Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Selasa, 3 Mac 2015

SPM 2014

Assalamualaikum  sahabat sekalian..

Hari ini SPM  2014 diumumkan.. sudah pasti ada pelbagai keputusan diterima.. ada yang gembira tak terkata.. ada yang biasa2 sahaja.. namun ada juga yang sedih seolah2 hidup telah berakhir.. sebenarnya hari ini adalah hari ujian sebenar buat semuanya.. Bagaimana cara kita menerima keputusan yang baik atau pun tidak.  Bagaimana kita berinteraksi dengan kawan2 yang keputusan biasa2 sahaja.. apatah lagi dengan mereka yang keputusannya kurang baik.  Sombongkah kita?.. Bersyukurkan kita?.. Atau sebenarnya kita sama sahaja..

Terimalah apa pun keputusan kita.. sebab SPM bukan lah tanda aras hidup kita.. kalau baik keputusannya peluang luas terbuka di depan mata.. namunjika kurang baik juga peluang masih terbuka.. peluang untuk berubah .. peluang untuk memperbaiki diri.. peluang untuk membuktikan yang SPM bukanlah segalanya.. jadikanlah ia jalan untuk bertindak.

Ramai manusia yang berjaya bermula dengan tiada apa2.  Jadi tidak mustahil untuk berjaya tanpa SPM.. percayalah.. sebab ramai sudah membuktikannya. 

Dan jangan lupa .. Bezanya satu manusia dengan yang lain itu adalah Takwanya kepada Allah.. dan ini kita tak boleh gagal..

Semoga kita semua menjadi insan2 terpilih untuk mengisi Syurga  Allah SWT.. ameen

Isnin, 2 Mac 2015

Pusat Tuisyen..

Assalamualaikum  sahabat sekalian..

Sekian lama senyap.. nak mula balik memang susah.. masa sekarang sangat pantas dan pendek.. walaupun masih sama 24 jam.. tapi pergerakannya sangat pantas.. baru jer lepas UPSR.. sekarang PT3 pulak...

Tahun ni Aiman akan menduduki PT3.. komen kawan2nya sebelum nie.. SUSAH!!..

Emmm.... jadual dah penuh dengan tuisyen sekolah... pintu pagai sekolah dah banyak banner2 pusat tuisyen.. sumer mak ayah sibuk tanya itu ini kat cikgu sekolah.. sebab PT3 nie masih tak nampak dengan jelas caranya.  Dan cikgu pun nampak kurang jelas jugak.. emm.. anak2.. suka tak suka.. kena redah laa.. persiapan kena buat .. mentally prepared kata omputih..

Mak ayah kena tolonglah mana yang patut.. biar lebih faham.. jangan bila anak tanya  kita pulak yang tanya  balik. . Good luck..

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...