Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Sakit Menyakiti..

Imej
Assalamualaikum Wahai Sahabat Sekalian...
Dalam menjalani kehidupan seharian kita.. sudah tentu kita tidak lepas dari disakiti dan menyakiti.  Kita sering rasa sedih, kecil hati, marah bila kita yang disakiti.  Pasti kita mencari2 kesalahan orang2 yang menyakiti hati kita.  Sampai kita lupa untuk koreksi diri dan bertanya .. kenapa kita disakiti?.. bila kita di sakiti kita sering terlupa untuk bertanya kepada diri kita .. mungkinkah segala yang berlaku itu adalah kerana silap kita sendiri?.. Muhasabah diri untuk membetulkan apa yang silap.
Kita bukan sempurna.  Tidak mustahil kita juga pernah menyakiti orang lain.  Mungkin tanpa sedar.. tapi mungkin juga dalam keadaan sedar dan tahu.  Memang terniat di hati untuk menyakiti seseorang yang tidak sependapat atau sehaluan dengan kita.  Kita sering lihat .. perbezaan itu adalah perkara yang mengundang benci dan salah.  Kita mahu semua orang bersama2 dengan pendapat dan tujuan kita.
Kita lupa sebenarnya,, Perbezaan itu adalah fitrah sebaga…