Isnin, 30 Jun 2014

Sahur..




1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani
Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)
Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

 2. Pada sahur itu ada keberkatan

Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur.

Sabtu, 28 Jun 2014

Rabu, 25 Jun 2014

Pagi2 dah Ngantuk....

Bila Ngantuk nak kongsi waktu apa yang Rasulullah SAW larang kita tidur.. supaya tak memudaratkan badan sendiri...zzzzz

Selasa, 24 Jun 2014

Jangan pada mereka..

Ya Allah... Maha Penyayang.. Penguasa seluruh Alam....
Mohon padaMu wahai Maha Pengampun Dosa...
Mohon kasihMu Wahai Maha Pengasih...
Mohon rahmatMu Wahai Pemberi Rahmat...
Wahai Maha Besar... Maha Hebat.. Maha Lembut..

Janganlah Kau balas dosa2 ku ke atas anak2 ku ya Allah...  hanya kepadaMu aku bermohon... Ampunkanlah dosa2ku...

Isnin, 23 Jun 2014

Hari Sukan Sekolah...

Aiman.. Amin.. dan Aini..  sejak hari jumaat hingga ahad... berturut2 hari sukan.. dan diraikan bersama2 walaupun sekolah dan sessi berbeza.. tahniah anak2ku... Aiman mendapat anugerah Olahragawan Harapan 2014.. itu yg dikejar.. itu yang dapat.. Amin dan Aini dapat hadiah atas permainan yang disertai... tahniah sekali lagi sayang2 sumer... Amir kongsi kejayaan abang2 dan kakak... yeay...

Rabu, 18 Jun 2014

Isnin, 16 Jun 2014

Akhiri Cuti Sekolah..

Alhamdulillah. . Dapat juga menghabiskan masa bersama anak2 pada akhir2 cuti sekolah.. tak pergi jauh pun.. kami ker shah alam.. tujuan utama I-city Shah Alam,  sempena hari keluarga kilang tempat En. Bos bekerja.  Tapi sehari sebelum itu kami bermalam di Shah Alam.. dan hotel yang kami pilih adalah Hotel Tree Boutique.  Oklah untuk sekadar bermalam..

Sampai di Shah Alam.. kami berjalan di Tasek Shah Alam.. sehingga hampir maghrib. . Berbaloi meluangkan masa bersama2 anak2... Alhamdulillah

Jumaat, 13 Jun 2014

Manusia Berubah...

Manusia berubah...
Dari baik menjadi jahat..
Dari jahat menjadi baik..
Dari jauh menjadi semakin dekat..
Dari dekat menjadi semakin jauh..
Dari kasih menjadi benci..
Dari benci menjadi kasih..
Manusia memang akan berubah..
Jika ikut hati tanpa akal..
Jika ikut akal tanpa hati..
Bukankah fitrahnya selari..
Supaya berubah itu satu mujahadah..
Yang akan mengubahkan arah tuju ..
Dari penghuni neraka jahannam... ke Syurga al firdausi...
Ameenn




Rentetan daripada perbualan dengan seorang sahabat baru2 ini... dia mengisahkan kehidupannya.. berkongsikan kisah suka duka hidupnya akhir2 ini.. Kehidupan berumahtangga yang masih muda.. yang masih dalam proses semarak.. masih ada yang kecil hati sini sana.. yang terasa sini sana.. hakikat hidup.. yang tak dapat tidak kita wajib tempuhi..

Kita sebagai manusia kadang2 perlu juga berlakun..hipokritkah itu?.. pada akak..  kita berlakun bukan untuk memudaratkan sesiapa.. apa salahnya.. cuba bayangkan.. dengan berterus terang itu menyebab satu keadaan yang akan lebih teruk dan parah.. adalah lebih baik sekiranya kita berlakun seolah2 kita boleh menerima sesuatu keadaan itu dengan tenang.. walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu.. walaupun begitu.. semua itu terpulang pada kita.. pandai2lah menyesuaikan keadaan.. jangan terlebih dan terkurang.. sederhana itu bukankah lebih baik..

pada akak.. manusia boleh berubah.. berubah ke pelbagai dimensi mengikut keadaan masing2, bakkata pepatah dulu2.."masuk kadang kambing..mengembek, masuk kandang lebuh.. menguak".. ada betulnya kata2 orang lama nie.. kita perlu menyesuaikan diri kita dengan keadaan semasa.. bergaul dengan orang yang lebih berpengalaman.. kita jangan lah tunjuk pandai.. sifat merendah diri tu perlu.. mungkin dengan merendah diri itu kita dapat menimba pengalaman dari mereka ini.. bergaul dengan orang2 muda pun kena sesuai juga.. bawa diri supaya disenangii tapi bukan ditakuti atau dibenci..  supaya dengan cara itu.. mereka tidak jauh dari kita..  agar mereka mampu bercerita dan meminta nasihat dari kita.. bukankah kita dulu juga seperti mereka..

begitu juga suami dan isteri.. cubalah memenuhi semampu kita.. sebagai suami.. hormatilah pandangan isteri..  sebagai isteri.. berpada2lah membuat pertikaian.. jangan terlalu mempersoalkan sesuatu.. mendengar itu satu tuntutan.. dengan mendengar.. kita akan faham.. mulut kita jangan terlalu ringan.. seolah2 kita lebih tahu dari suami (walaupun sebenarnya begitu).. dengar dahulu.. fikir ikut rasional.. kemudian kalau perlu bersuaralah.. Dan yang paling penting.. wahai para isteri.. jangan pertikaikan ketaatan suami kepada ibu dan ayahnya.. kerana tanpa ibu dan ayahnya .. siapalah suami kita.. berlapang dadalah dengan pemberian Allah SWT .. bukankah suami dan isteri itu pemberian dari Allah SWT..

Sebab hidup ini adalah mujahadah... mujahada menuju ke jalan yang benar itu memang perlukan pengorbanan.. pelbagai pengorbanan.. terutama diri sendiri.. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. Akak sangat yakin segala perbalahan, pertikaian dan perselisihan itu ada jalan keluarnya.. andai diberiNya jalan keluar yang kita suka.. bersyukurlah.. seandainya jalan keluar itu kita tidak suka.. bersyukurlah juga.. kerana yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Serahkanah pada Dia,, Bi iznillah.. segalanya dengan izinNya sahaja..

Khamis, 12 Jun 2014

Nisfu Syaaban



Apa yang kita tahu tentang Nisfu Syaaban?.. Jom kita baca dan fahami.. semoga kita semua mendapat.. keberkatannya.. Ameen

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktuMaghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
 - dari wikipedia

Rabu, 11 Jun 2014

Strok Haba : Mengapa?.. dan Nak Buat Apa?


Cuaca sekarang sangat panas kan?.. semalam akak dengar di Buletin Utama ,, suhu kepanasan di Mekah mencecah hampir 50 darjah selsius.. aduhai.. dan di sini pun dah rasa panas.. kalau suhu camtu.. mahu kita nak duduk dalam peti ais jer.. dan ini baru kepanasan dunia.. kalau di Neraka Jahannam,, aduhai.. semoga kita dijauhkan dan tidak tergolong dalam golongan itu.. Na'uzubillah hi Min Zalik..

Jom kita baca info ini.. oleh kerana cuaca yang panas yang agak tinggi ini.. maka ia mengundang satu lagi keadaan yang sebenarnya sangat bahaya untuk kita yang dewasa, orang tua dan bayi...



Andai kita dah rasa simptom strok haba nie..
cuba kita lakukan seperti yang di tunjukkan di atas..

Selasa, 10 Jun 2014

Gigitan Cinta Sang Lebah..


Kali pertama akak digigit lebah adalah pada umur akak sekitar  7 - 9 tahun kot.  Masa tu akak nak pakai baju dan lebah itu melekat kat baju .. jadi bila pakai.. emm apa lagi dia bagilah sedas.. sakit?.. memang sakit.. tapi nak ingat rasa sakit tu .. rasa nya dah lupa dah...dah hilang ingatan tentang sakitnya tu..

Nak dijadikan cerita.. pada malan isnin lepas.. akak dikembalikan merasai rasa sakit gigitan sang lebah.. huish sakit sangat beb.. sakit yang sampai ke otak..  memang sakit.. kali ni sengatannya di tapak kaki.. bengkak kaki tak hengat.. gi klnik dapat suntikan kancing gigi.. dulu masa kena tak pulak kena suntik.. atuk amik tanah liat.. dia sapu2 kat tempat kena tu.. tak pulak demam ker apa ker..seingat akak laa.. tapi kali nie siap rasa nak demam dan pening2 lalat pulak.. tu apa makna?.. tanda2 dah semakin tua.. heheheh.. Rezeki kan.. terima jer laa.. :D

Khamis, 5 Jun 2014

Ketika Hujan Semalam...

Kejadian hujan yang sangat lebat semalam mengundang banjir kilat di uia.. air sungai gombak meningkat dengan cepat.. keadaan yang tenang pada paginya bertukar wajah apabila hujan mulai turun pada pukul 2 petang semalam.. asrama juga turut terlibat.. air naik ...

Dan pagi ini hujan mencurah lagi.. semoga kita mendapat rahmat dan limpah kasihan dari Allah SWT...

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik2 Pelindung"

Rabu, 4 Jun 2014

Ketika Hujan...


Doa mustajab ketika:-


1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa 
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)

3.Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)


Sebab sekarang nie tengah hujan lebat di sini.. :D

Selasa, 3 Jun 2014

Bermimpi Biar Sampai Ke Bintang...

Boleh tak kita bermimpi.. mimpi yang kita rasa cam tak boleh nak capai... kita  anggap cukuplah bermimpi kerana hanya otu yang aku layak... cukuplah dengan bermimpi sahaja aku dapat mengecapi sesuatu yang sukar... mimpi sahaja yang mampu...

Tapi sebenarnya mimpi itu perlu.. tanpa mimpi kita tiada impian... seolah sekadar anganan...

Mari kita bermimpi sampai ke bintang.. mana tahu jika mimpi kita dikabulkan olehNya... 😁😁😁

Isnin, 2 Jun 2014

Tak Kisah Salah @ Betul...

Ini kerja akak bila bosan... bila betul suka.. bila salah buat lain.. apa kira salah betul.. ini kan permainan.. bila salah buat jer lain.. tak payah nak fikir kenapa salah... betul tak.. ini akak laa.. fikir camtu...

Tapi dalam hidup tak boleh camtu ... bila salah kita kena fikir kenapa salah.. apa yang sebab kan salah.. salah buat keputusan ker?.. terlepas pandang sesuatu ker? Tersilap percaturan ker?.. supaya kita tidak tersilap untuk masa depan.. supaya ia jadi pengajaran.. itulah hidup. . Bukan macam main 'game' yer.. takder butang 'reset' atau butang 'again'.

Tapi kita manusia selalu lupa nak ambil iktibar.. kesalahan yang sama boleh berlaku berulang kali.  Tapi andai sudah dikemaskini percaturan.. ditimbang tara keputusan.. segala kemungkinan telah di fikirkan... jika berlaku lagi kesilapan.. itu maknanya Allah belum lagi memberi kepada kita.. kerana masanya belum sesuai.. kerana Dialah seHebat2 Perancang... serahkan segala Pada Dia...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...