Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Kakak mengantuk laaa...

Imej
Semalam kakak mengeluh. . Ngantuk nak wat kerja sekolah.. matematik (3msurat), BM (2 msurat).. sangat mengantuk. . Ibu tengok pun kasihan jer.. nak tolong kakak tak kasik... nak wat sendiri.. tapi mata dah merah2 menahan mengantuk.. akhirnya kecundang juga.. tertidur tanpa menyudahkan kerja sekolah... Pagi ni awal2 sudah bangun nak wat keja sekolah.. hai anak..semoga Allah lapangkan minda kamu untuk menerima ilmu sebaik mungkin.. ameennn...

Last minit. ..

Imej
Kerja pasti akan terganggu bila ada yang last minit ni... report last minit... program last minit... bajet dapat last minit... order last minit... dan yang paling akak tak tahan bila batal last minit nie... kita dah buat perancangan.. fikir pun pecah kepala nak bagi projek jalan cantik. . Tiba2 kita diarahkan untuk batalkan disaat2 akhir program nak jalan atas sebab2 tertentu.. memang faham dengan "keadaan tertentu" itu.. tak dapat nak elak pun.. tapi isunya yang terpaksa berhadapan dengan pihak lain itu adalah kita.. itulah yang tak tahan... kena tebal telinga dengan marah orang lain.. kena pekakkan telinga dengar perli orang lain.. kena beratkan mulut dan membalas kata2 kesat orang lain.. Tapi yerlah kan.. bak kata sudin dalam filem bujang lapok.. selagi hidup kerja kerja kerja... huish  dah letih ni... ;)

Ooo...Begini Caranya..

Imej
2 hari akak menghadiri kursus Friendly Comparative Religion (FCR).. sangat menarik .. malahan membuatkan keyakinan kita kepada Agama kita sendiri bertambah kuat dan yakin.. bukan mencari kesalahan atau kesilapan anutan yang lain .. tetapi memahami mereka dan mencari titik persamaan.. kita semua samakan.. kita semua PERCAYA kan..
Oklah.. lari topik pulak.. selama ni akak selalu cam pelik bila orang boleh capture skrin telefon sendiri.. teruja sangat.. selalu tanya camna diorg buat.. nak tanya.. malu... tapi hari nie beranikan diri tanya jugak.. walaupun jenis telefon sama namun bila cuba buat tak boleh pulak kat telefon sendiri... pastu cuba2 tanya kat ustazah youtube... ;).. rupanya ada diprng buat tutorial pasal nie... aduhai izan.... itu pun susah sangat kan... Oooo begintu caranya... hehehehehe

Ia Semakin Mendekat..

Imej
Orang tua2 kata.. mati itu jodoh kita.. pasti datang bila2 masa sahaja.  Akhir2 ini kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kehilangan atau lebih tepat lagi kematian.  Bukan mudah menerima keadaan tersebut walaupun kita kata kita sudah bersedia.  Jangan takut pada kematian.. ia pasti akan datang.  Tapi hakikatnya memang kita takut .. tapi bukan pada kematian.. tetapi apa yang bakal terjadi selepas kita mati.  Cukupkah bekalan yang kita bawa.  Sungguhkah ia satu kerehatan untuk kita atau ianya satu permulaan hari untuk lebih terseksa lagi.  
Takut.. memang takut.  Tapi adakalanya kita manusia akan terlupa.. akan terleka.. seolah2 hidup itu masih panjang.. Haih manusia.. itu lah kita...
Ingat tak mati?.. ingat.. tapi kekadang keadaan sekeliling mempengaruhi kita untuk lupa seketika mati itu.. Walaupun begitu.. Allah masih menyayangi kita.. Dia turunkan peringatan sedikit demi sedikit pada kita.. cuma kita sahaja sedar atau tidak dengan teguran dan peringatan yan…

Sarawak dalam Kenangan II

Imej
Ikan terubuk masin... masa makan kat sarawak ari tu cam best jer.. sedap jer... serius akak tak pernah masak sendiri.. makan adalah.. Ikan nya taklah masin sangat. . Sedap2 jer rasa di mulut.  Ari tu terjebak jugaklah beli untuk bekalan dan nak bagi rasa keluarga.. malangnya.. ibu tak tahu nak wat resepi apa.. goreng jer cam biasa ker?.. Tanya kengkawan. .. diorang kasiklah resepi diorang sendiri. .. bawang putih,  bawang merah, cili padi (ikut suka nak pedas mana)... goreng garing dan masukkan ikan terubuk masin.. last sekali. . Masukkan telur yang telah dipukul (ikut kita gak banyak mana nak bubuh).. akak lum try lagi laa... Nantilah nak survey2 kat tenet.. kot2 ada lagi resepi menarik yang boleh di cuba.. in shaa Allah...

Janji Allah itu Benar

Imej
Sudah sampai masanya... Janji Allah itu benar.. tidak terkecuali siapa pun dia..

Sarawak dalam kenangan. ..

Imej
Kami ke Sarawak adalah kerana tugas.. walaupun begitu kesempatan yang ada kami selitkan juga aktiviti sendiri.. almaklumlah bukan selalu dan senang hendak ke sana..
Hari pertama dan kedua banyak di habiskan dengan menyelesaikan misi kami di sana.. menyertai pertadinngan KIK yang ke 10 di UNIMAS.. pada mulanya kami menginap di hostel di UNIMAS tetapi atas masalah2 yang datang kami telah dipindahkan ke hotel yang lebih selesa.. bukan setakat selesa tetapi sangat selesa.. Alhamdulillah.. syukur
Dan yang pasti kumpulan kami adalah kumpulan yang paling tak stress.. kami benar2 seronok dan enjoy berada di sana..stress ada tapi tak lah sampai tak lalu makan... Kumpulan kami terdiri daripada 9 orang dan 2 orang pemerhati..
Hari ke tiga kami masih lagi berada di UNIMAS memberi sokongan pula kepada kumpulan lain yang masih belum habis.  Dan pada malam ketiga itulah ada upacara penyampaian hadiah.  Walaupun kumpulan kami tidak mendapat sebarang kemenangan namun kami bersyukur kerana penyertaan …

Memulakan Perjalanan...

Imej
In Shaa Allah.. akak n geng opis akak ke Sarawak hari ini hingga Jumaat.  Semoga kami selamat pergi dan kembali Ameen.
Pantang mengalah menjaga kota Pesan rang lama sama dipegang Sekudus Bismillah pembuka bicara Kumpulan ASPIRASI buka gelanggang
Tempat kerja jauh di Gombak Ilmu disemai bakti ditabur Datang kami berhajat banyak Andai menang alhamdulillah syukur

Semakin Hari...

Imej
Semakin hari ..umur semakin meningkat .. sudah pasti semakin hampir dengan kematian... iman kekadang naik.. kekadang turun.. Semakin tahu banyak dari yang tak tahu kerana masih terus mencari ilmu semahunya...  banyak pula kita tahu.. sebenarnya semakin banyak yang kita belum tahu.. Perlahan-lahan mendaki bukit kehidupan.. ketemu dengan pelbagai senang dan susah. . Ada masa rasa sangat bersemangat... ada masa sudah seperti sudah mahu mengalah... itulah kita manusia. ..Sebagai suami.. membanting tulang mencari rezeki.. tak hirau siang atau malam.. penat dan lelah.. lelehan keringat menjadi saksi.. menjalani tanggungjawab itu yang pasti...Sebagai isteri... membantu tanpa peduli diri sendiri.. tak hirau sakit dan peri.. demi mengabadikan diri buat suami dan zuriat yang dikasihi.. urat dan darah menjadi saksi.. menjalani pengorbanan tiada galang ganti...Semua dari kita berusaha menjadi manusia yang baik... walau sejahat mana pun kita...pasti ada satu sisi baik yang perlu dicari... sampai s…

Jumaat dan Al Kahf...

Imej

Jangan Berhenti Berdoa...

Imej
Jangan berhenti berdoa.. sehingga terpisah nyawa dan badan.. Jangan berhenti berdoa.. selagi hayat dikandung badan... Jangan Berhenti Berdoa.. Selagi belum bertemu jawapan... Jangan berhenti berdoa.. terus terusan menadah tangan...
Jangan berhenti Berdoa... Selagi mampu teruskan bertahan... Jangan berhenti Berdoa.. Berputus asa, diharap jangan... Jangan berhenti Berdoa...Semoga Dia akan kabulkan.. Jangan berhenti berdoa... Semoga Illahi tunaikan permintaan...
Jangan berhenti Berdoa..Segala usaha kita teruskan... Jangan berhenti Berdoa... Segala keringat menjadi kerahan.. Jangan Berhenti Berdoa... Segala kusut segera dirungkaikan... Jangan berhenti Berdoa.. Semoga Allah SWT makbulkan...
Ameennn.. Sesungguhnya yang terbaik itu hanyalah di tangan NYA..

Pasir dan Pantai

Imej
Pasir dan Pantai.. Pasir ikut Pantai.. Pantai ikut Pasir... Pasir berubah.. Pantai ikut Berubah.. Pantai berubah.. Pasir juga berubah..
Pasir dan Pantai... Bila pantai di hempas ombak yang ganas... Pasir bersabar menunggu takdir.. Masih disinikah aku?.. Atau tunduk mengikut Ombak.. Pantai pasrah berserah.. Berubah kan aku? Atau masih teguh melakar bentuk yang sama...
Pasir dan Pantai... Akrab meneguh janji.. Bukan seperti bulan dan matahari... Bukan seperti langit dan bumi.. Pasangan yang terasing.. Namun redha ketentuan Ilahi...
Pasir dan Pantai... Menunggu dan menunggu.. Ketibaan dan permergian.. Yang tiba .. diterima dengan terbuka.. Yang pergi .. dilepas dengan tenang.. Namun bila datang ombak mengganas.. Pasir bertahan penuh berani... Pantai berubah namun tetap setia..
Pasir dan Pantai.. Di takdir untuk setia... Samada Ombak masih sudi membadai.. Atau kering tanpa bersapa...