Isnin, 7 Disember 2015

Al Fatihah untuk mereka..

2016 sudah semakin hampir..
Perlahan-lahan 2015 melabuhkan tirai..
semakin ramai mereka yang ku kenal..
semakin ramai yang ku tahu..
semakin ramai yang singgah dalam hidupku
semakin banyak yang dipinjam olehNya pada ku..

Perlahan-lahan...
Allah ambil satu persatu..
dari yang jauh tak pernah bertemu ...
atau yang dekat di hati bertamu..
Yang pasti mereka bukan milikku..

Perlahan-lahan..
Allah tarik satu persatu..
supaya hati diberi amaran selalu
sentiasa ingat si Pemilik Nyawa yang Satu..

Setiap detik jantung berdegup..
Setiap kali itu hati berdebar..
menunggu hari giliran aku..
entah kan kini ... entahkan nanti..
Namun ia sangat pasti..

Khamis, 12 November 2015

Rabu, 11 November 2015

Kakak dan Amir.. dan bajet tahun depan

Lama tak citer pasal mereka berdua.. kakak tahun depan dah masuk darjah 4.. Amir lak.. darjah 1.. kakak baju darjah 3 sumer dah senteng.. tinggi laa budak nie.. dah sampai telinga  akak dah tinggi dia.. maknanya kena beli baju sekolah baru utk sekolah pagi dan petang.. samerlah macam Amir.. dah tentu baju sekolah baru..

Percaya  atau  tak.. semalam sempena deepavali.. akak n en. Bos.. buatlah bajet utk sekolah tahun depan.. termasuk laa  dengan  yg dah bujang 2 orang tu.  

Kopak mak ayah tahun nie.. duit masuk ng duit keluar tak balance... fening2.. sumer dah mahal sekrang nie..kena kira betul2.. supaya tak terlebih belanja kan..

Tapi in Sha Allah... rezeki anak2 nie murah... ada jer tu .. Doa banyak2 ... mana tahu Rezeki datang dari langit.. Allah itu Maha Memberi Rezeki..  :)

Isnin, 9 November 2015

Colmar Tropicale...

Pandangan dari dalam bilik

Masih terasa dinginnya .. walaupun matahari memancar kuat
masih terasa segarnya dengan rimbunan flora dan fauna di hadapan mata
Puas menghirup udara segar..

Padangan dari luar penginapan

Menghabiskan masa bersama yang tersayang di sini amat berbaloi..
Menikmati kerehatan yang menyeronokkan..
dengan suasana yang menenangkan..
datang lagi.. bagaikan mahu berjanji lagi

Kami..

Melalui liku2 kehidupan bersama .. walaupun baru berusia 16tahun
ianya masih baru.. masih belajar untuk memahami
masih belajar mengadaptasi..
masih sentiasa muhasabah diri..

Cantik,,Indah..Tenang

Cukup dengan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan diri..
Semoga ini tidak terhenti di sini,,
Hanya Allah yang Maha Tahu..

Selasa, 13 Oktober 2015

Masih Sederhana..

Assalamualaikum . . Sahabat blogger  sekalian . .
Alhamdulillah . . Keadaan jerebu kita semakin baik.. walaupun mata masih  tidak selesa memandang.. masih lagi kelihatan debu2 asap yg menghalang kejelasan  penglihatan.  Masih ada bau asap yg menusuk ke hidung.. masih di tahap sederhana lagi.. tapi menghampiri tidak sihat.. saspen jugak bila selalu tengok IPU ...

Harap kalian semua terus menjaga kesihatan sebaik mungkin.. akak ni umur dah banyak nie.. kalau kurang minum air .. tekak mula sakit.. mata akan berair. .. jadi memang  kena jaga .. cepat sangat terkesan dengan perubahan cuaca..

Jaga kesihatan yer... 😀

Rabu, 7 Oktober 2015

Tiada kata Seindah Bahasa..

Assalamualaikum Rakan Blogger sekalian,

Lama sungguh blog ini tak dikemaskini, tak ada kesempatan nak berbuat demikian.  bukan nak meninggalkan keseronokan berblog.  Tapi masa dan keadaan yang tak mengisinkan.. Cerita?.. banyak cerita nak di kongsi.. mana ada dalam hidup yang tak penuh dengan cerita.. cerita sedih, cerita seronok, cerita gembira, cerita biasa.. semua itu cerita untuk menghidupkan hidup kita.  Jika tiada cerita.. Mati.. itulah pengakhirannya.

Tak tahu nak mula mana.. tak per laa..

dari Google - Jerebu 5 Oktober lalu
Alhamdulillah, API dah semakin baik sekitar Batu Muda, KL, maknanya jerebu dan semakin baik.. syukur sangat.. dah dekat sebulan duk menghirup habuk2 dan partikel asap dari seberang.. entahkan elok.. entahkan tidak.. khabar berita dari seberang, sudah ada kematian yang disebabkan jerebu.  Semalam dalam surat khabar.. khabarnya API di kalimantan sudah hampir 2000.. tak dapat dibayangkan keadaannya.. sedangkan kita yang baru nak cecah 300 pun dan sesak untuk bernafas.. dah tak selesa dengan penglihatan yang tidak jelas..  kalau 2000 ntahlah... minta dijauhkan Allah...

Baiklah rakan sekalian.. siapa yang bekerja tu.. selamatlah bekerja.. yang di rumah.. selamat menyelesaikan urusan rumahtangga.. ada cerita nanti kita cerita lagi.. sebab Tiada Kata Seindah Bahasa..

Jumaat, 3 Julai 2015

19 Mei 2015 - Menjejakkan Kaki..

Salam Ramadhan  sahabat sekalian.. 

Akhirnya pada pukul 140tghari kami tiba di Lapangan terbang Heathrow . . Perasaan bersyukur tak terhingga.. sebab tak pernah terlintas yang akak akan menjejaki  bumi asing.. bumi  mereka yang pernah menjajah Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Di hadapan rumah sewa kami
Perjalanan kami lancar.. semua mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Alhamdulillah . . Itu sahaja mampu yang akak ucapkan. 

Tempat tinggal  di sana?.. kami menyewa dengan pelajar Malaysia yang belajar   di Davis Road Hammersmith..  Seperti diberitahu awal kepada kami.. rumah tidak lah seselesa rumah sendiri.. agak kecil.. sebuah bilik  kecil untuk kami 4 orang.. dan oleh kerana ada seorang lelaki maka dia akan tidur di ruang tamu rumah tersebut.  Apa2 pun kami tetap syukur..

Esok kami akan mula penjelajahan kami ke 6 universiti sekitar London.. kira2 macam benchmark  universiti orang untuk membawa balik sesuatu yang baik untuk univesiti kami pulak.  
kami di dalam kedai laundry yang thumbs up!..

Jumaat, 26 Jun 2015

19 May 2015 - Perjalanan bermula

Assalamualaikum  sahabat sekalian.. Salam Ramadhan.. 

KLIA, Malam yang mendebar dan meletihkan
Siapa sangka kan? Akhirnya segala menjadi kenyataan.. kami telah sepakat mengambil penerbangan yg agak murah.. RM2200(lebih kurang).. kami pilih Etihad sebagai pengangkutan kami.. perjalanan selama 14jam dan satu  perhentian transit iaitu di Dubai, Abu Dhabi.. kiranya dapatlah kami menjejaki  bumi Abu Dhabi (wpun kat airport  jer)  selama 2 jam sebelum  memulakan perjalanan ke Heathrow, UK.

Abu Dhabi Airport - 2 jam d situ untuk melegakan urat2 sendi yang krem..

Perjalanan 12 jam yg sangat meletihkan sebab nak tidur pun tak mampu.. tak lelap mata nie.. macam2  dlm kepala.. doa  banyak2  semoga  perjalanan kami selamat..

Alhamdulillah.. kami selamat sampai di Heathrow  Airport pada pukul  1.40tghri waktu di sana. Masih siang lagi (masih tarikh yang sama kerana London lambat  12 jam dari kita  Malaysia).  Satu perjalanan  yang amat meletihkan.

Teruja.. seronok..x mampu nak digambarkan.  Namun wajah2  orang2  tersayang sentiasa di hati.  
Ok.. nanti kita sambung lagi yer sahabat sekalian.. 

Selalulah kita bersangka baik denganNya.. senyum  selalu . .

Touch down pukul 1:40 ptg.  Alhamdulillah urusan imigration mudah dan licin.  Kami dah sampai London, UK.. Waktu kat gambar tu waktu Malaysia tau..

Khamis, 25 Jun 2015

Bermulanya sebuah kisah

Salam Ramadhan sahabat blogger semua.. semoga kita semua Allah permudahkan urusan  berkat bulan Ramadhan al Mubarak nie.

Cerita bermula pada tahun 2014.. kami di opis ada masuk pertandingan ICC (innovative  circle competition).. atau lebih dikenali sebagai KIK (kumpulan innovatif kreatif).. rasanya ramai yang tahu pasal pertandingan tu kan.. itulah pertama kali kami join kumpulan tu.  Tapi ditakdirkan kami menang . . Tempat pertama  pulak tu..

Jadi pihak human resource telah  memberi peluang untuk kami membuat proposal ke luar negara sebagai pilihan.  Kami boleh memilih mana2 negara melainkan Mekah sebab Mekah sudah pasti kami akan menyimpan untuk  pergi bersama2  keluarga tercinta.  Bincang punya bincang kami sepakat untuk ke UK.  Proposal naik turun dari pihak atasan dan pihak kami.. banyak kali.  Sampaikan  akak sudah tidak meletakkan harapan walaupun pada mulanya  kami sangat bersemangat.

Akhirnya  berkat usaha ramai pihak dan terutama ketentuanNya.  Proposal telah lulus tapi dengan syarat kami terpaksa berpisah kumpulan.  Dari 1 kumpulan  10 orang .. kami terpaksa  pecah kepada 3 kumpulan . . I kumpulan  1 destinasi.  Keputusan dibuat 1 kumpulan  ke Melbourne, Australia . . 1 kumpulan  ke North UK dan 1 lagi ke Central UK.  Walaupun ada rasa tidak seronok di kalangan kami.. namun peluang ini tidak akan di tolak.  

Bermulalah perancangan.. team Melbourne dilepaskan pada akhir  2014 kerana penggunaan bajet yg agak kurang. Namun team UK kena bersabar dahulu.. sebab akhir 2014 adalah musim sejuk dan agak merugikan kami jika kami ke sana waktu musim sejuk. Dan juga penggunaan  bajet  yg agak tinggi.

Oklah setakat ini dulu yer sahabat..  Tanggungjawab  Ramadhan  menunggu nie.. nanti akak sambung lagi yer.. 

Selalu lah bersangka baik.. dan senyum sokmo..

Rabu, 24 Jun 2015

Angan2.. rupanya di Nyatakan Nya...



Assalamualaikum sahabat sekalian...

Tak pernah terfikir di dalam kotak fikiran akak.. yang suatu hari nanti akak akan diberi kesempatan oleh Tuhan sekalian Alam ini untuk menjejakkan kaki ke United Kingdom atau lebih specific lagi London.. memng tak pernah terlintas.. Kalau angan2 tu memang laa.. saper yang tak berangan kan..

Bunyi2 tentang perjalanan ini sejak dari tahun 2014 lagi.. tapi hanya sekadar angin lalu.. ketetapannya memang tak dapat lagi.. jadi angan cuma terus menjadi angan..

Akhirnya segalanya menjadi kenyataan pada May 2015 .. itu semua kententuanNya.. dan kami (akak dan officemate) telah ditentukan untuk ke sana.

Oklah.. nanti akak sambung cerita.. tanggungjawab tengah menunggu.. tapi sebenarnya tak sabar nak berkongi dengan sahabat sekalian.. agar kita tidak berhenti berangan dan berimpi.. kita tidak tahu mungkin itu satu doa.. yang akhirnya dimakbulkan Tuhan..

Bersangka baik dan senyum selalu..

Selasa, 23 Jun 2015

Ramadhan 2015

Selamat menyambut Ramadhan sahabat sekalian.. memang dah sangat lama tak update blog ni.. bukan x der idea.. tapi ksempatan tak der.. sebuk memanjang.. penuh ngn cerita ceriti hidup.. tapi seronok.. yang sedih2 tu semua asam garam.. yang penting life must go on.. suka atau tidak..

Ramadhan menjelma lagi.. Alhamdulillah.. kerinduan terubat.. Allah kabulkan permintaan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.. Syukur.. Semoga kali ini Ramadhan kita semua terisi dengan perkara2 yang lebih mendidik jiwa untuk menjadi penghuni syurgaNya kelak.. In Sha Allah..

Memang banyak cerita.. tapi nantilah dulu.. memang tak sabar rasanya nak berkongsi dengan sahabat sekalian.. pengalaman yang tidak pernah terduga untuk ditempuh.. mungkin biasa pada orang lain.. tapi tidak pada akak.. oklah akak nak pi sediakan juadah berbuka pulak.. jangan risau.. kepala dah penuh dengan cerita..  Jumpa lagi yer.. dan Selamat Berbuka semua.. Senyum selalu


Jumaat, 10 April 2015

Lidah kita...

Assalamualaikum  sahabat sekalian.. lama sungguh akak tak kemaskini blog  akak nie.. bukan apa.. sebuk pun yer jugak.. masa sangat mencemburui akak .. (yer la tu)..... ☺

Banyak sangat aktiviti yang berlangsung di pejabat awal2 tahun nie.. persediaan kena dibuat untuk mengelakkan masalah nanti.  Ini pun lega sikit .. tu yang amik sedikit masa untuk update blog.

Dalam meniti hari2 mendatang.. sudah tentu kita banyak berkata2 .. betul tak.. bila suka.. kita puji2 melangit.. bila tak suka.. kita kutuk2 pula.. bila sama fikiran  ... kita seronok..sebab tiada yang  perlu membantah-bantah.. bila lain pula pemikiran.. kita berdebat atau pendam jer dalam hati sambil kita umpat2 di belakang.. na'uzubillah.. itulah manusia.. sehebat mana pun dia.. perkara2 di atas pasti ada yang buat.. cuma ada yang sedar dan beristiqfar.. atau buat tak tahu dan tambah2 lagi saham akhirat..

Lidah tidak bertulang.. macam2 boleh di sebut.. buruk hati seseorang tu.. buruklah ayat2 yang keluar dari lidahnya..  pernah jer orang  kata. . Hati aku nie baik.. walaupun di mulutnya asyik ngumpat, caci, tidak  puas hati selalu, ada sahaja yang tidak kena.. kadang2 sampai keluar carutan2 dari mulutnya.  Minta jauhlah kita dengan perbuatan2 seperti  itu.. andainya pernah berlaku . . Cepat2lah kita sedar dan perbaiki diri .. walaupun kita tidak baik.. adalah lebih baik kita cuba untuk memperbaiki dari kita terus-terusan melakukan perkara yang tidak baik..

Bersihkan hati dengan zikrullah, baca Al-Quran.. ingat mati.. buat apa perintah Allah..

Harap janganlah nak kata .. kak izan nie pandailah sangat.. huhuhuhu.. tidak  pun berniat begitu.. tapi sekadar memperingatkan kita semua.. terutama diri sendiri yang banyak buat kesilapan.  Moga Allah ampunkan Dosa  kita semua . . Ameen 

Selasa, 3 Mac 2015

SPM 2014

Assalamualaikum  sahabat sekalian..

Hari ini SPM  2014 diumumkan.. sudah pasti ada pelbagai keputusan diterima.. ada yang gembira tak terkata.. ada yang biasa2 sahaja.. namun ada juga yang sedih seolah2 hidup telah berakhir.. sebenarnya hari ini adalah hari ujian sebenar buat semuanya.. Bagaimana cara kita menerima keputusan yang baik atau pun tidak.  Bagaimana kita berinteraksi dengan kawan2 yang keputusan biasa2 sahaja.. apatah lagi dengan mereka yang keputusannya kurang baik.  Sombongkah kita?.. Bersyukurkan kita?.. Atau sebenarnya kita sama sahaja..

Terimalah apa pun keputusan kita.. sebab SPM bukan lah tanda aras hidup kita.. kalau baik keputusannya peluang luas terbuka di depan mata.. namunjika kurang baik juga peluang masih terbuka.. peluang untuk berubah .. peluang untuk memperbaiki diri.. peluang untuk membuktikan yang SPM bukanlah segalanya.. jadikanlah ia jalan untuk bertindak.

Ramai manusia yang berjaya bermula dengan tiada apa2.  Jadi tidak mustahil untuk berjaya tanpa SPM.. percayalah.. sebab ramai sudah membuktikannya. 

Dan jangan lupa .. Bezanya satu manusia dengan yang lain itu adalah Takwanya kepada Allah.. dan ini kita tak boleh gagal..

Semoga kita semua menjadi insan2 terpilih untuk mengisi Syurga  Allah SWT.. ameen

Isnin, 2 Mac 2015

Pusat Tuisyen..

Assalamualaikum  sahabat sekalian..

Sekian lama senyap.. nak mula balik memang susah.. masa sekarang sangat pantas dan pendek.. walaupun masih sama 24 jam.. tapi pergerakannya sangat pantas.. baru jer lepas UPSR.. sekarang PT3 pulak...

Tahun ni Aiman akan menduduki PT3.. komen kawan2nya sebelum nie.. SUSAH!!..

Emmm.... jadual dah penuh dengan tuisyen sekolah... pintu pagai sekolah dah banyak banner2 pusat tuisyen.. sumer mak ayah sibuk tanya itu ini kat cikgu sekolah.. sebab PT3 nie masih tak nampak dengan jelas caranya.  Dan cikgu pun nampak kurang jelas jugak.. emm.. anak2.. suka tak suka.. kena redah laa.. persiapan kena buat .. mentally prepared kata omputih..

Mak ayah kena tolonglah mana yang patut.. biar lebih faham.. jangan bila anak tanya  kita pulak yang tanya  balik. . Good luck..

Selasa, 17 Februari 2015

Sakit Menyakiti..





Assalamualaikum Wahai Sahabat Sekalian...

Dalam menjalani kehidupan seharian kita.. sudah tentu kita tidak lepas dari disakiti dan menyakiti.  Kita sering rasa sedih, kecil hati, marah bila kita yang disakiti.  Pasti kita mencari2 kesalahan orang2 yang menyakiti hati kita.  Sampai kita lupa untuk koreksi diri dan bertanya .. kenapa kita disakiti?.. bila kita di sakiti kita sering terlupa untuk bertanya kepada diri kita .. mungkinkah segala yang berlaku itu adalah kerana silap kita sendiri?.. Muhasabah diri untuk membetulkan apa yang silap.

Kita bukan sempurna.  Tidak mustahil kita juga pernah menyakiti orang lain.  Mungkin tanpa sedar.. tapi mungkin juga dalam keadaan sedar dan tahu.  Memang terniat di hati untuk menyakiti seseorang yang tidak sependapat atau sehaluan dengan kita.  Kita sering lihat .. perbezaan itu adalah perkara yang mengundang benci dan salah.  Kita mahu semua orang bersama2 dengan pendapat dan tujuan kita.

Kita lupa sebenarnya,, Perbezaan itu adalah fitrah sebagai manusia.. kerana berbezalah kita saling lengkap melengkapi.  Kerana bezalah kita nampak mana betul dan salahnya.. kerana bezalah kita wajib saling iongat mengingati dan berpesan2 ke arah jalan betul..

Mari kita perbetulkan yang silap.. dan belajar menerima perbezaan .. sambil itu elak2lah dari sakit menyakiti..  Wallah hu a'lam..

Rabu, 21 Januari 2015

Cerita sebatang pokok

Assalamualaikum  wahai sahabat sekalian . ...

Akak teringat suatu ketika dulu.  Waktu akak menghadiri kursus suaikenal di satu organisasi dahulu.  Bila penceramah suruh lukiskan pada kertas lukisan "apa dia yang boleh kita jadikan simbol untuk meceritakan siapa kita".  Rasa sangat susah.. sebab satu tak tahu melukis.. pastu nak pilih apa .. kereta.. basikal  .. tv?  Huhuhu.. jenuh bersilat.. tapi akhirnya apa yang akak bayangkan ialah sebuah pokok yang sangat rimbun dan rendang.. dan buahnya pula terdiri dengan  pelbagai jenis.. nak apa?.. sebut jer.. maka keluarlah buah itu..
Bila sipenceramah suruh ceritakan sedikit.. kenapa akak memilih pokok .. maka cerita akak ialah kononnya .. akak nak beri kesenangan kepada mereka2 yang nak berlindung... dan pada sesiapa  yg lapar.. boleh petik sahaja buah untuk mengisi  perut..

Dan anologi itu melekat di hati.. impian itu menjadi sesuatu yang sangat kuat  dekatnya dihati.. walaupun ada masanya tidak dapat menghulurkan  bantuan... namun perasaan ingin membantu tak pernah padam..
Tapi seperti pokok juga.. sampai satu ketika.. ia sudah tidak relevan lagi.. tak perlu ada hidup di satu tempat.. penuh anai2 mungkin... atau dahannya sudah mulai reput.. tak sesuai untuk melindungi.. sudah pasti akhirnya ditebang dan dibuang.. itulah hakikat hidup.. sampai satu ketika .. janji itu pasti tiba..

#Sedang cuba muhasabah diri.. betapa perlunya kita sedar dan tak terus  terbang tanpa sayap...

Khamis, 8 Januari 2015

Amin.. 2015

Entri pertama  2015, cerita pasal Amin, anak ke dua yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Permintaan darinya sendiri nak masuk sekolah Tahfiz.. puas ibu ayah cari  sekitar selangor agar tak susah untuk menjengah dia.  Akhirnya kami berani melepaskannya walau hati rasa sangat risau .. almaklumlah tak pernah berpisah lama dengan anak2..

Hari ini hari ke 4 Amin tidak bersama kami.. dia sudah mulakan persekolahan  nya di sekolah tahfiz yang dipilih sendiri.. ibu ayah redha  dengan pilihannya.. semoga Allah permudahkan urusan anak2 kami... hati ... aduhai sudah mulai rindu padanya.. ayah masih steady . . Tapi hati saper yang tahu..
Sudah pasti ada hikmah segala yang tertulis dan tersurat. 

"Ya Allah.. kuatkan hati kami dalam menghadapi rindu ini.. tabahkan hati kami demi seorang anak yang ingin mendekati ilmu.. ameennn kami redha ya Allah"

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...