Khamis, 8 Januari 2015

Amin.. 2015

Entri pertama  2015, cerita pasal Amin, anak ke dua yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Permintaan darinya sendiri nak masuk sekolah Tahfiz.. puas ibu ayah cari  sekitar selangor agar tak susah untuk menjengah dia.  Akhirnya kami berani melepaskannya walau hati rasa sangat risau .. almaklumlah tak pernah berpisah lama dengan anak2..

Hari ini hari ke 4 Amin tidak bersama kami.. dia sudah mulakan persekolahan  nya di sekolah tahfiz yang dipilih sendiri.. ibu ayah redha  dengan pilihannya.. semoga Allah permudahkan urusan anak2 kami... hati ... aduhai sudah mulai rindu padanya.. ayah masih steady . . Tapi hati saper yang tahu..
Sudah pasti ada hikmah segala yang tertulis dan tersurat. 

"Ya Allah.. kuatkan hati kami dalam menghadapi rindu ini.. tabahkan hati kami demi seorang anak yang ingin mendekati ilmu.. ameennn kami redha ya Allah"

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...bertuah sungguh dapat anak yg berminat utk belajar agama dan menjadi tahfiz. Semoga Amin berjaya mencapai cita2 dan menjadi anak yg soleh. :)

    BalasPadam
  2. Allah...bertuah akak, anak sendiri yang offer nak pergi...betul kak..ramai parents yang mahu ank ke tahfiz:-)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...