenas...


Salam Blogger semua.. jumpa lagi kita.. In Sha Allah saya sedaya upaya akan update blog.. tak nak lah biarkan terkuburkan.. sekurang2nya bila saya dah tak der lagi.. ada jugalah buat kenang-kenangan untuk anak2 dan suami.. itu pun kalau mereka bacalah.

Nak cerita pasal nenas.. en. Suami memang suka makan nenas.  Mak pun sama.. Dulu mak ada sakit Thyroid.. kalau kena.. habis satu badan bengkak.. nampak cam kembung.. pastu mak dapat petua untuk makan nenas setiap hari.. Alhamdulillah.. memang banyak perubahan.. dan mak dah tak jadi pengidap thyroid dah.  Cuma still kena control makan dan mak masih amal makan nenas sampai sekarang.

En. Suami pun sama juga.. bila dapat whatsapp dari group dia pasal nenas .. dia kongsi ngn saya.  Dan wahhh.. banyak rupanya khasiat nenas nie.. Jadi saya cadang nak kongsikan kat sahabat maya nie.. supaya kita semua mendapat faedahnya.  Apasalah kalau menda baik kan.. 

Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Meh baca bawah nie..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nenas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nenas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!



1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nenas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nenas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nenas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nenas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nenas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nenas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nenas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nenas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nenas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nenas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nenas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nenas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda dapat artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang Kawasan Kampong Gajah, Perak

Isnin, 27 Mac 2017

Belajar Dari Kalah..


Belajar dari kekalahan.. Memang benar tu.. Ada masa kita kecewa dengan kekalahan yang kita terima.  Bila kita kalah.. kita rasa hidup kita musnah.. kita rasa inilah pengakhiran hidup kita.  Kita selalu lupa episod yang akan berlaku selepas kekalahan itu.  Kita lupa kerana kekalahan itulah kita semakin kuat dan tabah.  Kerana kekalahan itu lah kita jadi orang yang berjuang.  Sebenarnya itulah pengajaran yang kita dapat dari kekalahan.  Kekalahan itu bukan perkara sebenar .. tetapi selepas kekalahan itulah realiti yang sepatutnya kita ingat dan usahakan.

Okeh kerana itu jangan lah kita kecewa kerana kekalahan.  Ia satu cabaran untuk kita terus ke depan dan cuba belajar untuk tidak kalah lagi.

Dulu saya selalu fikir, saya akan kalah dengan pengunduran saya.. tetapi rupa-rupanya ia beri saya satu semangat untuk saya kenali diri saya sediri.. kenali orang-orang yang sayang kan kita.. dan sangat berbaloi kita kalah kerana mereka.. kerana saya itu kekalahan itu sebenarnya tangga untuk kita tuju kemenangan.  Mari kita berdoa ke arah itu.  Ameen

Selamat Menuju Kemenangan.. Hai Ya A'lal Falah.. 😊😊😊

Jumaat, 10 Mac 2017

Ikan Keli 2017



Assalammualaikum sahabat maya sekalian..

Saya masih tak berkesempatan menjengok blog kawan2.. urusan rumahtangga nie kan banyak.. ni pun curi2 update sambil masak.  Salam Sayyidul Ayyam semua.  Jumaat penghulu hari.. hari agak sebuk buat saya..(macam dia sorang jer sebuk kannn).. 

Ikan keli?.. korang semua makan tak ikan keli?.. saya sejak kahwin baru makan.. sebab keluarga mertua memang minat ngn ikan keli.  Orang baru takkan nak memilih makan masa gi umah mak mertua kan.. orang hidang kita makan laa.. Keluarga saya tidak berapa meminatinya.. malah sangat jaaraaannnnggg masak ikan keli.  Tapi sekarang .. stelah 18 tahun mendirikan rumahtangga dengan peminat ikan keli.. makanya dah lah terrer sikit masak ikan keli.. malah anak pun sangat suka.. mak dia pun kena lah suka juga yer tak.. :)

Tapi akhir2 ini macam kenyataan keluar pasa ikan keli ni.. ikan paling kotor laa... ikan yang banyak toksik laa... ikan yang diberi makan dengan b**i laa.. macam2 laa.. terbantut jugaklah selera kami peminat ikan keli nie.. Tapi syukurlah.. dekat ngn rumah kami ada kolam ikan yang bela ikan keli nie.. orang kita islam.. In Sha Allah.. pasti nya dia juga menjaga kebersihan makanan ikan nie kan.. Malah macam2 ikan fresh yang kami pernah beli dari dia.. Jadi bolehlah teruskan menjadi peminat Ikan Keli nie..

Pada yang tak pernah makan.. cuba2lah.. carilah ikan keli dari sumber2 yang anda sendiri yakin.. kat pasar bertanyalah kat penjual nya.. carilah yang islam.. harap2 dia tak lah menipu  sebab nak untung.. dan kita pun terlepas dari syak dan ragu2kan..

Apa2 pun.. hari nie saya masak ikan keli.. masak lemak..

Jumpa lagi yer sahabat.. :)

Khamis, 9 Mac 2017

Ikan Bilis Berlada


Tajuknya macam sedap kan?.. Tapi memang sedap pun.  Ikan Bilis nie memang makanan ruji masa kat kampung dulu.  Masih murah .. tak sama harganya dengan sekarang nie.. Kalau lagi kecik lagi mahal harganya.  Saya pernah lihat macam mana nelayan menangkap ikan bilis nie.  Masa tu bawak pelajar berprogram di Pulau Pangkor.  Kami dapat peluang tengok nelayan menagkap ikan bilis.  Bukan senang tau.. sebab tu harganya mahal.. dan akhir-akhir nie ikan bilis dah berkurangan tak macam dulu.. katanya laa..  Apa hal lah pulak saya cerita pasal ikan bilis nie yer..

hehehe.. sajer jer.. kalau kat opis dulu.. dah boring dengan lauk beli.. jadi ikan bilis berlada adalah pilihan saya walaupun waktu berbuka puasa bulan Ramadhan.  Menyelerakan betul tak? Nak sediakan pun bukan senang.. kena goreng dulu ikan balis kasik garing.. angkat.. pastu kena goreng cili bagi garing.. salah percaturan minyak tak sedap laa goreng berlada tu.. kena tengok apinya .. tak boleh besar sangat.. tak boleh laa kecik sangat..  tapi bila dah berpengalaman baru semuanya menjadi... 

Emm .. itulah juga hidup nie kan.. kena lalui dulu.. kena terjah dulu.. kena cuba dulu.. baru kita tahu macamana nak bergerak.. supaya tak lambat dan tak juga terlajak.  Itu lah kalau tak tahu kena bertanya.. jangan sombong.. tanyalah dengan mereka2 yang berpengalaman.. supaya kita boleh belajar dengan perjalanan hidup mereka.. jadi panduan.. supaya tak silap memilih haluan..

Zaman sekarang nie.. ramai yang bodoh sombong.. kononnya mereka lebih tahu dan hebat dari orang lama.. kononnya orang lama dah tak relevan pengalamannya.. mereka lebih moden dan lebih baru.  Cara mereka lebih betul.. Sedangkan berjalan pun belum betul dirinya.. langkahnya.. sudah berani mendabik dada.  

Wahai adik2 sekalian.. pengalaman itu lebih berharga dari emas.. nak mendapatnya bukan mudah.. kadang2 bermodal keringat dan air mata.  Malah darah sekalipun.. Jadi belajarlah dari mereka.. mana tahu kalian akan jadi lagi hebat dari mereka.. In Sha Allah..

Sajer jer mak nak membebel hari nie kan.. Oklah selamat menjalankan hari hebat hari nie.. :)

Jumaat, 24 Februari 2017

Memulakan Hari


Salam Jumaat sahabat sekalian,

Jumpa kali kedua dalam tahun 2017, walaupun dah masuk Februari.  Tak sangka saya akan buka semula blog yang dah lama nie.  Ingat nak stop jer tulis blog.  Tapi sayang pulak kan.  Sekurang-kurangnya nanti bila dah tua2, nak singkap semula kisah menarik yang telah berlaku dalam hidup saya sendiri.  Saya suka update pasal diri sendiri untuk ingatan sendiri, tetapi andai ada yang boleh dijadikah iktibar buat sahabat lain apalah salahnya berkongsi kan.

Memulakan perjalanan sebagai surirumah sepnuh masa bukan perkara mudah pada saya.  Walaupun sebelum nie tidaklah saya mengabaikan tanggungjawab nie.  Tapi nak memulakan ianya secara 24 jam itulah yang baru bagi saya.  Tidak lagi terkocoh-kocoh nak ke pejabat setiap pagi, seawal jam 615 pagi setiap hari.  Tapi sekarang bersiap awal untuk menyediakan sarapan buat anak2 ke sekolah dan buat suami.  Mungkin nampak senang bagi orang lain, tapi tidak pada saya.  Saya sangat baru dalam semua hal ini.  Sebelum ini En. Suami yang sediakan semua sebab tempat kerjanya lebih dekat dengan rumah.  Jadi selepas kepergian saya ke pejabat, dialah yang menguruskan anak  ke sekolah.  Tapi sekarang dengan tempoh baki hidup yang ada pada saya biarlah saya pula mengambil alih tugas itu.

Dan sekarang, kadang-kadang buntu juga nak sedia kan sarapan kan.  Sahabat2 lain ada tak petua atau resepi2 hebat yang boleh saya rujuk.  Kalau ada share2 lah lat saya nie.  Orang Lama tapi Baru Belajar.  hehehe.. tak malukan.  Tak per kan.. lebih baik tanya dari bodoh sombong.. ye tak.

Mandi kolah bukan perigi
Jangan lama ramai menanti
In Sha Allah Esok Jumpa Lagi
Di Blog yang dah lama tak dikemaskini


Khamis, 23 Februari 2017

Ajaibnya 2017



Assalammualaikum semua..

Dah lama dah blog nie bersawang.  Dah lama jugak tak jenguk blog kesayangan saya nie.  Ni pun mencari kesempatan yang ada.  Saya respect ngn kawan2 dan adik2 yang masih rajin menulis blog.  Semangat anda memang jitu.

2017 nak cerita sikit.  Saya buka lembaran baru blog nie dengan menceritakan kisah 2017 yang baru bermula lebih kurang hampir 2 bulan.  Saya dengan rasmi telah menjadi surirumah sepenuh masa sekarang bermula Januari lalu.  Emmm .. bukan mudah sebenarnya bila saya membuat kputusan besar dalam perjalanan hidup saya nie.  Setelah berkhidmat hampir 25 tahun .. akhirnya saya melepaskan apa yang saya ada ini dengan lapang dada.  Sedih?.. tak takut ker?  Tipulah kalau saya tiada perasaan seperti itu.  Memang sedih meninggalkan tempat saya menimba pengalaman dan ilmu itu.  Tempat saya mengenali mana kawan mana sahabat.   Tempat saya menengali hidup seorang manusia yang semakin dewasa.  Takut?.. sangat takut bila memikirkan masa depan.  memikirkan apa yang bakal terjadi.  Semua itu sentiasa bermain dalam fikiran saya,  Namun keputusan ini baru di buat tanpa paksaan dari sesiapa pun.  Keputusan yang besar dalam hidup saya.  Saya perlu berhenti kerja demi sebuah kehidupan yang saya doakan lebih baik dan sejahtera.

Ada orang respon pada saya bila saya beritahu mereka saya sudah berhenti kerja, antaranya 

  1. Biar betul long?
  2. Tak takut ker?
  3. Dah fikir masak2 ker?
  4. fikir pasal masa depan..
Kalau tak tanya pun.. mereka akan bagi kenyataan camni..

"yerlaa.. dah kaya.. suami dah mampu kannn" dengan senyuman sinis di bibir mereka..

Dan cukuplah membuat kesimpulan sendiri.  Terimalah keputusan yang saya buat ini.  Sebab ia tak melibatkan orang lain pun.. kalau susah pun tak ambil masa yang lama pun.. pengganti mungkin akan ada yang lebih baik malah lebih hebat.

Suami adalah penyokong saya yang kuat dalam keputusan ini.  Anak2 pula memberi kerjasama yang baik sepanjang era baru dalam hidup saya.  Menyesal?.. tidak sama sekali.  Malah saya rasa sangat puas dan berbesar hati dengan kerjaya saya sekarang.  Kerana menjadi surirumah juga mempunyai cabaran dan ujian yang besar dalam hidup baru saya ini.

Dan yang lebih baik lagi.  Saya lebih kenal mana satu manusia yang benar2 jujur.. ikhlas.. sayang kan saya.  Yang tidak lembut gigi dari lidah.  Saya amat bersyukur.  Saya amat berterima kasih.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada majikan saya sebelum ini yang memberi saya peluang menimba ilmu dan pengalaman yang amat banyak dalam hidup saya.  Saya berpeluang berjumpa dengan insan2 hebat.. insan2 berhati emas.  Akan saya gunakan bekalan yang saya dapat itu untuk menghadapi apa saja cabaran bakal mendatang.  Terima Kasih sekali lagi.

Bermula era baru dalam hidup.  Semoga saya kuat.  Pada mereka yang senasib dengan saya, diucapkan semoga berjaya dengan apa sahaja keputusan dan hidup anda.  Allah kan ada.. :)☺☺☺☺

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...